Mersing bukanlah jauh sangat dengan tempat TokNabe ni. Lebih kurang sejam setengah perjalanan melalui Felda Nitar TokNabe dah boleh sampai ke Mersing. Kalau ke sana tujuannya hanyalah satu iaitu untuk mandi-manda atau duduk di tepi pantainya dengan merasa tiupan bayu laut yang dingin gitu2.

Kalau ke sana juga, tidak kurang orang membeli kerepok lekornya yang dikatakan berlainan sikit kalau nak dibandingkan dengan yang didapati di Kluang atau tempat2 lain di Johor. Tapi bagi saya kerepok lekornya tidak boleh lawan dengan kerepok lekor Terengganu terutamanya di Losong. Kalau di sana
'kelekoran'nya lebih terasa.

Kalau nak melihat persekitaran Mersing, terutamanya pantai yang sayup mata memandang patutlah kita ke Masjid Jamek Bandar Mersing kerana ia berada di atas di puncak bukit. Memang jelas kalau nak melihat sekitar Mersing.

Kalau memandu di jalan2 di pesisir pantainya, tutuplah penghawa dingin dan bukakanlah cermin kereta, rasailah terjahan angin laut yang menyegarkan. Atau berhentilah seketika di pinggir pantai dan matikan enjin kereta, keluar serta duduklah di bangku2 yang tersedia..... memang seronok kalau nak di bayangkan.

Hehe.... semua gambar ni bukan gambar baru, tapi gambar bulan Disember 2008 itu hari. TokNabe berkira2 nak ke sana lagi........