Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label Acer. Show all posts
Showing posts with label Acer. Show all posts

01 June 2011

Beralih Kepada Tablet

Hampir 3 minggu menggunakan Acer Iconia Tab W500. Rasanya ia oklah dan berbaloi membelinya. Bentuknya yang unik iaitu walaupun komputer tablet tetapi dibekalkan bersama keyboard dock yang boleh menjadikan tablet ini seperti laptop yang normal. Paparan skrin 10.1" dengan resolusi HD 1280 x 800 WXGA dengan skrin sesentuh serta auto rotation. Memang cantik untuk menonton movie dalam tablet ni.


Prestasinya? Pada saya oklah untuk membuat kerja-kerja ringan seperti menggunakan Microsoft Office dan melayari internet.Cuma kapasiti storannya agak terhad, ia dibekalkan dengan 32GB SSD storan. Untuk mendapatkan lebih storan, saya dah dapatkan kad SD dengan kapasiti 32GB lagi (Ada slot untuk kad SD). Cukuplah untuk menyimpan data-data. Hehe....kalau nak lagi besar, cucuk ler portable HD berkapasiti 1.5 TB, tapi itulah...macam orang yang jantungnya dok kat luar je.


Tablet ini juga beroperasi menggunakan Window 7 Home Premium 32 bit tulen, dengan adanya windows, pelbagai aplikasi boleh dipasang seperti laptop biasa. Cuma itulah storannya yang agak terhad. Sebenarnya ada satu versi lagi iconia ni. Versi itu ialah Iconia Tab A500, yang ini menggunakan android sebagai sistem operasi. Iconia A500, tak boleh beroperasi sebagai laptop biasa, cuma ia lebih berguna untuk  aplikasi internet dan juga hiburan.
Processornya? Tablet ni menggunakan CPU AMD C Series C510 (1GHz, 1MB L2 cache). Saya tak tahu nak huraikan tapi ia cukuplah untuk menjalankan pelbagai aplikasi serta games dengan licin dan tanpa sangkut-sangkut. Paparan grafiknya pula menggunakan ATI Radeon HD6250. Ok kan?.


Baterinya? setakat ni,  saya guna belum sampai habis bateri lagi tapi jika saya gunakan aplikasi office dan internet dalam 3 jam aras bateri adalah dalam separuh digunakan. Sebenarnya penggunaan bateri adalah bergantung kepada apliaksi yang digunakan, jika untuk menonton movie dan menggunakan banyak aplikasi, maka cepatlah bateri habis.



Ini bukan promosi tapi sekadar berkongsi.
Lain-lain spec:

Model No
ACER ICONIA TAB W500 (Windows 7 Home Premium 32-Bit)
Part No
LE.RK602.057
CPU Technology
AMD C Series C-510 Processor (1GHz, 1MB L2 cache)
Operating System
Windows 7 Home Premium 32-bit
Chipset
Mobile Intel® HM55 Express Chipset
System Memory
2GB DDR3 Onboard System Memory
Display
10.1" HD 1280 X 800(WXGA)resolution, Acer Crystal Brite LED-backlit TFT LCD with integrated multi touch screen supporting finger touch and image auto rotation
Graphics
ATI Radeon HD 6250, supporting unified video decoder 3
Hard Disk
32GB Solid State Drive
Optical Disk Drive
Information Not Available
Pointing Device
multi-touch screens
Communications
Bluetooth 3.0, Acer InviLink Nplify 802.11b/g/n Wi-Fi CERTIFIED supporting Acer SignalUp wireless technology
Built-in Camera
Acer Crystal Eye 1.3 MP webcam, 1280 x 1024 resolution
Sound System
Built-in mono speaker with high-definition audio support
Interfaces
1 USB 3.0 & USB 2.0 ports, HDMI port with HDCP support
Battery Type
4-Cell battery
AC Adapter
Information Not Available
Physical Dimensions
275 (W) x 190 (D) x 15.95 (H) mm
Weight
0.97 kg with 4-cell battery
Color Variation
Information Not Available
Warranty
1-Year International Traveller Warranty



Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More