12 August 2008

Kuda Kepang

Hari Sabtu, kena ganti hari berkerja bagi cuti yang diambil untuk cuti hari raya nanti. Hari Ahad pula ada majlis kahwin orang kampung, jadi kena rewanglah gayanya. Tradisi di kampung2, jika ada majlis seperti ini orang2 kampung akan keluar untuk bergotong-royong masak dan menyediakan balai. Kali ni TokNabe rewang di rumah Wak Abu Ketua Rewang kampung. Kali ni ada acara istimewa yang disediakan pada sebelah malamnya untuk tontonan pengantin dan juga orang2 kampung. Acara Kuda Kepang yang disajikan.......

Saya tak lama menonton tarian kuda kepang ni, budak2 dan mengantuk jadi terpaksalah balik awal. Semenjak saya di Johor, ntah berapa kali agaknya saya sempat menonton persembahan ni. Mungkin dalam sekali dua kot.... Dulu2 tarian kuda kepang selalu saja diadakan di majlis2 perkahwinan. Cuma sekarang ini saja yang jarang sangat dipersembahkan. Orang kata tarian kuda kepang ni ada unsur mistik sikit, saya pun no komen sebab tak pernah melihat sampai habis apa yang berlaku pada penari2 tersebut. Ada yang kata, bila sampai satu tahap, penari2 seakan 'mabuk' dan berkelakuan aneh seperti melompat tinggi atau pun memakan bunga, kaca dan sebagainya. Tarian ini akan diiringi dengan alunan muzik yang pada mulanya perlahan dan kemudiannya akan semakin rancak. Gaya tarian akan dipengaruhi oleh alunan muzik ini. Penari2 akan menari lebih kurang 2 jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan2 mereka. Ketika 'mabuk' mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang sebenar sambil menari2 mendengar alunan muzik. Jika keadaan bertambah liar dan diluar kawalan, tok bomoh akan mengarahkan pengawal2 yang berada disetiap penjuru untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah. Tok Bomoh akan membacakan jampi untuk memulihkan mereka. Saya menonton pada malam itu belum sampai tahap penari2 tu 'mabuk'. Dek kerana anak2 mengantuk, terpaksalah balik awal.

Mungkin Tarian Kuda Kepang ni sama dengan Main Te'ri di Kelantan. Jika di Kelantan Main Te'ri diharamkan kerana mempunyai unsur mistik, khurafat dan menyalahi tatasusila Islam. Jika Tarian Kuda Kepang ini tiada unsur2 sedemikian, eloklah ia diadakan selalu untuk mengelakkannya dari hilang dan tidak lagi dikenali oleh genarasi terkini.

Esoknya ketika mengemas khemah jamuan. "Wak mana lagi skru2 khemah ni?" Wak Abu, "Kuda Kepang makan malam tadi".

14 komen:

Salam Selasa Zur.Byk budaya tanah seberang yg telah diterimapakai dlm msykt M'sia hari ini.Lately Poco Poco.Tak tau lah kalau "Big Brother" yaani warga Indonesia akan menuntut pampasan kerana menciplak karya seni mereka.Just nak share masa Majlis mkn mlm Commonwealth Women Parliamentarian yg Ministry saya menjadi hos diImperial Sheraton Hotel minggu lalu.Lagu opening sebuah lagu loghat kelate nyanyian Siti Noraniza Idris "Kalu comei ngoyat comei"Everybody seems surprise mcm mana Minister boleh pilih tema tu.Tup tup baru org tahu dia berasal dr kelantan.She is pround to be a kelantanese.A chinese Kelantanese.At the end of the majlis dia hadiahkan setiap participant sehelai kain batik basahan.Maka exicited para tamu from negara commonwealth tu.Disuruh pakai spontaneously dan diajak menari beramai ramai.You know apa lagu nya? Joget Kelate.Tak kira Melayu atau Cino.Kalau kelantanese tetap kelantanese.They are proud of their budaya dan peribadi pantai timur.Ini lah unik nya rakyat negeri kelantan.Something differs from other state.Dak gitu? Rio.

masih ada lagi tradisi kuda kEpang niE..
baguslah... jangan sampai budaya barat monopoli di malaysia niE..
jangan sampai budaya orE kito di tElan zaman...

Rio :

Begitulah, kalau tengok semangat kelantanese tak kira kaum kalau kat sana. Kat Kelantan... kaum cina boleh dikatakan semua fasih berdailek kelantan, makan makanan kelantan dan sebagainya.

Kalau kita yg tak proud dgn budaya sendiri, sapa lagi.

Along Arman :

Masih ada lagi yang membuat persembahan kuda kepang ni, tapi persembahannya dak kurang sikit ler. Itu pun kalau ada pada majlis kahwin.

Kuda kepang ni bagus jugak, tapi bab penari2nya 'mabuk2' tu yang tak beberapa berkenan. Tapi oklah kuda kepang sebagai lambang budaya negeri Johor.

Lama sungguh tak menonton kuda kepang. Maksud saya kuda kepang yang pakai pawang dan syaitan tu. Di kampung sebelah saya dahulu ada satu kumpulan seperti itu, entah sekarang wujud lagi entah tidak....

JowoPinter :

Kalau dah ada 'setannya' buat apa ditonton lagi. Rasa2nya banyak dah yang tak pakai pawang2 ni lagi. Tapi tak taulah, tak penah saya menonton habis mana2 persembahan kuda kepang.

Tok..

jakunnya saya..tidak pernah sekali pun tersempak dgn acara mcm ni...

K.Jie :

Kuda Kepang jarang dah nak jumpa wpun di johor ni. Yang baiknya ia kebudayaan masyarakat jawa di johor. Yang tak baiknya, kebiasaaan dalam kuda kepang melibatkan pawang2 dan amalan yang bertentangan dgn agama Islam. Mcm JP cakap yang ada setan2.

masih ada yg naik syeh tak toknabe?
yang mcm org kena rasuk tu???
hehehehehhee :)

Mungkin ada yang naik syeh kot. saya pun tak nengok sampai abis. Budak2 ngantuk.. jadi balik awal.

salam,
masa kecik2 dulu memang ada persembahan ni kat kampung saya. memang menakutkan bila penari2nye dah naik syeh...tunggang betul2 macam naik kuda liar hingga masuk dlm rumah org, kandang dan parit. jenuh nak tarik semula. seorang pawang disediakan utk pulihkan semula. kami yg kecik2 ni pun lari lintang pukang kena kejar. kerana itula bila islamisasi dah mula diserapkan dan masing2 dah ada kesedaran, ianye mula dikurangkan.

bila kelik kelate nak gak tgk dikir barat n wayang kulit.... mesti best.

cikguzue :

La ni saya tengok orang dah nak balik semula ada kuda kepang ni. Kebudayaan memang bagus tapi yang tak bagusnya bila ada 'setan'nya tu.

mother of two :


balik baru ni pun ada setempat buat dikir barat tapi tak dan nak gi jadual pedat.:D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More