30 December 2009

Selamat Datang 2010


Selamat datang 2010 dan selamat pergi 2009. Semoga kedatangan tahun 2010 akan membawa lebih kebaikan dan kebajikan berbanding di tahun 2009.


SELAMAT TAHUN BARU 2010

Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

Sementara itu, gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula esok. Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.

Mengulas perkara ini, Setiasaha Agung FOMCA Muhammad Sha'ani Abdullah berkata kerajaan seharusnya prihatin kepada tekanan kos kehidupan rakyat hari ini.

Beliau menambah kebajikan rakyat harus didahulukan dalam suasana kemelut ekonomi yang belum menamppakan sebarang tanda-tanda pemulihan. Sumber

2 komen:

Selamat tahun baru toknabe...moga azam taun lepas tercapai eh..hehehehe...selamat start masuk sekolah kembali eh...

dav_perantau:
Selamat tahun baru unt dav_perantau jugak. Akhir tahun dibawa hingga awal tahun baru memang sibuk sikit.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More