09 July 2009

PPSMI Mansuh Pada Tahun 2012

Pengajaran dan Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan pada tahun 2012 sepenuhnya. Itu yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran merangkap TPM Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam di Putrajaya.

Dikala ramai orang bersetuju dan menunggu keputusan ini, nampaknya mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bersedih dengan keputusan ini.

Bagi saya secara peribadi, saya sangat bersetuju dengan pengembalian dasar PPSMI ini kepada dasar menggunakan bahasa ibunda dalam subjek sains dan metamatik ini. Pada saya yang hendak diajar dan mengajar adalah sains dan matematik. Jadi biarlah bahasa yang digunakan difahami dan mudah digunakan oleh kedua belah pihak, guru dan pelajar.

Untuk Bahasa Inggeris, mantapkanlah pengajaran dan subjek itu sendiri dengan guru Bahasa Inggeris yang lebih terlatih dan konsisten, tambahkan masa pengajaran dan penbelajaran, silibus yang mantap dan kemudahan pengajaran Bahasa Inggeris.

Teringat kata-kata seseorang "Yang sakitnya perut, tapi diubatnya kaki, sampai bila tak baik-baik".

35 komen:

malam tadi baru tahu..
rupanyer peratus yang lulus sebelum dan selepas ppmsi amat jauh bezanyer..
memang patut pun pinda semula..
kasihan pada pelajar luar bandar..

psst:-sakit perut bila dibuang isinyer dah lega lepas tu...
patut arr tak yah ubat..

anak2 gembira dngr berita ni,mmg nmpk merosot sikit sejak subjek sains & maths ni ke bahasa BI..
bkn x nak praktikkan bahasa BI tu,tp bt dwibahasa tu pun oke kan...
bahasa ibunda bahasa jiwa bangsa...

harap2 ini bukan gimik politik

Ikut pendapat peribadi, memang tak ada masalah , anak2 saya masih dpt menguasai BI, Math & Sains. tapi saya kenalah terima kebaikan untuk BERSAMA.

Nak belajar BI, belajarlah Bahasa Inggeris dalam subjek bahasa.

nak kata ape...kita yg menjalankan tugas kene le ikut ape saja dasar yg dibuat... tapi kesian kat anak2 yg kene switch otak belajar dalam bahasa plak... fenin-fenin..

tapi bakpo 2012 ???

anok pB tahun depae darjoh satu , so , dio still keno blaja dalae bahaso english , kan ???

kan
kan
kannnn

Ntah laa..mmg sesuatu perkara tu ada baik dan lemahnya.
Baik bagi yg boleh menguasainya..lemah bagi yg tak dpt nak menguasainya.
Bagi sy yg tak menggunakan langsung bahasa inggeris dlm perbualan..PPSMI adalah saluran terbaik anak2 sy memahami ayat2 bahasa kedua itu apabila membaca, membuat penulisan dan apabila dipertuturkan. Nak harapkan ketika subjek BI saja mmg tak cukup sebab di rumah keluarga menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya.

Tp bukan nak ckp pulak laa kan utk pelajar2 Melayu dan luar bandar khasnya. Diorang ni kalo lagu omputih tu..cepat aje leh hafal. Kalo main game kat cc..leh paham segala direction game..tapi naper bila di dalam pelajaran..Bahasa Inggeris menjadi satu beban?

Ntah laa..sebenarnya..jgn laa jadikan pelajar tempat melakukan eksperimen idea2 ntah ape2 Kementerian Pendidikan. Tu laa yg sebenarnya.

budak2 jadi mangsa....
sian kat dorg...

hu hu.. naper 2012.. kenapa tak tahun depan jer ek.. he he

akhirnya kerajaan akur dgn kehendak rakyat... lepas nih harap2 tak jadi isu lagi...

mmg betul sepatutnyer ada altenatif lain untuk memantapkan bahsa inggeris dikalangan pelajar2... idea bahsa inggeris untuk sains dan matematik tak relevan!

kesian Tun huhuhu... agaknya dia dulu sekolah org putih kot...

salam...apa kabar? alamak isu panas..dah tak larat nak fikir..:p

salam...apa kabar? alamak isu panas..dah tak larat nak fikir..:p

keputusan yang mnarik ni tok..tapi tetapi 2012..bnyok kmugkinan lagi...

saya mmg setuju kerana ank saya tak berapa mahir b.ing jadi camna nak bljr sains dan matematik tu. pelajaran B.ing kan dah ada mantapkan ajelah, kenapa nak tukar pelajaran lain ke b.ing. Tak kesian ke pada murid2 yang tak brp mahir tu

sayanghasni:
betul tu kalau sakit perut kekadang tak payah mkn ubat.. gi tandas je.

...... warga sekolah yg terlibat je tahu kesan & jerit payahnya PPSMI ni. Org yg tiada kaitan....... tau sokong je.

sislin :
BI memang penting, sains dan mate pun ptg jugak. masing2 dan ada masa dan guru.........

Teja:
ada yang sokong & ada yg bantah.... teja ni sokong. :D

KuIna :
TPM dah kata..... atk ada kaitan dengan politik langsung... tak caya ke? :D

Kujie:
Hehe.. nak pandai BI, belajarlah Bahasa Inggeris tu sendiri dg sebaiknya.Utk dapatkan ilmu mate dan sains, belajarlah dgn cara yg senang.

arazma:
Perlaksana dasar begitulah..... kena ikut perintah. Orang suruh A, Al ah kita,orang kata B, B lah kita. Nak buat guano.

pB:
Sekarang belum jelas lagi kenapa 2012. Mungkin selepas ni akan ada perjelasan detail.

CintamaniszLite :
Pada saya baiknya sikit... buruknya banyakkkkk.
.....cuma mantapkanlah pengajaran dan subjek Bahasa Inggeris tu sendiri. Dah ada cikgu BI...... gunakanlah peranan mereka.


......konsepnya sama mcm mana Islam boleh tersebar dengan cepat dan meluas di nusantara ni?

chekguBaniHassim :

Hehe... budak2 jadi mangsa, cikgu pun ada jadi mangsa. :D

Kasawari :

hehe... kenapa ye 2012? hehe.. tu kasawari kena tanya TPM kita la, kan sekampung tu? :D

NaqeebLukhman:
Hehe.. dah banyak kajian dibuat, dan baru dapat tau kesannya kot.

Arsaili :
Hehe.. isu panas. Ye betul tu, tak yah ler kita fikir banyak2. Biarkan mereka yg berkenaan yg fikirkan, kita perlaksana dasar ni, ikut je.

mae :
2012. 3 tahun lagi tu, byk lagi kemungkinan tapi kita tak yah fikirlah...... tak jumpanya jawapan.

maiyah :
Setuju Mate dan Sains dalam BM tapi tak setuju jika mengabaikan BI. Jika ada kelemahan dlm BI, kita gandakan pembelajaran BI tu sendiri.

tok..sebenarnyer budak2 tak komplen pun cikgunyer tu yg tak reti berbahasa inggeris so mcmana nak ajar maths & science dlm BI..kantoi! :D

echah_syed :

hehe... kalau cikgu cakap berabuk BI tapi budak2 tak faham..mcm mana pulak tu!!!. tak tercapai PnP tu kan?

....................................

Nak ajar Mate n Sains dlm BI boleh, tapi pastikan murid-murid tu pandai dulu BI. Hehe.. nak pandai BI belajarlah subjek BI.

ween pun sama tok. ween rasa dr dulu lagik patut depa perkasakan Bahasa inggeris tu sendiri di kalangan org kita selaras dgn kita perkasakan BM. baru laa budak2 leh pandai english. Bukan selit2 dlm subjek lain. huhuhuhu

Kalo bebudak dr awl (dr primary school) da pandai English, da bosar sok tade masalah da. Baca laa buku apa2 pun yg dicetak dlm english sama ada Math ke Sains ke...even Geografi skalipun ..da tade masalah.

ween :
Saya setuju sangat ......biarlah guru2 BI sendiri yang mengajar BI. ...... barulah budak2 cerdik pandai.

harap cikgu BI pun tak leh gak sbb satu waktu baru 45 minit sepatutnyer kat rumah pun kena ckp BI..tak gitu tok :)

echah_syed:
Sebab itu ler kena tambah waktu BI.. guna strategi yg betul.

Cara mengajar betul, strategi pun kena betul dan yg penting budak2 mesti minat nak belajar, insyaAllah pandai budaknya nanti.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More