17 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Dalam dua tiga hari lagi akan berakhirlah bulan Ramadhan dan kemunculan Syawal memang dinanti oleh ramai orang. Mungkin hanya segelintir yang menangisi pemergian bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Kesempatan kehadiran Syawal, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blogger dan juga rakan di FaceBook. Walaupun tidak pernah bertemu mata, tapi kemungkinan melalui tulisan atau komen-komen saya ada yang menguris hati pada mereka yang berkenaan, saya mohon ribuan maaf dari anda semua.

Raya ini kalau dikira cuti ada la dalam 10 hari . Berkemungkinan saya akan berada diluar kawasan liputan dalam 6 hari bermula Jumaat ini sehinggalah Rabu depan. Hehe... balik kampung.

Mana yang sudi nak amik bingkisan raya saya disebelah ini, dipersila dan dialu-alukan. saya amat berbesar hati jika tuan/puan mengambilnya untuk diletakkan di blog masing-masing.

Selamat Hari Raya Aidilfitri - Jangan tercekik kuih semperit.



16 komen:

Andai jari tak dapat bersentuh,
tangan tak dapat bersalam,
hendaknya batin kita tetap bertaut,
Minal aidin wal faizin,
Mohon maaf lahir dan batin

Selamat Menyambut Aidilfitri 1430H kepada semua – Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan saya yang ada, yang zahir atau yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat…

Kujie:

walaupun tak pernah bersua namun komen-komen saya selalu juga menerjah blog kak jie. Andai terkasar komen.. mohon dimaafkan.

selamat hari raya
maaflah kalau ada tersilap kata tersalah bicara terguris rasa...

berhati2 di jalan raya!

2, 3 KUCING BERAYA..
MANAKAN SAMA SI TIKUS RAYA..
2, 3 HARI LAGI NAK RAYA..
AMPUN MAAF DARI SAYA..

TERLEBIH BISA TUTUR BICARA..
DISIMPAN JANGAN AMPUN DIPINTA..
SYAWAL DINANTI BERSAMBUT RIA..
IKHLAS DARIKU YANG CANTIK JELITA.

Selamat Hariraya
Maaf segala komen yg terkasar atau terlebih.Jemput ke rumah kuning raya nanti.

Tok ,

kawe dok salor doh nie ..
Kapung Tok Mano ????

kalau ada no hP , buleh jupo mano mano ....

zue pun ingin memohon ampun dan maaf andai komen2 zue ada yg x berapa sedap mmbacanya.

selamt balik kg dan berhati2 dijln raya.

thank for d card. zue amik dan paste ke umah zue.

salam Aidilfitri buat tok nabe.
Semoga syawal ini mengeratkan yang rapat dan merapatkan yang jauh..
Semoga rindu terubat dan bahagia selalu.

Tok..kad yg ni baru sy dpt copy. Yg ari tu..tak dpt ler pasal imejnya tak kuor pun, hehe..

Dah gantung pun ye..TQ

salam tok.. Salam Aidil Fitri.. sy pun nak mohon maaf andai ada komen yg tak kenan dihati.. kira halal jer ler :D

Salam Tok Nabe,

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami buat sekeluarga kamu... semoga raya tahun ini membawa seribu makna dlm kamus hidup kalian... berhati2 ketika memandu dijalanraya...

salam syawal tok.. :)

drive safe & takecare.

selamat hari raya..
maaf zahir batin

Semoga selamat smpi ke Klntan....

Selamat Hari Raya....
xD

Tok ... Selamat Berhari Raya juga untuk Tok sekeluarga . . .

Berhati-hati semasa memandu ... Hari Raya ke berapa balik kampung Tok ...

Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More