14 September 2008

Proton MPV?

Rasa mcm lama tak mengupdate blog ni, walaupun begitu saya masih ada menjenguk blog kekawan jika ada masa. Balik dari kerja memang letih sangat, masa2 begitu peluang diambil untuk melelapkan mata jelah. Waktu malam selepas balik dari sembahyang terawih baru berpeluang buka komputer dan melayari internet. Nampak gayanya bulan ni rugi sikit ler penggunaan internet. Bayar tetap RM88.00 sebulan. Dalam satu ruangan forum yang saya masuk, terjumpa satu forum yang membincangkan pasal Proton nak keluarkan MPV awal tahun depan. Gambar2 di bawah berkemungkinan besar MPV proton tersebut yang masih belum bernama. Kesahihan bentuknya masih belum ditentukan lagi dan masih menjadi teka teki, bila saya ajukan sms kepada salah seorang kawan yang berkerja di Proton, dia cuma jawab "hehehe...tunggulah". Tengok pada gaya smsnya tu.... rasa mcm dah betul sangat ler bentuk MPV Proton tu. Tentang harga tak tau ler pulak cam mana.... ada orang kata antara RM70k dan RM90k, tengok spec.



MPV Proton ni masih belum bernama. Satu peraduan menamakan MPV ni sedang berlangsung kat sini. Sesiapa yang kreatif tu boleh ler try masuk peraduan ni. Mana tau boleh memang dan dapat hadiah sebuah MPV ni.

10 komen:

ingatkan Wish tadi.. he he.. tengok sekelip mata macam Wish.. bila dah berkelip2 mata dah macam Avanza jer kan bro.. ermm..

wah lawalnya MPV nih.. ingatkan keta estima tadi hehe

Kasawari :

Hehe... mpv kacukan kot ni. wish ada iras,avanza ada iras... kata orang jugak interor dia pun menarik. Tunggu keluar sok ler nengok.

iEn :

Kalau menarik... nanti keluar booking satu. tak nak satu.. dua pun boleh. kalau nak free..hah masuk peraduan menamakan mpv ni. :D

kalu ado pitih , aper sajo buleh beli

kalu tok cukup pitih , kelih jah lar ...

putih mato mato ...

hi hi hi

pb :

Memang kalu ada duit semua mungki boleh jadi. Ada juga org yang tak cukup duit tapi nak jadikan macam-macam... hehe tu yang berhutang tu.

Cari gambir Sarawak, insyaAllah mujarab!

abg putra:

Gambir saraak takut yang lain pulak mujarab :D

salam ramadhan...1st time ke sini...wahhh~ proton skrg da maju...design pn da lawa...cumanya, material yg dgunakan msh kurang kualiti yg mybbkn ble langgar dgn motosikal pn da kemek...tp, yg d eksport berkualiti plak bhn2 nye...ape kate samekn je...

e-leeyana :

Design mcm lawa bab kualiti tak tau lagi, kena tunggu mpv ni keluar.

Bab senang kemek, reason ada yg ok ada yg tak ok. Yg ok apabila acc. daya hentaman diserap leh kereta, jadi daya pemandu tercampak ke hadapan berkurangan. Yg tak ok... senang nampak cacat :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More