22 August 2008

Cerita Dari Kelate 2

Pasir Mas - macammana ia mendapat nama tidaklah saya ketahui dengan tepat. Ada yang kata kat sini kuis-kuis pasir dapat emas. Hehe.. itu tak mungkin. Ada cerita yg agak munasabah iaitu nama Pasir Mas di ambil sempena kilauan pasir yang berada tebing sungai berkilauan seperti emas akibat sinaran matahari.


Pasir Mas ni kira tempat kelahiran sayalah, bandar Pasir Mas lebih kurang 20 km dari Kota Baharu. Bandar Pasir Mas tidaklah sebesar mana, ia hanya sebuah bandar kecil yang cukup mempunyai insfrastruktur serta keperluan untuk penduduk2 disini. Jika datang ke sini, tumpuan pasti akan ke Pasar Besar Pasir Mas. Disitu adanya jualan2 pakaian, barang basah dan sebagainya. Harganya mungkin juga lebih kurang sama dengan harga di Rantau Panjang.

Pasir Mss mengingatkan saya pada mee celup Pok Sin. Dulu ianya berada berhampiran Pasar Besar inilah. Sekarang saya tak pasti, rasanya ada lagi. Dengan RM1.20 ( dulu la) cukup untuk semangkuk mee celup dan air sirap (kalau tak silap arr).

Pasir Mas senonim dengan keretapi. Dulu stesennya mcm nak runtuh, sekarang tengah direnovate dengan binaan yang baru. Nampak cantik (gambar tak der ar). Dulu masa mula2 bertugas di Johor, keretapilah jadi transport utama saya untuk pergi atau balik sama ada ke @ dari Johor ke Kelantan.

Untuk cerita Pasir Mas boleh ler kiranya tuan-tuan hamba ke blog mohd zawi. Salah seorang blogger yang berasal dari Pasir Mas.

Ni salah satu versi asal usul Pasir Mas yang saya telah jumpa internet :

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.


Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.


Sumber.

10 komen:

echah_combi :

Belum ada kesempatan lagi nak cari cikgu panji.

Tak pernah ke Pasir Mas. Tengok gambar di blog Tok ini pun jadi-lah. He he he!

hehe..cukup tu. Kalau nak tau cikmekmolekpasir mas comel2 manis2 belak. Bab ni kena gi tengok sendiri :D

wah cerita pasir mas ya.. ermm saya baru nak tanya selak pasir jumpa mas kot.. atau selak emas jumpa pasir..

wah seronok tgk gambar2 di sini.. ada poster tok guru lagi tu..

bila lah nak ke kelate ni.. naik wish pun best gak.. he he

Kasawari :

hehe... selak emas sbb nak cari pasir. :D.

Pernah sampai ke Pasir Mas... menarik sgt..entah kenapa saya suka sangat suasana kt kelantan,

Biasa orang lalu Pasir Mas sbb nak ke Rantau Panjang.

toknabe,
Salam,
Terima kasih kerana letak link ko tempat ambo. Sama sama la kita promosikan Pasir Mas kepada dunia.

Pasir Mas jeng parok loonie :D time rayo

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More