08 September 2009

Yang Semakin Tiada


Kalau dahulu, tibanya pertengahan puasa hingga ke hari raya pasti kunjungan posmen akan membawa kad-kad raya dari kelauarga, teman-teman dan rakan taulan. Dengan kad yang pelbagai bentuk, saiz dan juga corak pasti membawa ingatan yang segar kepada pengirim terbabit.

Hari tu semasa membeli belah di sebuah pasaraya, saya terlihat juga masih ada kad-kad raya ini dijual tapi nampaknya ruangan tersebut sepi. Tiada orang yang memilih kad-kad raya terbabit. Jika zaman saya dahulu, meriah sungguh orang memilih kad-kad raya ini lebih-lebih lagi dipertengahan Ramadhan ini.

Orang ramai tak mencari lagi kad-kad raya ini berkemungkinan mereka dah beralih kepada sms dan juga mms. Sesetengah orang kata senang dan mudah. Ada pula yang kata amat murah dan cepat. Mana yang mempunyai kemudahan komputer dan talian internet pula, e-kad raya yang menjadi pilihan. Semuanya nampak mudah tapi sebenarnya kad-kad raya ini juga merupakan salah satu kemeriahan hari raya.

Sekarang......... masihkah anda menghantar dan menerima kad raya kepada/daripada teman dan juga keluarga. Saya sendiri pun dah lama tak mencari kad-kad raya ini.....

30 komen:

sy nak hantar kad raya kat tok...

kasi alamat email ya!

kad raya lah yg paling meriah sekali..tak setanding e-kad raya atau mms/sms...

mgkn teknologi canggih pd setiap org yg menyebabkan kad raya di pandang sepi....

lagipon sambil donlod lagu raya..boleh send emel sekali....hehehhehe

Uii..sy mmg tiap2 tahun tak penah miss hantar kad raya. Mmg tak mintak dibalas pun. Pasal tu tak letak add. kat kad raya, hehe. Bg sy..kalo yg menerima tu sudi nak membalasnya..mesti dia akan sms atau kol bertanyakan alamat kita.

Cuma..sy pun takde ler beli banyak. Kalo beli pun yg paket2 10keping RM9.90 x 2peket..tapi kad dia masih ok pe!!

Tp yg paling penting..kad mak ngan ayah sy dan juga adik..mesti sy akan pos setiap tahun..

psst; mesti tersenyum riang kalo posmen tolong sampaikan kad raya utk sy..

feel dia lainla...dapat kad raya posmen rasa lagi di hargai sebenarnya...nak-nak awek punye yang letak spray perfume skali..ahaks

dah taip alamat cuma tak pos...adohai..sejak bulan puasa mmg tak keluar ke mana2....pagi surau, mlm masjid....beli ikan pun sekilo tahan berhari2...

rumah org lain mgkn 'mewah dan meriah' dgn masak itu ini...berlainan pula dgn rumah kami...

kawe pun salu dapat kad raya dari kompeni ajer... huhhuuuu


teringin gak nak dapat kad raya yang ada musik tu... hehehee

salam.. mmg dah tak ramai.. kalo dolu sronok dok tukar2 kad raya padahal duduk sebelah kerusi kat sekolah :D

pB:
Nak antor kad ko nak datang beraya? :D

Aspalela:

Memang kad raya ada nilai untuk mereka yang dibesarkan pada zaman kad2 raya tu istimewa. Orang sekarang yang hanya kenal sms/mms mungkin tak dapat menilai keistimewaan kad raya.

CintamaniszLite:
Mesti paling tidak sekali pernah terima kad bermuzik... hehe.

~0~:

Itu kira lain2 aksesori yg diletakkan dalam kad raya.. hehe.

Bukan semua orang boleh dapat kad yg mcm tu kan?... :D

Kujie:

Saya pun jarang keluar, malas ada dah cuba nak mengelak tempat tumpuan orang ramai pun ada. Cuam ada sekali terpaksa juga pergi shoping untuk persiapan raya anak2.

NaqeebLukhman:


haha.. kena cari awek la kalau nak yang kad raya yang ada muzik... ntah2 siap ada perfume sekali. :D

maiyah:

Ingat zaman sekolah2(skolah rendah ler), kad raya buat sendiri je. :D

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

zaman2 sekolah dulu, siap berlawan sapa byk dpt kad raya...pastu masa raya, mesti gantung kat umah...best giler masa tu...korang rasa tak?

p/s: leh download wallpaper sempena tarikh 090909 hari nie ;) http://homeworkcollection.blogspot.com/

kad raya masih yang terbaik. Dok leh lawang, kata orang tranung. Kita boleh simpan buat kenangan. Dan kalau kreatif buat hiasan di hari raya, gantung kat dinding atau ranting kayu. Letak pula "api lip lap" huh canggih.

mcm pernah buat jer abg putra hehe

sempena kenaikan harga minyak dan harga stem, saya rasa sedih bila dapat kad raya. nak kena balas ni.. tapi saya lebih senang dalam sms, email atau kat blog... boleh balas percuma... hihi.... dasar kedekut...

ayie:
kalau sekarang nak gantung kena beli sendiri kad raya tu.. :D

Abg Putra:

Nak kumpul sampai lima pun tak cukup abg putra.. mcm mana nak gantung ni...

BD:

Haha... yg penting free lepas tu boleh main copy paste aje.. senang sangat. :D

mmg bro.. skrg ni posman dah senang kerja.. tak payah susah nak antar kad raya.. org dah ramai bagi kad raya kat facebook jer.. huhu.. tapi masih lagi supplier2 kat tmpat kerja tu antar kad raya lagi.. tapi bukan ler org kita.. org cina yg bagi.. pelik kan.. ha ha

aku pun dah kehilangan 'nilai' nih ... tahun ni takdak kad raya dihantar. Ingat awal2 puasa tuh nak jugak hantar.

Tapi rasa 'baloq' sangat ... terus bertapa kat rumah...

Kerja posman makin senang tak pening kepala nak memproses kad raya. Kalau tak tiap tahun berjuta kad raya nak kena hantar...

RazifEmbi:

Dah bertahun rasanya tak terima kad raya ni. Yg banyak diterima sms..

hehe ... yang peliknya Tok ...

Aku manjang dapat kad raya tiap tahun, walaupun jarang antar kad kat orang.

Antaranya daripada bini sendirilah tahun lepas...tahun ni mcm tak de jer ...

rasa kosong la plak ...

baru aku teringat Tok ... nanti aku tanya bini aku, apesal tahun ni dia tak kasi kad raya ...

jeng jeng

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More