03 May 2009

Bulan Mei 2009


Sekarang ni bulan Mei. Semua orang tahu bulan Mei ni selepas bulan April dan juga sebelum bulan Jun. Menyebut bulan Mei ini saya teringat banyak hari2 yang telah ditetapkan untuk meperingati sesuatu peristiwa atau sesuatu golongan. Bermula dengan 1 Mei yang lepas kita menyambut Hari Pekerja ( dulu orang sebut Hari Buruh). Hari tu kita semua bercuti (mana yang dapat cuti saja). kemudian antara kita tahu atau tidak pada 6 Mei kita ada Hari Asma Sedunia, untuk apa kita memperingati tak tahulah pulak saya.

Kemudian untuk jururawat2 yang setia menjalankan tugas, pada 12 Mei, Hari Jururawat pulak disambut. Cuti atau tidak jururawat pada hari tersebut tidaklah kaya ketahui. Cuma kalau para jururawat cuti pada hari tu... siapalah pulak nak merawat pesakit kan?. 13 Mei, Hari Ibu pulak disambut. Beruntunglah ibu2 yang mempunyai anak yang peka dan penyayang. Pasti hari itu anak2 cuba untuk meraikan hari bahagia tersebut bersama ibu tersayang.

Pada 15 Mei, untuk para belia pula diadakan sambutan Hari Belia Negara dan pada keesokkan harinya pula iaitu 16 Mei, sambutan Hari Guru pula diadakan. Pada hari tu guru2 tak cuti tau.... cuma pada hari tersebut diisi dengan aktiviti bersama antara guru dan murid2 agar terjalin satu perhubungan yang erat di antara mereka.

Itulah rasanya sambutan yang saya tahu yang disambut pada bulan Mei ini. Oh ye..... satu lagi saya terlupa.......

25 Mei 2009 - Hari Gaji SeMalaysia.


8 komen:

at least dapat gaji 25 mei, cmpny saye ni kalu bln mei ade 40hb, 40 hb baru dapt gaji. huhu...

Hujung bulan mei, cuti penggal kedua.Hi..hi..hi cikgu cuti lagi.

16 mei tahun ni jatuh hari sabtu.. cuti tu bro.. he he

tapi walau 16 mei cikgu tak cuti.. balik dari sekolah... ermm penuh kereta dengan hadiah miah.. he he.. mana tau tahun ni dpt spot rim ker dari anak murid.. kah kah ..

Dah masuk bulan May... jap je kan...

* Bulan may takde sapa2nya BDay dalam keluarga kak e sekarang ni ;) so cam takde apa2lah...

awe :
kalau dulu 2 minggu cuti, full cikgu2 dapat cuti. Sekarang kalau dua minggu cuti paling banyak pun seminggu je yg dapat. Hari2 lain cikgu2 kena juga ke sekolah. Ada yg kena bertugas, ada yg terpaksa membuat kelas tambahan. Ada yg kena habiskan modul skim baucar tuisyen.
Kalau yg berjawatan pulak.. kena tengok surat2 yg terpaksa di jawab.. ada yg nak segera sama ada dari PPD atau JPN.

Gitulah cikgu.....

Kasawari :
Kalau ada budak2 yg kasi hadiah tu.. alhamdulillah, itu tanda ingatan dan kemesraaan mereka kpd guru.

Utk peringkat sekolah rasanya dah diselaraskan utk sambutan pada 18 Mei.

Kabussenja :
Alhamdulillah dapt gaji jugak walapun lambat.

umi_e :
setahun2 memang kejap je rasanya. Masa tu rasa macam pendek je.. kekadang tak sempat nak buat apa.. dah masuk bulan baru.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More