03 August 2008

Pulasan


Sekarang pulasan pula mengambil tempat rambutan.Walaupun rambutan masih lagi bergayutan di pokok2, dengan pulasan yang dah mulai masak, orang akan lupa rambutan sekejap kerana pulasan rasanya lebih baik sikit berbanding rambutan.


Fizikal luar buah pulasan agak berlainan dengan rambutan, manakala isinya seakan sama dengan isi rambutan. Cara mengopeknya juga berlainan, dimana untuk mengopeknya kita perlu memulasnya. Asal usul nama 'pulasan' mungkin datang dari cara mengopeknya kot. Entahlah... yang penting ianya sedap dimakan.


20 komen:

menitik air liur nengok pulasan ni...

cikgu panji:

Pulasan dan mulai masak. Manis gitu mo...

pulasan bestnya, dah lama akak x makan, asyik beli rambutan aje

crazy beautiful 88 :

Pada dasarnya pulasan lebih best drp rambutan. Tapi bagi peminat rambutan pastinya rambutan lebih best.

Bagi saya pulasan lebih sedap.

Salam mesra dikala sore Zur!Ranum merah buah gerat tu.Minta maaf lama tak singgah.Malu ler juger raser nyer musim buah baru nok bertandang laman saing.Sibuk tersgt lah lately ni.Ministry byk involve dlm program peringkat domestik dan antarabangsa.Balik lambat sesajer.Rabu ni minister nak buat "fruits basket"Khabar nya nak dihidang pelbagai jenis buah buahan dr Pahang.Merasa juger lah rakyat jelata yg tak berdusun ni... Rio

Rio :

W'salam. Mesti tengah sibuk agaknya la ni yek. Hari2 penuh program yg dah diatur. Kalau berpeluang johor..boleh ler merasa pulasan sama rambutan. Durian dah lama habis. Kalau di Kelantan mungkin masa ni buah dokong pun tengah masak.

Zur,Thanks for the response.Balik dr office mlm tadi.Macam "manna al Salwa".Ada rezeki anak sdra baru balik dr kpg di Perak.Ada durian,manggis,dokong,cempedak ,rambutan dan petai padi.Bersilat dgn tugas di kantor.Bergegas dgn trial exam UPSR anak dan persediaan kursus intensif ke tanah Suci,kekadang menimbulkan rasa bersalah tidak sempat pulang berziarah sanak sdra di kpg halaman.InsyaALlah awal cuti sekolah ada anakbuah kawin.Harap sisa sisa buahkayu ada lagi.Dok tgh kaotim dgn Fysal kot kot dia free hari tu sambil makan kenduri nak ajak dia mandi manda di Lata Ramvong.Air nya sejok lagi segar. Rio.

Rio:

Kekadang yang tak ada kebun ni lagi beruntung.Tak perlu bersusah payah memetik,memanjat,mengutip buah2. Tup2 ada orang tolong bawakan.. itulah dikatakan rezeki.Biasanya time2 musim buah ni ler, sambil2 balik kampung jumpa saudara mara, hadir kenduri, boleh jugaklah menjamu buah2an.

salam toknabe

emmm kite kan tak pernah:

1.tengok buah pulasan
2.tengok pokok pulasan
jadi
tak tau macamane rasa pulasan tu... hehe

errkk...pulasan lagik la sgt sedap! cuma nak kopek leceh sket! huhuhbuhu

Sori, nak komen tak jumpa tempat tadi. Tu yang tulis kat bahagian kecek ngan ambo. Ni baru jumpa.

mula2 tak mau cite ttg buah lagi..nk bertegur sapa dgn Rio..

amboiiiii Rio..lama hilang, dah lupa jejak semalam?


Toknabe > Terliur sungguh tengok pulasan tu, tapi di kawasan saya masih belum ranum rasanya.

Memang lebih manis dari rambutan..sedap dah bersih..hehehe

Manje :

alahai..kesiannya dia.Nampakgaya kena cari dan tanam la kat halaman rumah. nak berbuah tak lama sangat. Kalau tak silap 2 atau 3 tahun dah berbuah.

....................................

Wiween :

Memang sedap dan manis. nak kopek.. pulaskan je. Mungkin itu sebab namanya pulasan.

Rasdi :

Dah jumpa... :D , Alhamdulillah. Amin.

Jie :

Sini pun masih belum ranum sangat. Tapi teruja sangat nak rasa. Memang manis dan sedap.. dan tidak batuk2 mcm makan rambutan.

Rasenye camne ek TokNabe???
Mmg kene pulas2 ek nk bukak??
cam unik je...
kene try nih...

BaniHassim :

Rasanya cam rambutan... tapi lebih lembut.

Unik?... tak delah. Kalau tak tanam try cari ler kat penjual2 buah..insyaAllah ada tu.

buah pulasan.... manis ooooo... nie buat sy jealous nie.

JentayuTiara :

Satu je saya minta......hehe jangan jealous. :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More