09 October 2008

Ambo Kembali.....

Salam untuk semua. Setelah enam tujuh hari hilang dari dunia blog, hari ini saya kembali lagi. Kembali menjenguk rakan2 blogger serta menulis entri.Kesian rangka kat bawah tu berjalan tak henti2. Sebenarnya saya hilang bukan ke mana, bukan pergi naik haji, bukan malas nak menulis tapi sebenarnya masalah streamyx (baca snailmyx) ambo yang bermasalah. Baru hari ini ler boleh dengan bergaya melayari internet. Ketika line tengah down saya mengunakan talian internet di tempat keje yang teramat slownya. Jadi terbantut ler untuk melayari malah untuk meng'update' blog sekali. Setakat utk membaca paper online lepas ler...

Raya dah masuk hari ke 9 hari ini. Suasana kalau di kampung2 mcm tempat saya ni masih lagi terasa. Program marhaban masih berjalan. Biasanya ia bermula selepas solat Isyak dan berakhir lebih kurang pukul 11 malam. Di kampung saya ni ada lebih kurang 115 buah rumah dan setiap malam kami menziarah serta bermarhaban dalam 12 hingga 15 rumah. InsyaAllah dalam dua malam lagi habislah program ni. Setiap rumah biasanya menyediakan juadah yang pelbagai. Ada yang menyediakan sate, lontong, soto, mee goreng, mee sup dan lain2. Ada juga hanya menyediakan kuih raya serta air kotak sahaja. Semuanya terpulang kepada tuan rumah yang penting kita semua datang menziarah, bermarhaban dan akhir sekali memohon kemaafan daripada tuan rumah.


Time raya ni bebudak je yang nampaknya rasa seronok. Seronok dengan saudara mara dia, seronok pergi beraya rumah kawan-kawan dan seronok mengumpul duit raya. Kehadiran Aidilfitri tahun ni rasa agak lain sikit bagi keluarga saya apabila terasa ketiadaan ibu mertua saya yang kembali ke Rahmatullah pada 4 Ramadan yang lepas. Apa2 pun selamat meneruskan 'raya' buat semua rakan2 blogger. Raya jangan tak raya......

* Memang sunyinya tanpa internet kan..... :D

22 komen:

Selamat Hari Raya tok.

Kalau di kampung saya di Muar, marhaban [barak'an kami panggil] mula raya ke-2, pulun sampai malam, sambung raya ke-3.

Raya di kampung dah habis. Balik bandar beraya di rumah terbuka pula Tok. He he he!

ooo gitu kisahnya..ingat nak berehat atau merajuk hari tu hehehe..


kat johor ni mmg femes merhaban..kat sini tak de pulak..cuma takbir malam or pagi raya je..lepas tu pepandai sendiri ler nak raya..ni macam merhaban kenduri cukur jambul tu ker? sorry kalau silap..hehehe


comeii lote dua2 org cucu toknabe ni...macam atok nabe dia jugak..betul cucu kan?

JowoPinter :

Ye...barak'an, gitulah orang2 sini panggil (saya je yg tak leh nak sebut betul2). La ni open2 house pula yang banyak nanti. Tunggu jelah orang jemput...

ooo..snailmyx punya hal...dah settlek ni oklah.

barak'an tu kat tmn perumahan sy ttp ada, kaum perempuan je lah..tiap ptg .
dpt septg 3 rumah pun dah ok, sekurang2nya sambil berselawat bertazkirah ringkas dpt mengeratkan silatulrahim

UncleJ :

Seminggu juga marhaban rumah ke rumah ni kat sini Unclej. seronok jugak ler boleh jenguk2 rumah2 orang kampung. satu2 rumah amik masa dlm 10 minit kot..kalau lama2 lambat habis pulak.

Tu ler cucu toknabe yg dua orang tu. Hensem mcm toknye ye... hahahahha

Kak Jie :

Masalah snailmyx ler... kena masa cuti raya, buat report. Akan settle dalam 2 hari bekerja. Kena pula cuti time raya dan hujung minggu... tak ke naya menunggu....

Alhamdulillah dah ok ler ni..

hensem dan manis dua beradik berbaju pink itu.hehe
betul tu,memang sunyi hidup tanpa internet...

alahai cutenye buah hati toknabe tu..suke tgk bdk2 pkai baju raya..nmpk comel lote..best gak marhaban tu deh..kalu kat kelate rasonye jarang2 org buat kot..opss sory kot ambo jah tk pernah buat hehehe...takziah gak utk toknabe..moga arwah ditempatkan bersama para solihin..amin...

slemat kembali.. lame toi dia bercuti uhuhuu

mane pic mama & abahnyerr.. :)

sgt cute dak dua org tuu..

pB:

hehe..back 4 blogging bukan back from kelate..huhu tak kelik raya kelate tahun ni.

Cikgu Panji :

Seminggu internet hilang, boleh kira berapa minit komputer idup.

cappuccino :

Ambo dah kiro campur dgn ore2 jawa ni, kena ikut jugok tatacara idup diorang. Hehe..seronok jugak pi jale2 rumoh ore bermarhaban ni. Kat kelate rasa ambo tak dok jumpo lagi lagu ni.

iEn:

Bukan bercuti tapi dipaksa cuti..ini yg tak bestnye.

Echah@combi :

pic abahnya tak de sbb tak de orang nak ambil gambar. Abahnya yg jadi tukang amik gambar..hehe

Selamat kembali Tok...Takziah atas kehilangan ibu mertua tu...semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah.

tempat saya ni kawasan perumahan baru...takbir takde..marhaban pun takse..byk rumah kosong sbb balik kampung...comelnya cucu tu erk...cucu?...

trima kasih MdmZend... dah sebulan ibu mertua saya meninggal. Ketiadaannya terasa sbb dia memang tinggal bersama sy selama ini.

hehe..cucu toknabe? iyelah tu.....

selamat hari raya toknabe...sunyi tanpa internet???? oyoooo....ni kes adict ni hehe

Selamat hari Raya jugak utk e-leeyana. Huhu.. memang tak leh buat keje kalau tak de internet.. lebih baik tidur ler.

yg pakai baju pink dua org nih anak2 toknabe yek?? tomeiiiiiiiiiiiii! ;)

tu cucu2 toknabe ler tu... :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More