05 October 2009

High Dynamic Range

Dalam ketika ini saya rasa banyak blog masih lagi memaparkan gambar-gambar raya yang meriah serta vogue ikut tuan punya blog memasing. Kali ini saya suka nak 'menempek' gambar-gambar seperti di bawah ni. Pada saya gambar-gambar di bawah ni amat menarik. Ia bukan gambar biasa tapi gambar yang diedit menggunakan teknik HDR (High Dynamic Range).

Proses merakam gambar ini pun berlainan. Gambar HDR ini merupakan gambungan beberapa imej yang sama tapi diambil dengan beberapa dedahan yang berlainan. Sekurang-kurangnya 3 imej dengan dedahan berbeza diperlukan untuk mengubahkannya menjadi HDR. Gambar-gambar yang telah diambil tersebut akan diedit untuk HDR melalui perisian seperti Photoshop atau Photomatix.

Prosesnya bukanlah susah tapi tak juga senang bagi yang kurang biasa dan kurang berminat. Bagi yang suka dan berminat rasanya tak ada masalah untuk mengubah foto-foto tersebut menjadi HDR. Yang penting ada kamera dan tau menggunakannya, minat serta sedikit pengetahuan dalam perisian photoshop atau photomatix.

Banyak tutorial mengenai HDR sama ada melalui Photoshop atau Photomatix dapat dicari melalui internet. Cuma taipkan HDR di google search, atau yahoo......insyaAllah berbaris tersenarai capaian yang boleh digunakan.

Lain-lain imej dalam bentuk HDR.

14 komen:

whoaaa jadinya demo pun mmg tererlah buat imej HDR tu...

bulehlah kawe gi nuntut ilmu hehehehe

Salam toknabe,
Memang kemah! Abah pun teringin jugak nak tahu lebih lanjut.

nak jugak mendalami ilmu nie... snap pakai camera cap ayam pun boleh buat jugak ker

mmg nampak cantik, sy suker ler ngan edit gambor camni, nanti nak cari :)

lawo gmbr2 nih tok..ween suke tgk tp nak belajar membuatnya idak laa gajin lgsung. eheheheheh

NL:

Boleh la sikit2.. tapi kawe bukan jenis teliti jg gambar pun tak berapa comel.

abah aman:

W'salam.. sy pun bukannya pandai, guru hanya google, internet dan minat saja.

KuIna:

sy pun pakai kamera cap itik aje.. :D

maiyah:
Boleh saja... pakai photoshop lebih senang tapi perlu ada imej2 yg barkaitan.

Wiween:
hehe... itulah biasa suruh anak murid belajar betul2 klu nak pandai. Time diri sendiri malas pulak.. :D

memang lawa suma gambar tue

combi suke gak ubah-ubah gambo ni tapi nak carik masa free tu jd problem.maklumler mokcik cleaner merangkap segalanyer cukup pakej :D

best sgt gi menembak gunung tok.aduii rasa mcm pro pulak ekeke :p

echah_syed:
bagus huga hobi 'menembak' ni.... sy pun seronok.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More