23 September 2008

Batik & Anak Didik

Malam tadi saya sekali lagi ke klinik gigi. Kali ni prosesnya bukak tampalan minggu lepas, korek gigi hingga ke akarnya..nyilu dan sakit (kali ni tak de bius2). Doc kata, gigi masih belum okey untuk ditampal kerana saya masih terasa sakit bila diketuk gigi tu. Jadi saya kena dtg sekali lagi untuk proses penampalan minggu depan, sehari sebelum Hari Raya. Nak tak hendak.. kena pi jugak ler minggu depan. InsyaAllah akan baik gigi tu nanti......

Gambar dibawah ni bukan berkaitan dengan saya gi  klinik tu. Gambar tu gambar anak2 didik mewarna batik. Pelajar2 ni yang baru saja lepas menghadapi peperiksaan UPSR itu hari. Selepas peperiksaan tu bada beberapa aktiviti yang disediakan untuk  mereka, salah satunya ialah belajar kemahiran mewarna batik. Mewarna batik adalah lebih mudah sikit dari mencanting batik (melukis batik). Mencanting batik memerlukan kemahiran melukis serta idea yang kreatif. Kalau tak kreatif........ kompon lilin sempat beku pada canting tu.




Jangan ingat batik hanya untuk  pakaian sahaja, lukisan batik boleh juga dibingkaikan dan dijadikan hiasan di rumah. Siapa kata tak cantik kalau lukisan batik ni siap diwarna dan dibingkaikan. Memang lawa kalau digantung di dinding2 rumah tu. Batik untuk pakaian akan dimatikan warna dengan bahan khas, tetapi kalau untuk hiasan taklah perlu dimatikan warna. Selepas siap diwarnakan,keringkan dan hantarlah untuk dibingkaikan.


Inilah corak batik sebelum diwarnakan. Lilin dengan campuran damar digunakan untuk melukis corak batik. Lilin dan damar  dicairkan, kemudian canting digunakan untuk melukis corak2 batik ni. Nampak senang tapi bukan mudah untuk menyiapkan satu lukisan batik sebensar kertas A3. Yang penting... ada idea untuk melukis batik.

p/s : Batik banyak mahal sekarang ni wei.....sejak kerajaan menggalakkan(?)  kakitangan awam pakai batik pada setiap hari Khamis.

10 komen:

Saya nak belajar membatik ngan Tok boleh kew?...nak keluarkan jiwa seni membara sedia ada nih...eehh...sukalah tengok dorang lukis dan menchanting batik tu...

Nak belajar dgn saya boleh... pengerasnya kena bawa pulut kuning ler. Hehe.. saya mananya pandai canting mencanting ni MZ. Menconteng pandai ler.. :D

Cantiknya.... tengok memang senang tapi nak buat tu kalau tak cukup halus, seni...mmg payah.

mana dpt corak tu semua ...

beli hok siap lukih doh ko??


rayo mano tahun nie??

k.jie ;

Sesetengah orang mungkin senang nak buatnya, mana yang baru kali pertama tengok mungkin tak terbuat. Apa2 pun kalau dah selalu buat, lama2 okey la.

pb :

Asalnya dari kain putih kosong, dicanting oleh seorang guru (bukan saya ler..hehe). Budak2 hanya mewarna ikut warna kesukaan masing2. BUdak2 nampak seronok dengan batik ni.

adeh.. gigi tak baik lagi ker bro.. macam mana nak kunyah dodol ni.. he he.. takper lah.. nanti elok ler tu

wah conteng batik eh.. ermmm patut ler madam sibuk nak batik lepas.. he ong.. he.. saya ada mak angkat di Pulau Duyong.. depan rumahnya ada perusahaan conteng batik ni.. he he

bro..lepas budak2 tu lukis batik..amik dan buat baju pakai setiap khamis..jimat belanja kan? hehe

tp bro tak kisah nak beli batik pun..kat kelate tu kalau bro beli mesti dapat murah kan?

Kasawari :

Dalam proses bai pulih ni.MInggu depan InsyaAllah baik ler. Kasawari ni boleh dikirakan dalam kategori pandai conteng batik ler kalau mcm tu.. hehe

uncleJ :

Kalau uncleJ nak, saya boleh tolong buatkan hehe... kalau tak matikan kaler tu, kalau hujan badan uncleJ berkaler warna warni.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More