02 September 2008

Ramadan Dan Bazar

Ramadan masuk hari kedua. Kesempatan hari ni saya ambil utk menjenguk Bazar Ramadan di Simpang Renggam. Orang.......mcm biasalah ramai sangat, lebih2 lagi hari ni hari kedua puasa dan Johor masih lagi cuti sempena Awal Ramadan yang diganti pada hari ini. Bazar diadakan di tempat yang sama seperti tahun lepas iaitu di sepanjang Laman Simpang Renggam atau Jalan Kg. Melayu.


Pelbagai juadah dijual tapi kali ni harga barangan......mak datuk boleh tahan 'mahal macam bedil'. Tak salahkan peniaga jugak, sebab diorang pun membeli barang mentah dengan harga yang mahal. hendak tak hendak harga barangan siap perlu jugak dinaikkan.

Teringat saya puasa tahun lepas, tahun lepas sepanjang ramadan kecuali Sabtu dan Ahad saya menempuh bulan Ramadan di Melaka. Memang bazar Ramadan seperti ini yang menjadi destinasi mencari juadah berbuka. Bazar Ramadan Peringgit, Bukit Baru dan Jalan Datuk Palembang silih ganti saya kunjungi setiap petang. Ketiga2 tempat ini ada menjual Nasi Kerabu dan benda alah itulah saya sentiasa beli, bungkus dan bawa balik ke bilik. Berbuka sorang2 kekadang ada kekawan yang sama ikut berbuka. Itu setahun yang lalu....

Apa khabar agaknya rakan2 KSPK TMK yang sama2 menempuh kursus setahun yang lepas. Semoga kalian dalam situasi yang bagus-bagus....


27 komen:

Simpang Renggam? ada rumah seseorang di Batu 7 yang saya ingin mengebomnya..

rosevsky :

Bom? kenapa sampai bom2 ni. Bulan puasa ni berbanyak bersabar ye...

Kalau dibom rumah orang tu tempiasnya kena pada jiran sebelah..kesian.

Simpang Renggam.. ermmm.. tak singgah pulak tadi.. kalau tak leh ler membazar sekali.. mana tau terserempak dgn wish putih tu.. he he..

jarang saya lalu pekan simpang renggam ni.. mesti dah besar dah bandar di situ kan.. kira bazar ni tepi jalan jer ler eh.. mesti kaw2 barang makanan di situ kan..

errk..bazaar ramadhan simpang renggam.area kampung melayu majidee kan toknabe?? heheh dlu situ laluan ween tu.huwaaaaaaaaa makin windu laa kat JB :(

Kasawari :

Biasa kalau dari Kl ke JB atau dari JB ke KL, orang takkan lalu simpang renggam ni.

Pusing2 bazar je ..ramai sangat orang nak celah kaki pun tak leh.Last2 beli juadah kat tempat lain ler...

wiween :

Kg Melayu Majidee kat JB wiween.. yg ni Kg. Melayu kat Simpang Renggam, Spg Rggm dan JB jauhnya dalam 80km. :D

meriah ek cikgu bazar sane..
kat shah alam ni rasenye cam makin kureng org meniaga..

jadi sape yg berniaga cukup laku dan packed gile tmpt tu...

superb guru banihassim :

Situasi mcm ni biasalah dalam seminggu pertama ramadan ni. Esok lusa berkuranglah...

Pergi pasar ramadan ni senang, cuma bawa duit dan tunjuk.... nampak senang tapi memang tidak menjimatkan.

Selamat berpuasa dan berbuka puasa..selamat segala2nya :D

best laaa pasar ramadhan kat situ
uhukkksssss
:-(

Salam mesra Zurr.Teruskan "membazar" selagi tak membazir.Ni masa nya nak melayan karenah anak disamping menjana ekonomi negara.Dak gitu? Rio.

ado ko kuih kuih dari tepak kito??

tok dae lagi nok jengok bazar ramadhan ssini.

Salam Singgah Tok..
amacam puasa ari nie?
ok ker?

apa menu yg special selalunya ada kt sana?

teringinlah pula otak2 Jb

combi belanja rm50++ kat bazar ramadhan.tak sedar pun..sbb masing2 beli ikut selera sendiri.

tp mmg rase puas sbb dapat tolong dorang berjualan dlm ujan lebat..kesian sgt!

ni kira sedekah dibln ramadhan al-mubarak.

Kalu teringat nak makan nasi kerabu kat Melaka ni mari la sini. Ada geng skit nak berbuka makan nasi kerabu, hehe...

Lama tak ke Simpang Renggam.

Tahun ini malas nak ke bazar Ramadan. Hujan memanjang.

Angriani :

Kat Sabah camner pulak gamaknya ye bazar ramadannya? kat sini sama je mcm tahun2 lepas... apa yang ada tahun lepas..ada balik tahun ni.. :D

Rio :

Ikut nafsu memang semua nak diborong. Cuma puasa2 cam ni berbelanja kena ikut 'akal yang waras'. kalau ikut perasaan memang jadi membazir pulak ler. .....dan membazir tu pulak kawannya......

pb :

Kuih2 dari tepak kita ada jugok.. hok jual pun ore kito jugok. Ada nasi kerabu, jala mah, teri mandi, akok dan mace2 jugok... solok pun ado jual taapi buat dari lado hijau besar.. tak berapo sedap la.

OndeOnde :

Tak pe... ramadan 30 ari, ado maso boleh gi la ..perabis duit sikit :D

mOhD^.^rAz :

Alhamdulillah.. bereh lagi.

Jie ;

Tak tau menu spesial apa yang ada. Setiaporg ada menu special masing2. Bagi saya ...nasi kerabu ler.

echah_syed :

Duit semakin kecik nilainya sekarang ni. Tak de merah2 atau biru2 jgn rasa nak menyinggah bazar ramadan la ni.

Rasdi :

jauh kawe nak gi denu. Sini pun ada nasi kerabu.. kawe raso lebih sedap sikit dari sano.. jadi kalu nok raso nasi kerabu sini ...hah mari la sini :D

blackpurple @ jowopinter :

saya pun kekadang je pegi.... kalau pegi pun saya cuma cari nasi kerabu. Nak buat sdiri... nti sya sorang je makan. Org lain hehe... maklum ler tekakjawa. :D

Ohh Bom tu saya kena belajar dengan wife DPM. Meletupkan hanya ditempat yang dituju aja.

Insya Allah,jiran sebelah tak kena tempias pun!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More