Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label HDR. Show all posts
Showing posts with label HDR. Show all posts

25 May 2010

HDR Dalam Gambar

Teknik HDR merupakan satu satu teknik efek yang mejadi ikutan kepada para photographer dan juga peminat photo editing. Jika dahulu agak leceh sikit untuk menghasilkan efek HDR ini tapi dengan kemajuan perisian komputer, teknik ini sudah tidak sesukar mana. Dengan imej samada dari format RAW ataupun Jpeg sekalipun, kita boleh menghasilkan efek HDR ini dengan hanya satu imej sahaja.

Di Rhu Rendang, Terengganu.

Pantai Penarik, Setiu Terengganu

Efek HDR dalam gambar-gambar ini, saya hanya gunakan satu imej sahaja. Walaupun tidaklah secanggih mana hasil yang saya dapat ini tapi cukuplah menampilkan HDR. Mungkin bagi mereka yang mahir, foto-foto ni boleh lagi disolek untuk lebih cun.

Pasar Payang, Kuala Terengganu, Terengganu.

Banyak program yang boleh digunakan untuk menghasilkan efek HDR ini, yang paling terkenal adalah Photomatix dan juga Photoshop. Dengan kemunculan Photoshop CS5, memudahkan lagi penghasilan teknik HDR ini.

Saya nak berkongsi artikel bagaimana menggunakan Photoshop CS 5 bagi menghasilkan gamabr HDR ini. Artikel ini saya copy dan paste saja dari laman asalnya di sini.


Sambutan Maulidurrasul - Budak-budak sekolah

Artikelnya :

Hdr Toning adalah satu feature terbaru di dalam Photoshop CS5. Feature ini membolehkan anda menghasilkan efek hdr daripada satu imej sahaja.

Kegilaan efek Hdr semakin menjadi-jadi di kalangan fotografer digital. Ramai yang tercari-cari cara menghasilkan imej Hdr, terutamanya cara menghasilkan Hdr daripada satu imej sahaja.

Teknik asal penghasil Hdr sebenarnya memerlukan penggabungan beberapa imej dengan setting exposure yang berbeza. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan baik di dalam perisian Photomatix. Versi lama Photoshop mempunyai fungsi Merge to Hdr tetapi ianya tidak sebaik Photomatix.

Untuk menghasilkan imej Hdr, anda perlu faham dulu maksud sebenarnya Hdr dan apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah imej itu boleh dipanggil sebagai imej Hdr. Sila google ;)

Photoshop CS5 menyediakan fungsi baru iaitu Hdr Toning (Klik menu Image > Adjustments > Hdr Toning). Setelah mencuba fungsi ini, saya mendapati ianya sangat bagus untuk menghasikan imej Hdr dengan menggunakan hanya satu imej.

Jika di versi lama, saya perlu menggunakan fungsi Shadow/Highlight, Curve dan High Pass untuk mendapatkan hasil yang sama. Hdr Toning telah menggabungkan semua ini di dalam satu menu. Great stuff!

Penulis: Imran Abdul Jabar

Pengasas Sifoo.com dan juga penulis ebook Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik. Melibatkan diri di dalam bidang grafik / multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer / Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.


Kuala Terengganu, Terengganu

Jeti, Tasik Kenyir Terengganu


Masjid Kristal, Terengganu

Jem Balik Raya di Jerteh, Terengganu


Hari Guru 2010

Gunting Rambut dengan Wak Kemi


Sukan Sekolah - Rebut Gula-gula

Jeti Bot, Mersing Johor

Afiq & Salsabila di Cameron Highland

Bola Baling Daerah Kluang 2010

Macam mana? Senang tak untuk dapatkan imej HDR? Apa kata jom dapatkan Photoshop CS5 dulu. Cara mana nak dapatkannya... suka hatilah.

05 October 2009

High Dynamic Range

Dalam ketika ini saya rasa banyak blog masih lagi memaparkan gambar-gambar raya yang meriah serta vogue ikut tuan punya blog memasing. Kali ini saya suka nak 'menempek' gambar-gambar seperti di bawah ni. Pada saya gambar-gambar di bawah ni amat menarik. Ia bukan gambar biasa tapi gambar yang diedit menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range).

Proses merakam gambar ini pun berlainan. Gambar HDR ini merupakan gambungan beberapa imej yang sama tapi diambil dengan beberapa dedahan yang berlainan. Sekurang-kurangnya 3 imej dengan dedahan berbeza diperlukan untuk mengubahkannya menjadi HDR. Gambar-gambar yang telah diambil tersebut akan diedit untuk HDR melalui perisian seperti Photoshop atau Photomatix.

Prosesnya bukanlah susah tapi tak juga senang bagi yang kurang biasa dan kurang berminat. Bagi yang suka dan berminat rasanya tak ada masalah untuk mengubah foto-foto tersebut menjadi HDR. Yang penting ada kamera dan tau menggunakannya, minat serta sedikit pengetahuan dalam perisian photoshop atau photomatix.

Banyak tutorial mengenai HDR sama ada melalui Photoshop atau Photomatix dapat dicari melalui internet. Cuma taipkan HDR di google search, atau yahoo......insyaAllah berbaris tersenarai capaian yang boleh digunakan.

Lain-lain imej dalam bentuk HDR.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More