06 May 2009

Demi Anak Bangsa

Sempena Hari Guru yang bakal disambut pada 16 Mei 2009, suka bagi saya hendak menunjukkan sebahagian video di bawah ini. Sebenarnya video ini adalah mengenai dokumentari perjalanan serta pengalaman guru-guru yang berkhidmat di pendalaman sama ada di semenanjung atau di Sabah dan Sarawak. Video ini yang asalnya dalam bentuk dvd yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia dan tiada dijual di mana2.



Mungkin sesetengah orang berpendapat kerja sebagai guru ini amat mudah dan tidak mencabar. Video ini boleh memberi gambaran hidup sebenar sebahagian guru yang bertugas yang jauh di pendalaman. Sebenarnya pengorbanan serta kesediaan mereka ini yang sanggup bertugas jauh dari segala kemudahan serta keluarga untuk mendidik anak bangsa seharusnya dihargai oleh semua pihak. Bukan semua guru itu bermula dengan langkah yang senang.


Tema Hari Guru 2009 - Guru Pembina Negara Bangsa.

* Kualiti video mungkin kurang baik sikit sebab saya terpaksa mengecilkan saiznya dari 1gb kepada kurang 50mb kerana blogger hanya support file kurang dari 100mb utk diupload.Mungkin akan ada sambungannya nanti. Sila tutup YouTube player kat sebelah tu untuk mengelakkan gangguan audio.

14 komen:

Utk dapat ilmu yg berkat kena hormat guru. Kami yg tua2 ni..seawal2 pengajian yg pertama guru sebut, adab berguru .

Sebab pemahaman dan hidaya hak Allah, jadi utk dptkan keberkatan tu kita kena hormat dan sentiasa berbuat baik dengan guru.

Dah beli hadian utk hari guru nanti.

Kujie :
Walaupun seorang PM, asal pandainya kerana seorang guru. Utk keberkatan ilmu, hormatilah guru.

Guru2 sebenarnya bukanlah mementingkan sangat hadiah2 sempena hari guru ni. Bagi guru2 memandailah hadiahnya kalau anak2 didiknya menjadi orang yang berguna dan berjaya dlm hidup.

salam tok nabe,

betul cakap kak jie dan tok nabe.mmg guru mst dihormati untuk keberkatan.kdg sis xpaham tgk bebudak zaman skang ni.kene rotan sket.dah mak bapak p serang cikgu.kalau dulu2 kita yg kena pukul balik

SisHoney :
Tak tahulah budak2 sekarang...... senang cerita mereka terlalu manja sangat.

"Cikgu suka main bola hari-hari cikgu main bola" he he..

Selamat Hari Guru Bro... byk pengorbanan guru ni.. teringat plak cikgu2 dari darjah 1 hingga tingkatan 5..

salam toknabe

hanya insan2 yg bertuah aje yg
berpeluang menjadi seorang guru...

Kasawari :
kalau cikgu p.ramlee... memang kenalah lagui tu.

Kalu dulu hari2 cikgu main bola... skrg ni, hari2 bola mainkan cikgu...

manje :

orang yg sabar dan tak berkira rasanya sesuai menjadi cikgu. Lebih2 lagi kalau di sekolah rendah. Kalau emak bapak menjaga mungkin paling ramai 5 - 10 orang anak tapi cikgu dlm satu2 masa kena menjaga hampir 40 orang murid.

Salam TOk NAbe


krijo mendidik ni bukae nyoe mudoh ...

lebih lebih lagi zamae lonni

budok budok tok panda nok respek guru guru nie


sedih sungguh

pB :

risau mikir budak2 tahun 2020 nanti... tu pun kalu idup lagi :D

sedih betul bila nengok video tu lebih2 lagi dgr lagunya.

selamat hari guru.

cikgu, guru.. sekolah
terlalu byk nostalgia

sy suka nyanyi lagu kami guru malaysia.. w

zue :
Saya ada bahagian ketiga... clip yang ni lagi sedih di mana cikgu azlee yang baru posting ditempatkan di sebuah sekolah di pedalaman sabah yang memakan masa perjalanan 2 hingga 3 hari. Tengok rutin hidupnya terasa saya lagi bernasib baik... walapun jauh dari kampung halaman.

KuIna :
Kalau banyak nostagia... tak nak di kongsi2 ke?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More