
Antara satu dan dua, yang mana lebih baik. Setengah orang katanya baik satu, ada orang kata baik dua. Hehe...... dalam menggunakan monitor ni bagi saya, lebih baik dua kerana senang untuk membuat dua kerja dalam satu komputer.
Menggunakan dual display seakan-akan kita menggunakan dua buah komputer kerana kedua monitor boleh memaparkan dua buah program yang berlainan. Cuma kalau hendak menggunakan multi program yang agak berat dalam satu masa seelok-eloknya menngunakan komputer yang berkuasa dari segi processor dan juga ram. Saya menggunakan komputer dengan processor Intel Core2Quad Q9400 dan RAM 8GB. Jadi dalam satu-satu masa jika kita menggunakan Ulead Video Studio untuk memproses video dan Photoshop untuk memproses imej, komputer tidaklah berjalan merangkak-rangkak dan semput. Untuk paparan, main display monitor 23" dan second display monitor 19", okeylah untuk buat kerja dengan selesa.
Untuk setup dan keperluan hardware bolehlah rujuk kepada pakcik google dan yahoo. InsyaAllah diorang boleh menolong. Laptop pun kita boleh buat dual display.
Jom berkerja dalam dual display.