02 March 2009

Tiang Licin


Pernah tengok tiang licin? pernah tengok orang panjat tiang licin? seronok juga tengok orang panjat tiang licin ni. Tiang licin ni sebenarnya tiang (batang pokok pinang) yang disapu minyak gris untuk menjadikan ia licin serta susah dipanjat manakala di puncaknya diletakkan beberapa hadiah berupa barangan dan juga wang ringgit. Memanjatnya pula bukanlah dengan seorang diri tetapi berkumpulan iaitu seramai 3 atau 4 orang ahli.

Setiap kumpulan bertiga diberi masa selama 1minit untuk memanjat dan mengambil sebeberapa banyak barangan yang terdapat di puncaknya. Selesai 1minit, kumpulan seterusnya diberi peluang untuk mencuba nasib. Teknik dan taktik memanjat ditentukan sendiri oleh kumpulan terbabit. Setiap kumpulan akan bergilir2 memanjat sehinggalah habis barangan dipuncak tiang licin diambil. Mungkin di tempat lain, lain pula caranya permainan tiang licin ini.


Sebenarnya ini adalah antara beberapa acara yang diadakan oleh penduduk Kampung Tengah Renggam, Johor bersempena sukan sekolah baru2 ini. Kerjasama antara sekolah dan masyarakat kampung terbabit memang amat rapat. Semasa temasya sukan sekolah terbabit, kesemua pegawai dan tenaga kerja adalah dari kalangan penduduk tempatan. Melalui sukan sekolah itulah mereka juga menumpang untuk menjalankan beberapa bagi memeriahkan sukan sekolah.

Penangan minyak gris. Seluruh badan habis berlumuran minyak , agak2nya bila balik nanti baju tu memang dah kena buang. Tak dak sapa sanggup nak basuh tu..... hehe silap2 haribulan dengan tuan2 dia sekali kena buang. Biasanya orang ketiga yang berada di atas sekali yang teruk berlumuran minyak gris ni.

Majulah sukan untuk negara.............................

12 komen:

aku pnh dgr pasal sukan panjat tiang licin nih...
sekolah praktikum aku, sk bangi pnh buat panjat tiang licin nih..
dan pemenangnye mmg org kampung la...

tak pernah tengok............tapi mesti best kan dpt gelakkan orang...kahkahkah...

chekgu BaniHassim :

Orang bandar tak main ler permainan mengotorkan diri ni.....hehe. Tiang licin sekadar utk hiburan, dapat ambil hadiah tu kira sampingan aje

Kujie :

Kalau kat sini, isyaAllah la time ada sukan kat sekolah, org kampung akan adakan acara ni...khas untuk bergelak-gelak..

pB ;

sabun breezeeeee ..pun tak leh pakai.

salam tok

hehe kalo sabun berjenis2 tu pon tak leh pakai kene buang aje la gamaknye...

>> hehe besh tgk org pnjt tiang licin, mcm2 gaye ada. tapi siang ar org kt bwh... org atas pijak kat mane2 aje huhu

seronok tgk sukan rakyat mcm nie.. menghiburkan

manje :

baju2 yg kena minyak tu memang kena buang... ada juga org yg 'berlenging' saja panjat tiang liin ni. :D

KuIna :

Untuk suka2 saja....hadiah belakang kira. :D

tinggi gak tu bro tiang licin tu ek.. org yang paling bawah yg seksa.

main tarik tali ni best.. tapi bestnya bila dah esok hari lepas bangun tidur.. sakit2 badan.. he he

Kasawari :

4 orang baru sampai ke tempat barang diletakkan. Tinggi jugak ler tu.

hehe..memang best tarik tali tu..erk..erk.. maksudnya pagi keesokkan harinya selepas tarik tali.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More