Layan TV Online

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

Microsoft Security Essential

atau malas nak beli Antivirus berlesen?, apa kata kita mencuba Microsoft Security Essential (MSE).

10 Hari Di Kampung

Kali ni balik tak lama. Memandangkan ada urusan penting yang perlu dibuat, urusan balik kampung terpaksa dipendekkan. Inilah kali pertama cuti dalam sebulan lebih, cuma 10 hari sahaja yang dapat diluangkan di kampung.

Lama TokNabe Hilang

Itulah yang sebetulnya, nak dibuang dan terus tinggalkan dunia blog ni terasa sayang pulak tapi time nak mengemaskini rasa amat malas. Seingat saya sebelum Facebook meletup, inilah laman untuk menulis kisah-kisah, luahan dan sebagainya.

Kalaulah Malang Itu Berbau

Ye betul, kalaulah malang itu berbau bolehlah kemalangan seperti di bawah ini dielakkan. Pagi Selasa lepas, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja terpandanglah kemalangan dibawah ini yang saya lihat agak teruk yang melibatkan sebuah van, sebuah kereta dan sebuah motosikal.

Showing posts with label 9 Nyawa. Show all posts
Showing posts with label 9 Nyawa. Show all posts

08 January 2010

9 Nyawa

Sedang membaca novel ini........



Tajuk : 9 Nyawa

Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-487-6
Mukasurat : 512 Halaman

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Sumber


Sebelum itu, kesempatan tanpa internet selama 2 minggu menyebabkan saya berminat untuk membaca novel-novel di atas. Kedua novel tersebut juga hasil karya Ramlee Awang Murshid. Hatiku Di Harajuku berkisarkan kisah kehidupan seorang bekas Yakuza yang berasal dari Malaysia dan digeruni dalam dunia yakuza di Jepun. Manakala Ungu Karmila pula berkisahkan 'puaka' yang mendiami sebuah rumah lama di sebuah tempat di Cameron Highland yang menjadi punca ketakutan kepada penduduk setempat yang rata-rata berketurunan orang asli. Kisah selanjutnya eloklah dibaca sendiri novel tersebut, kerana keperincian cerita akan menyebabkan kita akan hilang minat untuk membaca novel-novel tersebut kerana sudah tau akan penamatnya.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More