05 May 2009

Rupanya Sudah Lama Kau Di situ

Mulanya hairan jugak kenapa ianya selalu muncul terutamanya di waktu pagi mengerumi lampu2 terpasang terutama di dapur. Bukannya seekor, kekadang terdapat beberapa ekor. Ada yang terjatuh ke lantai dan menjadi mainan si kucing. Alhamdulillah setakat ini belum ada lagi yang menjadi mangsa. Pada mulanya saya fikir mungkin ianya hanya tersesat lalu masuk ke dalam rumah kerana mengejar cahaya tapi takkan pulak tiap2 pagi tersesat.

Petang tadi jenguk punya jenguk ternampaklah saya akan ia di hujung bumbung dapur, rupa2ya dah berkampung lebah2 tu. Saya agak kemungkinan ianya membuat sarang di bawah syiling bahagian dapur. Kemungkinan ianya masuk melalui celah2 hujung bumbung lalu membina kerajaannya di situ.

Kalau ada kepakaran mengambil madu lebah... hehe tu dah jadi rezeki tapi ini.....kalau saya try juga... nampaknya saya saja mencari sakit (SMS). Orang2 tua kata kalau hendak megnambil madu lebah, ambillah selepas bulan penuh - maksudnya selepas 15 hb dalam kelendar Islam. Saya tanya kenapa, agaknya mungkin ada patang larangnya kot. Senang je jawapannya - kalau ambil sebelum bulan penuh, habuannya adalah anak2 lebah saja dan madunya pun sikit. Kalau selepas bulan mengambang, saragnya akan sarat dengan madu2 kerana anak2 lebah belum ada lagi. Jadi rupanya ada petua juga kalau hendak mengambil madu lebah ni ye...

Jadi ada sesiapa yang ada kepakaran dan nak cuba ambil madu lebah tu selepas bulan penuh ni..... saya sendiri tak BISA nak mengambilnya kerana saya tau lebah2 tu sendiri yang lebih berBISA .

8 komen:

ooo....bermadu dlm diam ye?

hehehe

kena tunggu lepas 15hb lah yer baru leh makan madu nie...

g suprmarket beli lah dulu nak makn dgn roti.

Kujie :
Ye bermadu..... tapi hanya memandangnya dari jauh.

KuIna :
Memang kena tunggu selepas 15 hb.. utk amil madunya tapi tak tahu 15 hb berapa...............

ermmm madu lebah ker bro.. he he.. gelak baca komen kak jie tu.. kah kah

tapi bahaya gak bro.. ermm nanti ler.. bulan penuh nanti saya ke sana.. saya ada suit yang sesuai utk mengambil madu lebah ni bro.. he he..

Kasawari :
Saya sudah terbayang suit tu...... mcm angkasawan. orait ler janji tak kena serang dek lebah.. hahaha.

Salam TokNabe..
wah,cerita ttg lebah ye..mm,mmg banyak petua tang nak ambil madu lebah ni..kene hati2 jugak la ye..

p/s:suke jugak makan madu tp kene pilih2 jugak maklumlah madu sekarang banyak yang palsu..! : )

Nadine Zuharra :
W'salam, cerita lebah yang bina kerajaan haram kat dalam siling rumah saya.

Ada petua masa nak ambil madu ni... tapi saya sdiri mmg tak berani nak try ambil pun.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More