23 July 2009

Paling Murah

Kereta yang dikatakan termurah Tata Nano telah dilancarkan secara rasminya di Mumbai India. Kereta ini yang berharga RM8,900 (di India, kalau masuk Malaysia tak tahu dah berapa harga) dikatakan akan menjadi kereta popular yang akan digunakan oleh rakyat India kelak.

Namun versi termurah ini tidak dilengkapi dengan power stering dan juga penghawa dingin. Manakala yang lengkap pula hanya berharga lingkungan RM12,700. Syarikat permotoran TATA mahu menjadikan kereta ini sebagai kereta mampu milik kepada rakyat India yang rata-rata berpendapatan rendah. Walaupun murah dan bersaiz kecil tapi kereta ini mampu memuatkan 4 orang dengan kapasiti penggunaan minyak yang rendah dan menjimatkan.

Agak-agak kat Malaysia dapat tak kereta baru dengan harga sedemikian. Kalau ada pun mungkin..................


15 komen:

Salam Tok,

Sekurang2nya Kerajaan India membuatkan sesuatu yang mampu dimiliki rakyat... bersyukur... kita di malaysia... sepatutnya harga proton jauh lebih murah... membantu rakyat... bukan mencekik... ntah le... kete kancil pun dah cecah 25~30 ribu?

hehe.. kete sapa la tu. kalau murah camtu saya pun nak pas tu modified utk OKU.. ooii jalan sakan gamaknya.. berangan lagi.

nasib kat malaysia teda kete mcm gitu kalo tak mesti jem giler sbb anak-anak drive sendiri gi sekolah ..termasuk anak tok,anak sis lin,anak kuina,anak cpanji dan anak combi kehkehkeh :p

kalo setakat rm40++ pun parent mampu beli inikan pula rm8,900.combi booking 4 lah.. :D

cute jugak eh bro kereta india tu.. 2 kali tengok macam kereta Bumblebee transformer tu.. hu hu

ermmm yg kereta bawah tu pulak apa jadi kalau di transformasikan ek.. hu hu..

ye la betul jgk kata mama tu,kalo mrh gitu semua anak2 gi sek drive sndri je la,beli cash je tu...

tp kt mesia ni mana le boleh dpt hrga cmtu murah,bt lps duit dep ada ler,tu pun cungap2 nk byr bln2..huhuhu

klu masuk m'sia harga jd 10 kali ganda la.. nak bayar kepala tu kepala nie.. (PA)...

teringin jugak kalau kat malaysia ada kereta semurah itu. tapi takdelah sampai 4 sekali borong mcm kak combi kita.hehehe

kalau masuk malaysia dah tentu harga 3 x ganda hehehe... maklum ler doran nak selamatkan kete nasional... alasanye lah...

tapi dengan PM baru nih tak tau ler harap2 tak mengcekik...

--> Amirul:
Tak leh nak berangan kat Malaysia ada kereta berenjin semurah tu.
Kat Malaysia ada kereta paling murah di dunia. --> Kereta Tolak.

--> Maiyah :
kalau ada kereta semurah tu, rasanya ramai orang kat Malaysia pakai kereta. Sbb motosikal pun sekarang ni ada 7, 8 ribu.

--> Echah_syed:
Amboi sampai nak booking 4 sekali gus. Hehe jangan buat pakai buang pulak... habis minyak, beli kereta lain.

--> Kasawari:
kalau bertukar rasanya dia jadi autobot yang paling kecil agaknya.

Yang bawah tu hehe.. tak tau ler nak jadi apa bila ditrandformasikan..... jadi sasaran tembakan megatron barangkali.

--> sis-Lin:
Cikgu2 susah nak fikir nak buat tempat parking kereta anak2 murid. hehe.. kalau budak2 bawak kena set speed limit hanya 60km sejam max speed.

--> KuIna :
Kereta duty free kat langkawi pun rasanya masih mcm mahal lagi.

RM 8000, kalau masuk malaysia entah dah jadi puluhan ribu kot.

--> AiE bAhRi :
Agak cute, dan memang sesuai utk buat pegi keje. minyak jimat, space parking pun kecik.

--> Cikgu Panji :
hehe.. dapat satu pun dah okey. Cuma nak tengok ada masuk malaysia tak, kalau masuk berapa harga nanti.

NaqeebLukhman:
Hehe.. kereta nasional walaupun katanya murah tapi masih ramai orang tak beberapa mampu nak beli. Interest bank pun tinggi. Pakai kereta, petrol pulak sentiasa nak naik......

Wah bro layan gak transformer ek.. semua nama2 hafal.. hu hu..

Kasawari:
haha...24 jam terpaksa layan ceria 611 mcm mana tak leh tau.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More