Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts
Showing posts with label Hari Ibu. Show all posts

08 May 2011

Jasa Bonda



Baru lepas telefon bonda di kampung, agak lama juga tidak bertanya khabar. Buka lupa, bukan juga sibuk tapi kekadang kita kurang perasan masa dan ketika untuk menghubungi bonda . Agak lama jugak berborak bertanya khabar sebelum perbualan tamat. Selepas itu teringat saya akan satu fail flash yang saya dapati dari satu kursus motivasi untuk anak-anak didik. Liriknya penuh dengan makna, lagunya pulak menusuk jiwa. Itu pun kalau orang terutama anak-anak boleh memahami.

Selamat Hari Ibu untuk ibu ku, isteri ku dan ibu-ibu semua. Ingat anak-anak "marah bukan kebencian tetapi kerana sayang"

JASA BONDA :







Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda.

07 May 2010

Kasih Ibu


Entry ulang tayang khas untuk Hari Ibu, klip di bawah adalah dalam bentuk flash dan asalnya dihasilkan pada tahun 2007 untuk satu assignment. Mungkin sesuai untuk sesiapa yang cuba menghayati pengorbanan ibu.Selamat Hari Ibu untuk mereka yang bergelar ibu.



Malam ni bertolak ke Kedah dan mungkin balik pada Ahad nanti.

08 May 2009

Sempena Hari Ibu


Kepada ibuku, isteriku, kawan2 ku serta rakan blogger sekalian yang bergelar ibu. SELAMAT HARI IBU. Jasa dan pengorbanan insan bernama ibu memang tidak ternilai. Jauh sekali kalau hendak dinilai dengan wang ringgit serta emas permata.



Al-Fatihah kepada arwah ibu mertuaku serta saudara-saudara ku yang telah kehilangan ibu tercinta. Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More