Isnin lepas, Johor bercuti sempena Hari Hol Al-Marhum Sultan Johor. Kesempatan diambil untuk pergi makan angin dengan keluarga. Budak-budak katanya teringin nak ke Melaka. Saya okeylah sebab dari tempat saya ke Melaka, tak jauh sangat lebih kurang 1 jam setengah melalui PLUS.

Sebelum pulang ke Johor, saya sempat singgah di masjid ini, dinamakan Masjid Selat Melaka kerana berada betul-betul di atas air Selat Melaka. Maksudnya masjid ni ala-ala terapung dengan sepenuh bangunannya berada di atas air. Masjidnya cantik dan sejuk mata memandang tapi agak sayang sikit apabila melihat tiada pemaustautin yang menetap berhampiran masjid ini. Yang ada hanya kedai-kedai kosong serta kawasan perumahan terbengkalai.

Tempat ini juga sesuai untuk mereka yang gemar memancing. Ketika saya sampai sekitar jam 5.00 petang, sudah banyak batang-batang jorang yang kelihatan terpacak sepanjang pantai yang ditambak ini. Mereka yang memancing ini mungkin adalah dari kawasan sekitarnya.

Sambil-sambil memancing tu boleh ler kapal-kapal sedang belayar menuju destinasi masing-masing. Kalau bersantai saja pun okey jugak di wakaf yang disediakan dengan deruman angin laut yang nyaman.

.........Walaupun setahun dok Melaka pada 2007, tapi inilah kali pertama saya sampai ke Masjid Selat Melaka ini.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati