08 March 2009

Pejuang Bahasa



“Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.

“Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah ‘Sasterawan Rakyat’ yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.

“Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti,”. - Dato' A Samad Said.

16 komen:

Saya rasa Dato' A Samad Said berada dilandasan yang betul sebagai Sasterawan Negara...memperjuangkan bahasa.

Abaikan dulu hal² politik kerana tidak semua harus dipolitikkan...buka minda dan terima pandangan

salam...Bahasa Melayu perlu diperjuangkan kerana kita tidak mahu ia hilang pada satu masa nanti...walau bagaimanapun sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya terus menguasai pelbagai bahasa untuk pergi lebih jauh lagi dan tidak ketinggalan dengan bangsa lain yg cuba menguasai sebanyak mungkin bahasa asing....

Salam Tok Nabe...
Saya bersetuju dengan Dato' A Samad Said tetapi saya juga bersetuju dengan Kujie dan Arsaili, dan saya tak faham mengapa isu ini diperbesarkan sedangkan ianya tidak langsung boleh dipandang sebagai isu yang membahayakan bahasa ibunda kita? Kita bukannya menghapuskan terus Bahasa Melayu. Kita hanya menggunakan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan juga matematik saja, di mana kebanyakan terma yang digunakan adalah diambil dari Bahasa Inggeris.
Kita perlu melihat skop yang lebih luas di sini. Anak-anak kita yang ingin menjadi doktor atau engineer, pharmacists atau sebagainya, perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam matapelajaran sains dan matematik. Selepas SPM, mereka akan dihantar ke universiti sama ada di dalam atau di luar negara.
Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam negara, mungkin mereka tidak akan menghadapi masalah besar dalam pelajaran (walaupun adik sepupu saya yang belajar di IMU dalam bidang pharmaceutical berkata, dia terkial-kial untuk bersaing dengan pelajar-pelajar lain kerana kurang yakin dalam menggunakan Bahasa Inggeris dan dalam bulan June nanti, dia akan terbang ke Scotland pula). Bagaimana kalau mereka dihantar ke luar negara? Pembelajaran di kebanyakan universiti di luar negara akan diajar dalam Bahasa Inggeris yang telah diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa. Bagaimana anak-anak kita ini hendak menyediakan diri dengan kejutan ini dan juga dengan saingan daripada pelajar-pelajar dari seluruh dunia jika mereka tidak disediakan dengan lebih awal lagi sejak di bangku persekolahan? Bagaimana kita boleh mengharapkan mereka pulang dengan segulung ijazah dan kelulusan yang tinggi jika kita sendiri enggan membantu mendidik mereka mencapai tahap itu?
Isu kita akan melupakan bahasa ibunda kita tidak akan wujud. Lainlah jika kerajaan mengiktirafkan bahasa kebangsaan kita adalah bahasa Inggeris dan semua rakyat wajib bertutur dalam bahasa tersebut. Ini... tidak.
Kita kena fikirkan tentang anak-anak kita yang akan menjadi pemimpin negara. Kalau mereka hendak menjadi penulis novel Melayu seperti saya, sudah tentu mereka perlu fasih dalam Bahasa Melayu tetapi sebagai penulis, saya cuba memahirkan diri untuk memahami bahasa lain untuk memudahkan penulisan saya dan selama ini, tidak pula saya lupakan bahasa ibunda saya. Saya menulis di sini dalam Bahasa Melayu dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Apa yang berlaku sekarang pada hemat saya, berpunca daripada rasa tidak puas hati sesetengah golongan yang tidak berjaya mendapatkan apa yang mereka mahukan. Jadi mereka memutarbelitkan situasi sehingga merisaukan sesetengah golongan seperti Dato' A. Samad Said, contohnya, yang terjebak dalam isu ini. Saya tidak faham bagaimana beliau boleh terlibat. Jangan cepat melatah dan biarkan golongan-golongan tertentu mempengaruhi pemikiran kita agar agenda mereka terlaksana.

tok nabe pun suka dato a samad yek. ;)

salam


wah , isu berat kali ni.

pB harap isu ini dpt diselesaikan sebelum Nurin masuk skoloh tahun depae ....

Kujie :
Perjuangan mengikut bidang masing2.. Dato A Samad Said, memang berada di landasan yang betul bagi dirinya dan pihak2 yang seangkatan dengannya.

Arsaili ;
saya setuju 100% malah 200% bahawa keperluan kepada bahasa lain adalah penting dalam kehidupan global sekarang ni. Yang jadi masalahnya sekarang ni... mate dgn sins tu....

OD ;

W'salam opah.....
Wah opah, panjangnya komen opah ni. Ngalahkan statment A Samad Said ni..hehe.

Kata saya : Setiap subjek ada guru masing2. Guru mate nak meningkatkan mate, guru sains nak meningkatkan subjek sains begitu juga dgn guru BI, pastinya nak meningkatkan penguasaan BI di kalangan murid2nya. Guru2 sains dan mate hanya nak mengajar mata pelajaran sains dan mate dan mahu murid2nya menguasai subjek itu sepenuhnya. Sekarang apa peranan guru BI di sekolah2? sepatutnya merekalah yang bertungkus lumus utk memastikan agar murid2 dapat menguasai BI... Sekarang ni bukan masalah subjek sains dgn mate yg lemah, tapi BI.... buatlah perubahan kpd subjek BI itu sendiri. Kesian guru mate dan sains, terkial2 mengajar..... dan kesian murid2 terkial2 mendengar.

Saya ada andaian, jika ada 2 kumpulan orang melayu, keduanya dipimpin oleh seorang ketua. Kedua2 kumpulan ini nak membina rumahlah katakan.....Kedua kumpulan ini pula belum ada pengalaman membina rumah. Satu kumpulan arahan oleh ketuanya dalam bahasa melayu dan satu kumpulan lagi dlm BI. agak2nya la kumpulan mana yg boleh menyempurnakan dulu rumah tersebut.

Gitulah adanya..

Cikgu wiween :

hehe.....ramai orang suka A Samad Said ni ween....

pB :

Sebenarnya ramai orang nakkkan penyelesaian ini segera... termasuklah golongan pendidik.

org jepun guba bahasa jepun dalam sains dan teknologinya.. he he.. teringat aku bila gi jepun.. semua manual dan drawing.. dalam bahasa jepun.. adehhhh.. he he

Kasawari :

Emm... tak tahu ler, kita ni ikut model mana.

Salam TokNabe...
Tak terfikir pulak macam tu. Payah isu ni sebab kita memperjudikan masa depan anak-anak bangsa kita. Kita dah banyak tersilap langkah, terutama dalam membentuk moral anak-anak kita. Sebab tulah banyak perkara yang tak sepatutnya dilakukan oleh anak-anak kita, baik di sekolah atau pun di universiti, dilakukan oleh mereka. Entahlah. Saya risaukan masa depan kita semua sebab semuanya saling berkait. Moga ALLAH tunjukkan jalan yang terbaik buat kita semua.

OD;

Memang susah OD... sekali kita tersilap, kita pula melakukan banyak kesilapan yang lain untuk menutup kesilapan yang pertama tadi.

Salam, ini semuanya keghairahan setiap pemimpin..bertukar jer pemimpin, bertukarla polisi, kejap dlm BM, kejap dlm BI, cikgu pening, anak murid pun pening...yg ruginya masyarakat.... jadi macam mana ibu bapa nak tackle masalah ni? ambil contoh mudah bangsa lain...lahir2 jer anak dia org, dia dah mantapkan penguasaan bahasa melayu, mandrin dan inggeris...so anak2 dia org ni kira campak kat mana pun bole hidup....bertukar byk kalipun polisi, mereka tak tergugat...itu pendapat saya la kalau kita nak survive kat Malaysia. Bila bertukar je polisi nih, yg sedih bangsa kita lagi2 bila pengajaran dalam bahasa inggeris... tapi harus ingat, sekarang kat Uni kat Msia semua dalam bahasa inggeris...tatau akan berubah lagi nanti.

Arsaili:

w'salam... tak tau ler arsaili permainan orang bergelar pemimpin2 ni.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More