28 August 2009

Ramadan, Merdeka & Petrol


Hari ini 28 Ogos 2009 bersamaan 7 Ramadan. Tiga hari lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan, hari ulangtahun ke 52 kebebasan negara dari penjajahan negara luar. Cuma kita tak tahu lagi adakah kita sudah bebas dari pengaruh, budaya dan ikutan negara luar terbabit. Keesokkannya, 1 September 2009, berlaku perubahan dalam harga dan gred minyak petrol. Jika sekarang terdapat 2 jenis minyak petrol yang dijual di stesen-stesen minyak di seluruh negara iaitu RON 92 dan RON 97 (RON=Road Octane Number). RON 92 yang diberi jolokan minyak merah kini berharga RM 1.70 akan dihapuskan dan diganti dengan RON95 yang akan berharga RM1.75 sen seliter. RON 97 yang kini berharga RM 1.80 akan dinaikkan harga menjadi RM2.00 seliter mulai 1 September ini ( 4 hari saja lagi).

Dikatakan juga RON 95 sesuai untuk semua jenis kenderaan. Anda dah pernah cuba? saya belum lagi. Tak tahu macam mana prestasinya. Saya ada juga meninjau forum-forum yang ada membincangkan pasal ini dan ada yang pernah mencubanya. Antara mereka yang pernah mencuba (sekarang dah ada RON 95 dijual di stesen-stesen minyak) mengatakan prestasi minyak ini okey, menambahkan pecutan tapi kuat makan minyak. Sejauh mana kebenarannya hanya pengguna tu sahaja yang tahu. Kalau nak tahu...... kita cuba sendiri.

Kenapa menaikkan harga Minyak RON97 ?

Menurut sumber, minyak RON97 merupakan minyak bergred premium dan kebanyakkan kereta hari ini tidak memerlukan minyak gred setinggi itu. Difahamkan Enjin Campro keluaran Proton boleh menggunakan minyak gred RON95 tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penjimatan dari menaikkan harga minyak RON97 boleh digunakan untuk menampung subsidi minyak RON95 yang lebih standard untuk kebanyakkan kenderaan sekarang.

-------------- Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia.


Kalau betullah itu anggapan sesetengah pihak.... apa salahnya menyediakan minyak yang terbaik untuk kegunaan rakyat sendiri dengan harga yang murah atau tidak membebankan. Umpama seorang ayah atau ibu yang sentiasa ingin memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.

16 komen:

kwn lin dh kaji dn cuba ron95 tu tp mmg betul pecutan mcm biase tp kuat mkn minyak..
tp klu nk enjin lbh tahan lama servis guna yg lbh upgrade sikit,ron97 mmg sesuai le..

lg2 kete tok tu,mmg sesuai ron97,alah membeli menang memakai kan? kete nk pakai lama tu tok...heheheh

sy tak berapa pandai tp memerhati aja perkembangan.

Malaysia Boleh !!

MInyak sekarang gred tinggi, jual harga biasa.

Nanti

Minyak gred kurang sket, jual harga lebih mahal.

Syabas,

Malaysia Boleh

Sis-Lin:

Saya tak try lagi. Tak tahu mcm mana prestasi. Baik ke memudaratkan kereta...ikut info ok tapi tak tahulah.

KuIna;

Kita pakat nengok keadaanlah..... kalau baik, baiklah adanya.

Chekgu BaniHassim;

Gitulah.... nak tak hendak memang ada 2 pilihan nak RON 97 dgn harga mahal sikit atau RON 95..... murah tapi tak tahu ok ke tak.

relaxjom:

Itulah yang kita hendak MALAYSIA BOLEH!!! :D

Boleh dalam serba serbi....

salam.. kete sy bleh pakai ron tu tak hehe

ermmm.. pakai minyak tanah jer la.. opss. minyak tanah habis stok org guna nak buat pelita..

maiyah:

W'salam....... hehe, tak tahu..

:D

Kasawari:

Tak minyak tanah... pakai minyak sawit.

Try cuba campur RON 97 dan RON 95 hehe akan jadi RON 96. Lagi baik kot. :D

hadioh untuk hari merdeka ni tok..hehe

mae:

Haha... samo-samolah kita terimo hadioh hari merdeka.

meraso doh kawe hadioh hari merdeka ni tok..seikhlas hati..hehe

come kete tok..berkene kawe..

salam singgah..ore kelate ko? hihi

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More