25 September 2008

Balik Kampung

Mungkin mulai petang besok, orang ramai dah mula meninggalkan kota2, bandar2 dan tempat2 mencari rezeki menuju ke kampung halaman. Nak tak hendak jalan raya kenalah dilalui. Kalau guna lebuhraya kenalah sediakan duit tol. Kalau guna jalan biasa jenuh dengan jem memanjang (lebuhraya kekadang lebih jem dari jalan biasa). Duit untuk minyak kereta juga kena sediakan (kena sediakan lebih sikit - harga minyak dah naik[walaupun dah turun sikit lagi RM 0.10 hari ini] ). Guna jalanraya silap-silap hari bulan dapat pula surat saman. Kena pula ada dua tiga surat saman. Aduh..pening kepala den. Jangan lupa ada 6 jenis kesalahan jalanraya tak ada tawar menawar masa nak bayar saman (RM300).

Jadi untuk sesiapa yang balik kampung tu (huhu...ambo tak kelik), selain berhati-hati dengan pemanduan dan jalanraya. Diharap juga pemandu2 berhati-hatilah dengan speedtrap2 yang boleh dikatakan akan menjadi popular sepanjang musim perayaan ni.


Ada juga ye speedtrap tipu mcm ni. Tengok dari jauh mungkin kecut perut. Tapi kalau dah dekat cuma gambar anggota polis yang diletakkan, hehe.... boleh ler tarik nafas lega. Tapi ingat speedtrap boleh berada di mana-mana.

Hah, yang ni jangan buat main2. Ini baru speedtrap betul. Kalau dah terperangkap......bayar je ler saman tu nanti. Tengok..kan dia boleh berada di mana2. Jadi untuk blogger atau sesiapa saja yang akan menggunakan jalanraya ataupun balik kampung hari ini, esok atau lusa ...........berhati2lah.

p/s : kredit gambar untuk forum PERAKAN. (Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia)

12 komen:

bro..tak sedih ke tak leh keilik kelate ni?

gitulah resam rumahtangga kan..gilir2 raya baru bawak bahgia kan? tak pe nanti cuti sekolah baoleh kelik sebulan pulak...

UncleJ :

Raya dimana2saya takkisah sebenarnya. Sebelumni, saya biasa rayahari pertama di Johor.Hari kedua dalam perjalanan dan raya ketiga baru Kelantan. Begitu sebaliknya.

Cuma tahun ni,selepas ibu mertua meninggal itu hari, bapak mertua tinggal sorang, jadi sepanjang raya saya habiskan di johor.Kesian kalau saya balik kelantan.

Jemput beraya ke Johor... hehehe

o..oh..paham ler saya..rupeya Tok ni orang kelate isteri orang Johor...campur... anak -anak jadi Jolate..kira orait tu..
memg tak kesahkan raya di mana-mana pun sama...

salam tok

hehe kite raye kedua nati baru balik johor...

> tgkkan gmbr bwh tu... huh dasat ar kan... speedtrap memang ada kat mane2... :)

slamt hari raya tok... berhati2 di jlnraya, jgn tertido di jln raya nanti beraya di sepital.

MdmZend :

Jolate..hahaha, akronim terbaru ni. Memang mem sy orang johor, dah lebih 10 thn sy menetap di johor, sbb tu rasanya beraya kat mana pun sy tak kisah.

Manje :

Balik, kalau drive tu berhati2 ler dalam semua segi. Moga selamat semuanya.

KuIna :

Selamat hari raya jugak. Tahun ni saya tak drive jauh. Kalau drine jauh biasanya sempat berhenti tidur dua tiga kali.

waduhhhh..kreatif lg inovatif btul pak polisi kite loni yer...hehhehe ingat sblm kene..dh kene tu ingat kene bayar heheheh..semoga toknabe ceria sokmo di hari raya...

cappuccino :

Bawa laju dan tak kena saman,mungkin menjadi idaman pemandu2 ni. Apa2 pun banyak perangkap wang ni kat mana di jln2raya kat m'sia terutama di musim raya ni.Kena berhati2lah utk mengelakkan wang keluar dari pokek dgn free2 gitu

he he.. lawak ar polis tu menembak celah2 gerai buah tu.. kalau tak puasa leh ar dia makan pisang sambil memnembak..

kalau hiway kat tangkak tu.. biasa eh speed trap.. area sini.. kat jalan airport ler.. 70km/jam.. tapi selalu bawak 110km he he

salam..

pokcik kelik kg waduh2 letih sungguh laa ..macam duduk kat johor kelik kelate ..pada hal kat KL jah ..jam teruk weeehh ..ramai betul laa ore kelate dok merantau ni ..

sepanjang jalan ada jah speed track tipu ni ..tertipu gak kadang2 tp ada baikkan tok nabe ..

raya mana2 pun ok what !

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More