21 June 2009

Satu Kepuasan.....

Hari ini hampir sepanjang siang saya dok depan komputer meneliti coding laman blog diatas. Sebelum ini paparan adalah cantik dan mengikut apa yang dikehendaki, tetapi apabila seminggu berlalu paparannya menjadi seperti imej di bawah. Slaidshow dan tumbnail untuk posting 'lari' dan menjadi tidak teratur. Senang cerita paparan laman blog tersebut menjadi hodoh. Gitulah.....

Tapi keadaan ini berlaku bukan sepanjang masa, ianya berlaku dikala hampir tengahari hingga ke awal pagi. Nak dikatakan salah coding, kenapa awal2 okey je paparannya. Saya tengokkan juga codingnya yang beratus baris tu. Semuanya okey. Setelah sekian lama dan dengan bantuan pakcik google saya dapat jawapannya. Perkara tersebut terjadi apabila source javascript untuk slaidshow dan tumbnail laman tu berkongsi dengan beberapa malah mungkin beratus atau beribu laman yang lain. Jadi untuk membetulkannya kembali saya kena upload javascript (ada 5 kesemuanya) ke fail hosting yang baru dan tukarkan link yang sedia ada kepada link javascript yang baru tadi. Alhamdulillah setelah hampir seharian sehingga tak sempat melawat kawasan..... laman tersebut kembali normal dan memang puas bila sesuatu kerja tu selesai.

18 komen:

tahniah kerana berjaya cari puncanya...kalau sharing memang gitulah kesannya

tok, selamat hari bapa.
Blog tok ni menarik, boleh ajarkan saya cmna nak upgrade blog saya tu??

Tok nabe;
Blog sekolah tu tok nabe yg jd webmaster nya?
Saja laa tanya..suka tgk org terer IT ni, hehe..

etomyam :
Memang agak susah nak mengesan, mungkin tak perasan.Alhamdulillah dah skrg ni.

hani@debumelukut :
Trima ksih atas ucapan tu, hehe.. saya juga terlupa pasal hari bapa ni.

InsyaAllah kalau nak belajar boleh je... dulu sy pun memang tak tau apa, tapi mujur ada pakcik google yang tlg ajarkan saya. :D

Cintamanisz Lite:

Blog skolah tu saya tlg buat dan hiaskan susun aturnya. Pengisiannya terpulang pada pihak sekolah.

Saya tak adalah pandai mana, cuma belajar dari pengalaman saja...

seronok, kan kalau dpt menyelesaikan masalah.... otak sihat sbb bertugas

Kak Jie :
Memang suka dan puas kalau sesuatu kerja tu selesai setelah penat memerah otak.

bagus juga ya ada pak goggle yg boleh ajar.
nengoklah blog zue ni entah apa2 lah rupanya.

takut juga nak tukar2 template, takut yg lain2 semuanya hilang.

practice make perfect...

kengkawan ramai.. gotong royong membantu

salam Tok nabae

tabik spring la pB pado orghe hok panda programming nie


ngaji mano dulu ???
memae ambik kursus kor ???

hadey tatau nak komen apa. ween bab coding nih lagik laa failed! gagagaga

zue :
Google, yahoo dan yg seangkatannya memang mcm perpustakaan, pusat rujukan.

KuIna :
betul tu.. practice make perfect, cuma kena memberanikan diri, kalau takut memang semua tak jadi.

pB :

heha ado ore tak spring ko ambo ni.. hehe. ambo tak dok belajar mano2, cuma belajar dari pengalame jah dan kerana suko2.

Ween :
haha.. tak pe ween, bukannya penting sangat, kalau tau sikit2 pun dah bagus.

betul tu tok..kdg2 skli x dpt kepuasan tu,slgi tu le kita dok depan PC tu x renti2 klan?...
dh cntik dh ni...gud job...

sis-lin :
Memang rasa berbaloi kalau sempurna sesuatu kerja tu.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More