27 December 2008

Rangkuman Sebulan

Pejam celik, pejam celik, lama jugak TokNabe tak meletakkan sebarang entri terbaru. TokNabe tau mungkin setiap hari ada ler seorang dua, mungkin juga empat atau lima orang datang jenguk2 blog Toknabe, kemudian berlalu begitu saja sebab pintunya terkunci rapat, tingkapnya tertutup ketat dan penuh dengan sawang2 yang tak memang tak sedap dipandang mata. Sememangnya TokNabe bercuti...... sebetul2 bercuti.

InsyaAllah lepas ni mungkin TokNabe kena gi kat blog rakan2 yang lain, gi ketuk pintu, nak bagitau TokNabe dah start menulis semula. TokNabe dah balik dari bertapa.S ememangnya bila bertapa tu ada pantang larangnya dan pantang larangnya adalah tak boleh menulis blog.. hehe..

Gitulah cerita serba sedikit TokNabe kelik bertapa ni...

Waktu balik kampung itu hari memang disambut dengan hujan gerimis, kadang2 menjadi lebat yang berterusan. Bukan sehari malah sampai seminggu keadaan macam tu. Dalam keadaan macam ni aktiviti yang paling sesuai adalah bertapa dirumahlah..... nak berjalan pun tak beberapa selesa. Alhamdunillah sempat juga pergi ke Rantau Panjang dalam keadaan hujan selebat2nya sehari sebelum Rantau Panjang tenggelam dalam banjir musim tengkujuh.

Ketika pecah panas, berkejaranlah budak2 naik basikal. Itu hanya aktiviti pagi..........petang tak sempat lagi sebab langit gelap kemudian hujan turun semula. Duduk terkurung dalam rumahlah aktiviti lepas tu...

Musim2 hujan ni bukan manusia saja yang lapar, kucing2 pun berselera makan. Lima ekor kucing di rumah orang tua saya. Kesemuanya adik beradik lain peringkat umur dari satu ibu. Bapanya tak pasti mungkin berlainan kot......

Atas tu sejenis ubi. Orang kampung saya panggil "ubi itik". Musim tengkujuh yang melanda negeri2 pantai timur sebenarnya memberi sedikt rezeki bermusim kepada para penduduknya. Pada masa inilah pelbagai jenis ubi ada dan dijual. Selain 'ubi itik' tu, ada macam2 ubi lagi ada seperti 'ubi badak', 'ubi keling', 'ubi gadong', 'ubi stela' ( keledek) dan satu dua lagi yang saya sendiri tak tau namanya. Hehe..makanan yang orang cari semasa musim hujan ni....

Inilah yang sedihnya..... memang tak ada otak punya monyet tu. Dah ler melintas jalan tak guna jejantas, pah tu melintas tak tengok kiri kanan pulak. Berlari ikut sedap hati dia je. Hah tu ler.. yang jadi mangsa ...kereta ku jugak. Ish..ish..ish. Kena masa kat Gua Musang on the way ke Cameron Highland.

" SELAMAT TAHUN BARU 1430H BUAT SEMUA GENG "

11 komen:

adeiiiii...cayang keta dah calar...uhukkkksss

selamat kembali Tok Nabe :D

barula nmpk berasap sket umah ko nih...
igt dah berenti dah...

selamat melanggar pntang larang bercuti... :P

Apalah monyet tu buat lagu tu...sian nya sampai calar kete Tok Nabe kan...
Ada lebih ubi keling tu ke Tok?...saya panggil ubi kemili...susah nak dpt kat KL tau..kekadang je ada jual kat pasar tani Kelana Jaya...kalau lambat sikit melepas...poskan saya satu gui bolih Tok...sukalah...hehehe

salam...lamaaaaaaaaaaanya bercuti...saya yg bercuti pun dah balik perth ehehe. Tapi inila masanya kan menghabis masa bersama keluarga..selamat kembali

Angriani :
hehe..dua hari je calar, lepas tu dah recover balik. Kopak $$$$$$$...

BaniHassim :
Hehe..tq,tq..... meang lepas ni rumah ni dah 'berorang', jadi insyaAllah akan sentiasa berasap ler nanti... :D

MdmZend :
Memang monyet punya monyet tu..... Alhamdullillah sikit......
Emm kalau nak 'ubi keling' tu kena tunggu musim hujan akan datang...hehe

Arsaili :
W'salam... memang lama ambo bercuti dengan dunia siber ni.. habiskan masa dgn bebudak. oo.. ada balik melaya ler itu hari..dan dah kembali ke perth semula? hehe....saya yg terlama cuti...hehe

Aiseyman... itu wish sudah terluka.. adehhh.. memang tak sanggup eh.. Syukur tu bro.. semua takder apa2.. tak mengapa ler.. ujian sedikit jer tu kan.. cian monyet tu kan.. mati ker kena langgar ker bro..

selamat kembali berblog dan juga selamat bersekolah eh.. he he

selamat thn baru tok...

dun worry pasal keta tu... WISH lain yer!

kreto calar tak por ...

jangae calar tuae kreto sudoh larrr

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More