Efek HDR dalam gambar-gambar ini, saya hanya gunakan satu imej sahaja. Walaupun tidaklah secanggih mana hasil yang saya dapat ini tapi cukuplah menampilkan HDR. Mungkin bagi mereka yang mahir, foto-foto ni boleh lagi disolek untuk lebih cun.
Banyak program yang boleh digunakan untuk menghasilkan efek HDR ini, yang paling terkenal adalah Photomatix dan juga Photoshop. Dengan kemunculan Photoshop CS5, memudahkan lagi penghasilan teknik HDR ini.
Saya nak berkongsi artikel bagaimana menggunakan Photoshop CS 5 bagi menghasilkan gamabr HDR ini. Artikel ini saya copy dan paste saja dari laman asalnya di sini.
Artikelnya :
Hdr Toning adalah satu feature terbaru di dalam Photoshop CS5. Feature ini membolehkan anda menghasilkan efek hdr daripada satu imej sahaja.
Kegilaan efek Hdr semakin menjadi-jadi di kalangan fotografer digital. Ramai yang tercari-cari cara menghasilkan imej Hdr, terutamanya cara menghasilkan Hdr daripada satu imej sahaja.
Teknik asal penghasil Hdr sebenarnya memerlukan penggabungan beberapa imej dengan setting exposure yang berbeza. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan baik di dalam perisian Photomatix. Versi lama Photoshop mempunyai fungsi Merge to Hdr tetapi ianya tidak sebaik Photomatix.
Untuk menghasilkan imej Hdr, anda perlu faham dulu maksud sebenarnya Hdr dan apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah imej itu boleh dipanggil sebagai imej Hdr. Sila google
Photoshop CS5 menyediakan fungsi baru iaitu Hdr Toning (Klik menu Image > Adjustments > Hdr Toning). Setelah mencuba fungsi ini, saya mendapati ianya sangat bagus untuk menghasikan imej Hdr dengan menggunakan hanya satu imej.
Jika di versi lama, saya perlu menggunakan fungsi Shadow/Highlight, Curve dan High Pass untuk mendapatkan hasil yang sama. Hdr Toning telah menggabungkan semua ini di dalam satu menu. Great stuff!
Penulis: Imran Abdul Jabar
Pengasas Sifoo.com dan juga penulis ebook Kompilasi Teknik Suntingan Foto Terbaik. Melibatkan diri di dalam bidang grafik / multimedia dari tahun 1998. Kini, bergiat secara aktif sebagai Trainer / Instructor untuk kursus-kursus grafik dan multimedia.
13 komen:
rasanya pics yg ori lagi clean lbh puas hati ;) hehehe! terpulang pd invidu kan tok?
kalau julya suka edit pica guna picnic...kat situ pon leh edit HDR
gambar yg cantik..pandai tok nabe edit yerk..
lame dh x g pntai penarik..huhu..
sy pun suka edit ni, kekadang sampai jem kompeter hehe..
ch@:
yg ori mmmg cantik. tp HDR ada kecantikkan yg tersendiri,
JULYA:
Ada byk program sekarang ni yg boleh edit HDR. MAhirkan dalam satu program pun dah cukup.
Sricahaya:
Belum beberapa pandai lg.. cuma try2 saja ni.
aesthetic:
Dok petang2 kat situ sambil makan kepok lekor..memang seronok.
maiyah:
jangan samapi diri jem sudah..... komputer jem tak apa. :)
Owh..yg ni HDR rupanya..best2
CI:
Tgh nak belajar....
Eh...dh lawo2 ni..uii...cantik2..
Hebat ler tok...
Leh print besar satu dan frame letak kat tepi dinding umah..cantik woo
Post a Comment