Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label FaceBook. Show all posts
Showing posts with label FaceBook. Show all posts

24 August 2009

Ramadan & Berkebun

Hari ini 3 Ramadhan, sekejap saja sudah tiga hari kita berpuasa menunaikan rukun Islam yang ketiga. Bazar-bazar ramadan setiap petang penuh dengan orang ramai (Simpang Renggam). Tengah kalut-kalut penyakit selsema babi yang menyerang tak kira siapa, orang ramai masih tidak takut mengunjungi tempat tumpuan orang ramai tanpa memakai mask bagi melindungi diri dari virus maut itu.

Agaknya orang ramai masih lagi belum sedar bahawa penularan wabak berkenaan adalah melalui sentuhan dan juga melalui udara terutama di kawasan awam yang dikunjungi ramai orang. Kita tidak tahu mungkin dalam ramai-ramai yang mengunjungi bazar berkenaan ada seorang dua pembawa virus berkenaan tanpa disedari. Inilah yang kita takut.......

Nampaknya dalam dua tiga minggu lepas dan masuk bulan Ramadan ni, aktiviti saya tertumpu juga di Facebook. Selain membina kenalan, di Faebook ada juga dua tiga permainan yang boleh juga menghilangkan boring. Antara yang popular saya agak ialah Farm Town, FarmVille, Farm Pals, Farm Fantasy, Buddy Farm dan satu dua lagi yang lebih menjurus kepada 'berladang'. Rasanya ramai juga blogger yang mempunyai akaun di Facebook dan mengenali permainan-permainan yang saya sebutkan di atas.


Di atas adalah Farm Town. Membina dan juga melakar lanskap ladang sambil mengumpul coins(duit maya..hehe) dengan mengejar mata untuk menaikkkan level boleh tahan juga 'ralit'nya. Di faebook juga saya terjumpa kembali blogger yang lama merehatkan diri. Hehe... rupa-rupanya dia sibuk membina ladang di sini. Hehe...dah jadi peladang jaya dia kat situ.

Time-time puasa ni kalau dah tak ada kerja sangat tu hehe...jenguk-jenguklah facebook. Boleh juga menghilangkan boring.

........tapi itu kalau tak ada kerja sangat ler, cuma lebih elok kalau membaca Al-Quran dan membuat amalan yang baik di bulan Ramadan ni.


* Ralit = leka.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More