Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Campak. Show all posts
Showing posts with label Campak. Show all posts

10 March 2009

Cengkering



Kesian anak saya yang no satu tu. Asalnya tumbuh satu, dua biji sebesar biji mancis, semalam dah tumbuh beberapa malah dah berpuluh biji dari sekecil bintik merah hinggalah sebesar biji mancis. Tumbuhnya dah melata, di kaki, di tangan, d badan,di kepala malah di tut.....

Orang Jawa kata
'cengkering', orang Kelate kata 'bertih', orang melayu cakap orang putih kata 'chicken pox', orang melayu tulen cakap 'deman cacar air'. Malam tadi dah bawa ke klinik. Diberi ubat makan , ubat comor (sapu) dan sekeping MC selama seminggu.

Selain dari perubatan moden, ada juga cara perubatan tradisional untuk penyakit tersebut. Di bawah ini adalah serba sedikit contoh. Saya telah ambilnya di
sini. Bolehlah dibuat petua dalam menghadapi penyakit'cengkering' ni.
Petua (1):
Pada hari keempat terkena sakit cengkering aka. "chicken pox" aka. demam cacar air aka. demam cacar aka. smallpox, amalkan meminum air kelapa muda. Buah kelapa muda itu pun kalau boleh sama diambil dari pokoknya dan jangan dijatuhkan ke tanah. Orang kata, kalau nak "power" lagi, panjatlah dan bawa sendiri turun, wallahuallam.
Setiap kali semasa mandi (pada hari yang sama, hari keempat), amalkan mandi air rebusan daun belimbing aka. starfruit (terserahlah berapa kali sehari dan berapa hari nak mandi. Insyaallah kesan parut akan hampir tidak nampak langsung terutama di bahagian muka.
Petua (2):
BIASANYA selepas sembuh daripada penyakit cacar air, kulit badan akan berbintik merah dan ia agak sukar menghilangkan parutnya. Cuba ambil
beberapa jagung muda, bersih dan parut halus. Kemudian gosokkan pada parut dan bintik pada seluruh tubuh berkali-kali. Hasilnya pasti memuaskan hati.
Petua (3):
Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga kesan parut hilang.
Merawat demam campak:
Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali. Apabila bintik-bintik merah campak habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndak semalaman, ditumbuk atau dikisah halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah. Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurng-kurangnya tiga kali. Insyaallah kesan campai berbintik hitam) akan hilang dan demam akan sembuh sepenuhnya).
Merawat demam campak:
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan.
ps. Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering.
Menghilangkan demam campak:
Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu (boleh dicampur dengan air).

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More