08 January 2010

9 Nyawa

Sedang membaca novel ini........



Tajuk : 9 Nyawa

Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-124-487-6
Mukasurat : 512 Halaman

INTAN SURYANI

Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula...... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.

HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Sumber


Sebelum itu, kesempatan tanpa internet selama 2 minggu menyebabkan saya berminat untuk membaca novel-novel di atas. Kedua novel tersebut juga hasil karya Ramlee Awang Murshid. Hatiku Di Harajuku berkisarkan kisah kehidupan seorang bekas Yakuza yang berasal dari Malaysia dan digeruni dalam dunia yakuza di Jepun. Manakala Ungu Karmila pula berkisahkan 'puaka' yang mendiami sebuah rumah lama di sebuah tempat di Cameron Highland yang menjadi punca ketakutan kepada penduduk setempat yang rata-rata berketurunan orang asli. Kisah selanjutnya eloklah dibaca sendiri novel tersebut, kerana keperincian cerita akan menyebabkan kita akan hilang minat untuk membaca novel-novel tersebut kerana sudah tau akan penamatnya.

14 komen:

menarik nih.. lor.. sy tak jumpa plak buku2 nih nanti nak gi usha lagik

kawe tak pernah baca lagi........
dan rasanya takkan baca......... huhhuh....

Tv pun jarang2 nonton inikan pula buku atau novel....

insyaallah - dlm wishlist nak baca tahun ni

maiyah:
Memang menarik sy membaca karya Ramle Awang Murshid bermula dengan novel Bagaikan Puteri hnggalah yang ini..dan novel2nya memang menarik utk dibaca.

NaqeebLukhman:
TV pun sy jarang tengok, sy lebihkan komputer dalam memcari maklumat dan juga hiburan.huhu...sempat jugak sy membaca novel barang 4,5 muka surat sehari.

Kujie:
Seronok membaca ni... dan novel2 ni sekadar bacaan tambahan untuk mengisi masa lapang.

ni yg nak dapatkan juga nih....

J@J@:
dapatkanlah sambil2 jenguk blog boleh juga membaca...boleh ke?

suka gak baca novell...tp novel cinta ler, hehe. Tp yg tak keterlaluan tu ler. Mcm keluaran Alaf21 ni, kan.
Tp kalo dh kawen2 bc novel cinta ok per..kan?? hehe..

bukan senyap tok..tapi ber'posa' daaaaa hehehehehe

CintamaniszLite:

Dah kawen pun kalau baca novel cinta apa salahnya..... tapi sy tak minat pula genre yg mcm tu...

fazrine:
la hang posa apa kebondanye pulak ni..... :)

teda masa ler tok asik sibuk jer memanjang jd surirumah ni.tapi main game ada pulak masa hehe :p

usia combi ni sesuai baca buku lain dah kot.. :)

Echah_syed:
Saya pun bukan ada banyak masa yg free... sehari dlm 4,5 muka surat pun lama2 abis jugak..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More