08 August 2009

Korban H1N1 Meningkat 18 Orang

8 Ogos 2009

Penyakit Influenza A (H1N1) meragut tiga lagi nyawa menjadi jumlah korban penyakit tersebut sehingga ini meningkat 18 orang.

Ketiga-tiga korban terbaru itu merupakan dua orang kanak-kanak berusia empat dan lima tahun dan seorang lagi berusia 63 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, 53 kes baru juga dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Bercakap kepada pemberita di ibu negara, beliau berkata kanak-kanak berusia lima tahun ini mengalami encephalitis dan meninggal dunia di Hospital Kuantan Jumaat lalu.

Manakala kanak-kanak berusia empat tahun itu pula mengalami hyperthyroidism dan radang paru-paru. Dia meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, juga pada hari Jumaat.

Manakala mangsa yang berusia 63 tahun itu pula dari Selayang yang mengalami asma, batuk kering dan radang paru-paru. Dia meninggal dunia di Hospital Selayang Khamis lalu.


Sumber.

Untuk maklumat terkini sila layari laman berikut.

http://www.moh.gov.my/
http://h1n1.moh.gov.my/

* Baru dapat berita, mangsa yang meninggal di Kuantan, Jumaat lepas merupakan anak saudara kawan saya.

18 komen:

Salam


hmmm...
baco dalae surat khabar hari ni , katonyor vaksin ado doh. tapi bulae depae baru buleh guno ....

mitok kito semua dijauhkan dari penyakit nie


psstt..
hok kecik dhumoh , demae ..
dua kali doh boeok gie klinik ...
hmmmm........

salam tok..
tu la,mula2 jauh,kita dok diam lg,skrg dh sebelah je ni kawasannya virusnye,so kenala hati2 dan cegah sebelum parah...

ok,tok,nk kongsi ni,cuba ek kita fikirkan,dulu waktu selsema burung,bkn main abs semua haiwan dn kandang di bakar,tp nape lak x dngr ek,kandang dan babinye di musnahkan?pelik kan??

pB:
Lo ni kebetulan musim buah dengan musim panas. Kito terutama budok2 mudoh deman. Disebabkan h1n1 ni kita jadi panik walaupun deman biasa. Minta dijauhkan Allah wabak ni menimpa keluarga kita.

sis-lin:
Sekarang nak keluar pun dah rasa maam malas. macam tak selamat. Memang kena berhati2 sekarang ni, elakkan tempat tumpuan orang ramai.

Kalau natang tu dibunuh ada ler kot kaum2 yang membuat demo.... Agaknya ler :D

mintak lindung dari penyakit ini terus menular..

Ya Allah..bala dan ujian apakah ini??ampuni dosa hamba2 mu..

buat sementara waktu ni eloklah kita kurangkan kunjungan ke kawasan yang padat dengan orang ramai..

tk lame lagi bulan ramadhan dan syawal bakal menjelang.. semoga kedatangan bulan mulia melenyapkan virus H1N1 ni..

makin paroh ni tok..mungkin bala mungkin ujian utk mnuasia..beza nge tsunami ari tu..harap kito doa bnyok2..

kat spital lo nih waok dia dok dan nak layan... ramai sangat org...!

salam.. semoga kita di jauhkan dari penyakit, berserah pada Allah

Toknabe dop mari pesta konvo uthm ko?..ko takut H1N1, kawe tgk ramai ajer org..kawe xberani g kat org ramai loni....uthm ada pelajar yang suspek H1N1, Tapi yang kena H1N1 Terpaksa dirahsiakan sebab aktiviti konvo berjalan loni....nak mari oyat eh, jangan lupa bawak mask yg N95 tu..

AiE bAhRi:
Sembahyang hajat minta dijauhkan Allah. Kat masjid dah ada yang buat.

Nadine Zuharra:

Minta dijauhkan Allah semua ni. Sekamin hari semakin ramai yang kena. Ngeri jugak....

mae;
meme ko parok nyakit ni.... kelate labu mano cerito? setakat ni tak dok dengar lagi. Hok mati pulok tu rama budok2, pah tu kebanyakkannya ore melayu.

NaqeebLukhman:
Kalu gi klinik dgn spital lo ni,kena beratur panje nak jumpo doktor.... bab ore kato nanak nasi pun dan masok dua tiga periuk!

Maiyah:
Yang mana berkerja terpaksa berhadapan dengan orang ramai, ini yang lebih berisiko untuk kena penyakit ini. Tapi isyaAllah kita mohon dijauhkanlah.

dav_perantau:

Tak perasan pulak ada pesta konvo kat UTHM. Hehe... kalau perasan pun mcm takut je nak pergi.....tengah hebat penyakit ni merebak.

Harga mask pun dah naik harga sekarang ni.

Nak pesan satu saja.........pakailah mask, orang kita malu dan segan nak pakai....

Dah cakap h1n1 ni merebak melalui batuk dan bersin.

Ade kajian di tv jepun kata pakai mask sahaja boleh kurangkan partikel atau zarah2 dari batuk tu drpd terkena orang lain sebanyak 90 percent lebeh ( ini komen dari seorang pengunjung blog saya yang sedang belajar di Jepun )

Kujie:
Dah mula sediakan mask untuk anak gi sekolah. Apa2 pun memang penjagaan mesti diutamakan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More