18 October 2009

Keindahan Dalam Ketakutan





Petir dan guruh..... ....berdentum, yang datang dari langit bukan sekadar membawa bahaya tetapi juga keindahan. Keindahan yang jarang boleh dilihat dan ditonton. Siapa agaknya yang berani berhadapan dengan petir dan guruh ini. Sudah banyak cerita dan berita yang didengar tentang mereka yang rentung dan meninggal akibat dipanah petir ini.

Sejak kecil saya di ajar oleh orang tua saya agar segera berlari dan berlindung dalam rumah jika berlakunya petir ini kerana dikatakan ianya panahan malaikat terhadap syaitan-syaitan yang cuba menuju ke langit. Ketakutan saya terhadap petir memang terbawa-bawa hingga sekarang. Ye..... ketakutan kita terhadap petir ini bukanlah tidak berasas.

"Firman Allah : Dialah yang memperlihatkan kepada kamu kilat, untuk
menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat. Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan. (Surah Ar Ra'ad :12-13)"

Dari ayat diatas, kita melihat bahawa memang ptir diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang mengingkari perintahNya. Bukan saya bermaksud mereka yang dipanah petir ini adalah mereka yang mengingkari perintahNya tapi natijah bala yang diturunkan oleh Allah tidak mengira siapa walaupun pada mereka yang mempunyai sifat baik. Jadi adalah wajar untuk kita takut kepada petir dan kilat ini kerana kita adalah hamba yang hina. Bagamana agaknya anda......agak mustahil jika anda tidak takut.

19 komen:

~0~:
ore kelate kato pelaka.......

jak budok lagi takut petir nih,lo ni pun sama lorak dgn anak masuk selimut dan tutup telinga kalu bunyi petir..
tul tu, ore kelate kato pelaka..

hani@debumelukut:
Sapa yg tak takut dgn petir ni, bunyi berdetum.. satu rumah boleh senyap.

kalau petir yng sabung menyabung tu, mmg menakutkan...
kalau yg biase, sekali sekala tu oke je bagi aku...

anak2 kat umah nangis kalo dgr petir kuat :)

Pagi tadi jam 2.30am ada petir dan guruh yg sgt kuat..sampai bergema & bergegar isi alam ni....
dan pagi ni hga kini..hujan masih turun...menggantikan hari smlm yg sgt panas...Alhamdulillah, ada panas..ada lah hujannya!

Saya juga takut dgn petir & guruh serta angin ribut... mmg ngeri!

sy pun takut bila petir
takut moden tersentak
tak leh online
update blog...

sesiapa pun takut dgn petir lebih2 lagi klu dia berdetum.

pegang btg payung pun bahaya sbb ianya besi takut kena sambar.

p/s: tok zue dah pindah rumah.

Tok; org tua2 kata kalo kilat petir berlaku..baca ler a'uzubillahhuminashsyaitonnirrajim, bismillahhirrahmanirrahim...(sori ler..tulis dlm bahasa rumi je)
Sebab dorang kata...kilat petir tu nak bunuh syaitan. Kalo kita baca mende tu...syaitan2 yg ada dekat2 kita akan lari..takde ler panahan kilat petir tu terkena kat kita..

Betul ke citer tu? Tapi sy mmg mengamalkan ler baca ayat tu kalo tiba2 kilat petir sabung menyabung...hehe..

Chekgu BAniHassim:
KAlau namanya petir, sekali sekala pun kalau terpanah.. rentung jugak.

maiyah:
Budak2 takut.. barang2 elektrik juga kena beringat terutama tv.

J@J@:
Petir selalu jugak kat tempat sy ni... harap2 bukan sebab setan banyak kat sini.. :)

BP:
Betul tu...kekuasaan Allah salah satunya ditunjukkan melalui petir ini.

zue:
Ada satu berita, mungkin tak lama dulu, ada orang yg dipanah petir kerana memikul pam racun yg dibuat dari besi.

CintaManiszLite:

Itulah kalau boleh time hujan je jangan berada di luar.... selain basah takut2 ada petir.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More