
Kemudian untuk jururawat2 yang setia menjalankan tugas, pada 12 Mei, Hari Jururawat pulak disambut. Cuti atau tidak jururawat pada hari tersebut tidaklah kaya ketahui. Cuma kalau para jururawat cuti pada hari tu... siapalah pulak nak merawat pesakit kan?. 13 Mei, Hari Ibu pulak disambut. Beruntunglah ibu2 yang mempunyai anak yang peka dan penyayang. Pasti hari itu anak2 cuba untuk meraikan hari bahagia tersebut bersama ibu tersayang.
Pada 15 Mei, untuk para belia pula diadakan sambutan Hari Belia Negara dan pada keesokkan harinya pula iaitu 16 Mei, sambutan Hari Guru pula diadakan. Pada hari tu guru2 tak cuti tau.... cuma pada hari tersebut diisi dengan aktiviti bersama antara guru dan murid2 agar terjalin satu perhubungan yang erat di antara mereka.
Itulah rasanya sambutan yang saya tahu yang disambut pada bulan Mei ini. Oh ye..... satu lagi saya terlupa.......