16 October 2008

Malang Tidak Berbau


TERKINI
____________________________________________________________________________________
Anak sepupu orang rumah saya Mohamad Fikree bin Hj. Mazlan telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 5.30 petang tadi (18.10.08) di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru setelah berada dalam keadaan koma selama 2 hari.
____________________________________________________________________________________

Petang tadi balik dari kerja, saya berkejar ke Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru bersama bapa mertua bersama ibu dan bapa saudara. Kami ke sana untuk menjenguk anak sepupu orang rumah saya yang terlantar koma di ICU hospital berkenaan sejak semalam. Beliau terlibat dalam kemalangan malam semalam di pekan Simpang Renggam. Beliau yang menunggang motosikal dikatakan dilanggar oleh kereta yang dipandu laju ketika membuat pusingan U selepas selesai membeli belah di sebuah pasaraya di sini. Akibat rempuhan kereta itu, kepalanya mengalami keretakkan pada tengkorak akibat terhantuk pada cermin kereta dan jalan raya. Kaki kirinya juga patah selain diseret oleh kereta berkenaan lebih kurang 20 meter.

Tadi semasa tiba di hospital berkenaan, beliau masih lagi koma dan bergantung kepada bantuan alat penafasan serta bahagian kepalanyanya masih lagi bengkak. Kepada Abg Lan dan keluarga, saya berharap terus bersabar dengan dugaan ini. Kami mendoakan agar anak Abg Lan akan sedar dari koma dan seterusya sembuh seperti sediakala.

22 komen:

dengar cerita macam gini,mmg patut kerajaan buat undang2 yg lebih ketat utk pengguna jlnraya, especially penunggang motosikal....motosikal ni kalau tak melanggar , dia dilanggar..mana2 gaya pun bahaya..


mesti teruk jugak eksiden tu... didoakan moga dia cepat sedar kembali dan pd keluarganya harap byk bersabar dan berdoa supaya anak dia tu cepat sembuh...

masyaallah ....


moga keluarga yang terlibat tabah hati ....

uncleJ :

Biasalah kenderaan kecil, melanggar dia kena juga, kena langgar dia penyek. Keadaan dia semalam tengok memang teruk sangat.

pb:

Memang sedih melihat dia dan jugak mak bapak dia. Budak tu anak kedua bongsu dan tahun baru berumur 14 tahun.

ien pon takut gark bile wat U turn, tumpang simpati..

kesian nye la mlang x ssh nk d hidu baunye...semoga abg lan n family berbyk bersabar yer...

Saya simpati dgn nasib yg menimpa anak sepupu toknabe tu.. Semoga dia cepat sedar&sembuh..

Semoga kedua org tuanya tabah menghadapi ujian Allah ini..

banyak betul accident skang ni..
nak² penunggang motosikal cam along mmg terdedah kepada bahaya...
mintak² la dijauhkan..
tumpang simpati pada anak sepupu toknabe..

Ya Allah

semoga cepat sembuh seperti sediakan....

Selalu kes langgar kat U-turn. Saya kadang2 nak buat U-turn kat tempat yg disediakan pun takut, takut org lain yg tak nampak atau cuai...

Moga anak sepupu Toknabe cepat sembuh

TokNabe...saya tumpang bersedih atas kemalangan yang menimpa anak sepupu orang rumah tu...saya doakan semuga cepat pulih dari koma dan sembuh semula seperti sediakala....bersabar byk-byk ya Tok....

semoga cepat sembuh dan berhati-hatilah di jalan raya. diva pernah asiden 15 kali semasa bawak motosikal dulu, tapi tak cedera berat le...

salam bro..

semoga keluarga sepupu tabah.. sama2 didokan semoga cepat sembuh..

wahh...hanya mampu mendoakan...semoga semuanya baik2 saje ye...

salam toknabe..sy rasa keliru, mungkin tiga baris di atas adalah berita terkini..guna font kaler lain? sebab bila baca ayat terakhir dibawah mendoakan agar anak abg lan sembuh...err terlebih komen la plak

Al-Fatihah buat Mohamad Fikree bin Hj. Mazlan..

Setiap yang hidup akan mati. Sudah sampai masa untuknya..Cuma kita yang belum tahu bila masa kita pula..

Terima kasih atas komen2, maaf tak sempat nak menjawab satu2 komen cik/encik, tuan/puan.

Mohd Fikree, disahkan meninggal apabila bantuan penafasannya dibuka dengan persetujuan ibu bapanya setelah doktor memberi penjelasan bahawa sistem saraf terutama otaknya sudah tidak lagi berfungsi dan tiada harapan lagi untuk sembuh.

Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Simpang Renggam lebih kurang pukul 10 pagi 19/10/08.

takziah dr lin sekeluarga bt abg lan n family,tuhan lbh menyayanginye..byk2 brsabar ye...smga rohnye d cucuri rahmat dr illahi..

Takziah diucapkan...semoga dia di tempatkan di golongan org2 yang beriman...Aamin...

sis lin & Linn :

TQ untuk ucapan takziah. Semua urusan berkaitan jenazah sudah selesai.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More