13 January 2009

Disember Lepas

Disebabkan masalah stemik yang sering terganggu, aktiviti memblog juga menjadi tak stabil bagi Toknabe. Nak buat macam mana, bukannya saya boleh betulkan sendiri masalahnya. Kalaulah komputer yang bermasalah.....insyaAllah, boleh disettlekan sendiri. Tetapi apabila melibatkan pihak ketiga.....nak tak nak kena tunggulah pihak2 terbabit tu betulkan.

Bercuti ni memang seronok, selain merehatkan mental...ia juga boleh menghabiskan duit.. hehehe. Itu tidaklah penting sangat kalau nak dibandingkan dengan keseronokan lebih2 lagi kalau memikirkan budak-budak. Dari Kelantan menuju Cameron Highland sebenarnya ada satu jalan yang boleh dikatakan jalan singkat sebab dari Gua Musang ke Cameron Highland cuma mengambil masa lebih kurang sejam (bawa laju ler.....). Jalan ni yang melalui Loging menghubungkan timur dan barat (Gua Musang di Timur dan Simpang Pulai, Perak di barat). Jadi itu hari semasa balik ke Johor saya melalui jalan inilah, sudah 3 kali saya menggunakan jalan ini. Permandangannya sepanjang jalan amat menarik. Di samping itu boleh ler singgah sekejap di Cameron Highland untuk amik angin sejuk.


Loging bersempadan dengan Pahang, memang sebuah tempat yang boleh dikatakan sebuah tempat yang menarik . Suasana dan hawanya yag sejuk mengalahkan Cameron Highland. Sepanjang jalan penuh dengan pemandangan aktiviti penanaman sayur.

SK Pos Brooke. Kalau dulu tak terbayang macam mana nak sampai kalau guru2 baru kena posting kat sini. Tapi sekarang berada betul2 ditepi jalan besar.

Bermain dengan warna di Cameron Highland. Seronok tengok warna yang pelbagai kat bunga2 ni. Lagi gambar2 di sini.

15 komen:

tak settle agi ker streamyx tuh?
misti tensen..
sabor jer la.. along pun dah pernah merasa.. tekanan jer bila internet problem..

Alhamdulilah dah okey... siap ganti kabel baru lagi. La ni kira okey la... tapi tak tau sampai bila okey ni.

ini entry past tense nih...
dah oke nih, bulih la update hari2...kan cgu??
toknabe cgu kan??

wah
best nye
p holiday
dpt ilang kan stress~

Cekgu BaniHassim :
kira terpaksa ler... internet okey ni lega sikit rasanya, walapun sekarang ni bukannya dapat lama sangat depan kom.

enchek camera :
Jalan2..stress hilang...duit pun banyak ilang.. hehe :D

salam toknabe

hehe kite pon jejalan aje disember lepas.. duit kuar mcm air aje... tapi takpe la... leh ilangkan stress huhu wlpn sket hehe

loging skrg ade tanah runtuh kan..

combi blom pernah smpi kelate..

nx plan kot nak kelate & ganu kite :p

mmg best sgt jejln..jgn laa pikir pasal duit sbb tak jln pun duit abis gak :D

simpan duit bebyk pun nak buat gapo sbb hayat kita bukanyer lama mane pun..tol tak??

kalo duit byk tension jer ape kes!

salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog. :)

echah-combi ;

Tak pasti ler, mungkin.... tak pe simpan duit untuk anak2 sok. Andainya kita pegi awal... ada juga 'simpanan' utk diorang bergantung. :D

Yang pasti berjalan ni best ler. dalam planing nak berkunjung ke sabah nanti.

JHaZKiTaRo :

Sila2 ler... tak sangka terlompat ke sini kan.. :D

Kabare Zurr.Pos Brooke reminds me of beutiful memories masa bertugas di JOA .Memang siksa dulu dulu.Melalui Cameron Highlands berjalan kaki "pewai" dibuat nya.Anyway part yg best dpt menikmati keindahan alam dgn flora dan fauna yg menakjubkan.Sekarang jalan nya yg berturap ya.Syukur Alhamdulilah...Rio

Rio :

Alhamdulillah sihat. Ahlamdulillah juga sdr selamat kembali ke tanah air dari tanah haram. Lama tak menjenguk sini ye.

Pos Brooke la ni dah boleh dikunjungi dengan kereta dah, bas pun boleh. kalau dulu2 sapa kena posting kat sini memang siksa sangat. La ni alhamdulillah berkat kemajuan.. :D

Wah gi C.Highland ker bro.. memang menarik kat sana tu.. kira Loging ni ler tempat yg balak tu ek..

mesti bro bawak balik banyak buah strawberry kan.. he he

Kasawari :

hehe..tak minat strawberi. Saja singgah cameron sbb pertengahan perjalanan blk johor ni. :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More