09 August 2009

Lapan lagi korban H1N1 - Dah 28!

Sekadar untuk maklumat dan perhatian tuan puan. Wabak penyakit H1N1 ini semakin serius. Lindungilah keluarga kita. Walaupun dalam sibuk-sibuk menyambut bulan kemerdekaan ini, jangan lupa keselamatan dan perlindungan diri sendiri dan keluarga dari wabak virus H1N1 ini (selsema Babi).




Sumber.

Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini. Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.

Beliau memberitahu pemberita di Kota Kinabalu bahawa sebahagian daripada kematian tersebut membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Liow berkata, satu kematian dicatatkan pada 3 Ogos, diikuti dua lagi (5 Ogos), empat (6 Ogos) dan satu lagi pada 8 Ogos, lapor Bernama.

Menurutnya, dua daripada kes itu adalah dari Sabah. Yang pertama melibatkan seorang wanita obes berumur 24 tahun yang dirawat di Hospital Ranau pada 1 Ogos, yang mengalami demam dan batuk selama empat hari.

Wanita itu kemudian dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) di Kota Kinabalu pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Satu lagi kes melibatkan lelaki berumur 74 tahun yang menghidap sakit jantung kronik yang dimasukkan ke QEH pada 3 Ogos, yang mempunyai sejarah mengalami masalah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam selama sehari sahaja. Lelaki itu meninggal dunia pada 6 Ogos.

Kes lain termasuk pelajar wanita berumur 20 tahun yang dirawat sebagai pesakit luar bagi penyakit serupa Influenza (ILI) pada 1 Ogos dan meninggal dunia di bilik asrama, lima hari kemudian; seorang lelaki berumur 48 tahun yang menghidap asma dan hipertensi dari Sarawak, dan seorang lelaki obes berumur 37 tahun dari Johor.

Liow berkata pada ketika ini, terdapat sejumlah 62 kes yang sedang menerima rawatan di hospital dan 13 kes lagi dirawat di unit rawatan rapi (ICU), manakala lima lagi kes disyaki H1N1 turut ditempatkan di ICU bagi menunggu keputusan.

"Setakat ini di Sabah, kes H1N1 yang disahkan ialah 402 kes, dua kematian, tujuh sedang dirawat di hospital di mana seorang dalam ICU, dan tujuh lagi kes ILI, sementara menunggu pengesahan," katanya.

Menurut Liow lagi, terdapat kanak-kanak yang terlibat tetapi tidak mempunyai butirannya. Katanya, 35 sekolah telah ditutup di Sabah akibat wabak H1N1.

Untuk maklumat terkini sila lawati laman web berikut:
http://www.moh.gov.my
http://h1n1.moh.gov.my

17 komen:

ko lama ko teruk... nak tunggu vaksin pun lambat lagi...

negara kita ak mampu nak buat sendiri terpaksa bergantung pada negara luar...


dulu kawe mitak nak jadi saintis tapi awok dia tak bagi heheheehhee

NaqeebLukhman:
Haha.. lawok, lawok.... serupo kawe la.Minta jadi saintis tapi demo bui jadi cikgu jah.. hahaha.

salam.. bimbang juga ek, saya terpaksa batal nak gi tgk konsert jamal abdillah kat istana budaya sebab takut dok dalam khalayak ramai.. huhu

kawe pon nak jadi saintis jugok..(mace iklan pulok..hehe)

semakin merbahaya wabak nie sekarang...makin hari makin teruk...

maiyah:
kena kurangkan atau jauhkan tempat2 yang menjadi tumpuan orang. Beringat tu lebih baik...

mae:
Mari kito pakat jadi saintis..... haha ceroh maso depe.

~0~:
Itulah makin lama makin serius. Kena jauhi tempat2 yg menjadi tumpuan orang ramai. Beringat tu lebih baik.....

Iklan dah ckp, info kt laman web tu dah tulis, kat tv, media dan segalanya....


" virus ini disebarkan melalui batuk dan bersin"

tapi ramai yang tahu tapi tak buat apa2..tak melindungi diri sendiri

Dua hari berturut saya ada urusan di tempat awam..saya lihat kesedaran untuk memakai mask sgt mengecewakan. Hanya kami sekeluarga yang pakai...dipandang seperti alien!

Lagi satu yang ketara...nak dapatkan mask juga susah, 4 farmasi dan 2 kedai ubat cina yg saya masuk kesemuanya kehabisan stok.

Sepatutnya kerajaan melancarkan pelaksanaan memakai tudung.

bahaya h1n1 ni....

risau aku...

insyaALLAH baca doa tolak bala byk2.. :)

sekolah anak-anak combi masih selamat.

Kujie:
Betul tu, ramai orang kita segan nak pakai penutup mulut di tempat awam padahal kebarangkalian untuk berjangkit boleh dikurangkan.

....... mask pun naik harga sekarang ni.

razifembi:
Saqya tengok program berkumpul ramai2 rancak juga dianjurkan terutama oleh stesen2 radio.

Tak perihatin langsung!.

echah_syed:

Dulu dengar wabak kat mexico dan US mcm jauh sangat. Tak sangka sekarang ni berlaku dalam negara sendiri. Moga dijauhi oleh Allah.

itu yg diumumkan yg tak diumumkan.. mungkin ada...

KuIna:
Di negeri Perlis belum dengar cerita lagi. Harap2 tak ada....

Tok...
demo jadi cikgu buleh juga ajar budak2 pasal H1N1 huhuuhu

biar budak2 tu pulak pakat jadi saintis ramai2 huhhuhu


jgn saintis buat bomb sudah lah... itu mesti Tok punya ideologi hehehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More