25 July 2008

Meredah Air

Hari ni semasa balik dari sekolah, guru2 terpaksa meredah air yang melimpah hingga ke jalan raya. Air laju semacam saja. Tapi alhamdulillah keadaan ok aje...

Kawasan ini yang orang2 kampung gelar 'Selekoh Kubur' selalu dinaiki air jika hujan turun dengan lebat dalam masa yang lama. Di tempat inilah pertemuan dua sungai yang mengalir menerusi Kg. Tengah terus hingga ke Tasik Lingiu di Kota Tinggi dan dari tasik ini ia mengalir hingga ke Laut China Selatan.

Kawasan ini dipanggil 'Selekoh Kubur' kerana berhampiran selekoh ini terdapat tanah perkuburan Islam bagi kegunaan orang2 kampung. Tanah perkuburan ini agak terpencil dari penempatan dan berada lebih kurang 5km dari kawasan penduduk. Kawasan sekitarnya hanya ditanami dengan kelapa sawit, getah dan petani yang menanam pokok naga di sini. Sebenarnya kawasan ini agak 'keras' dari cerita2 yang saya dengar dari rakan2 dan penduduk kampung semenjak saya posting di sini 12 tahun yang lalu.

22 komen:

dari kk nak ke tuaran pun kalo ujan lebat mesti bah..teda pilihan lagi samada jln dari UMS atau tuaran by pass :)

mmg keta tak bole lepas..tgu smpi surut. 3-4 jam jwpnyer.

sekolah tok dlm kwsn kg ker atau ladang kelapa sawit ??

echah_syed :

Sek sy kt kampung. Betul2 kampung, kampung jawa.

adoi.. ni betul2 bah ni.. ni bro dari kancil ker wish.. adoi.. sayangnya kalau dalam wish tu.. he he..

sistem perparitan tak betul ar kat situ.. tu sbb air melimpah..

yeker.. itu UncleJ nak ke Johor? tak dgr kabar pun..

salam hujung minggu bro..

Kasawari ;

Ni view dari kancil bro...selalu banjir kat situ, sungai baru je korek jadi lebar dan dalam.

UncleJ nak ke sini,hehe... saja gurau2 dia je tu.

Selamat berhujung minggu bro...

Salam Bro..

orang kata kalau gedah air bah macam ni.. kena tekan minyak kuat2.. supaya air tak masuk dalam exzos.. ye ker.. he he

salam hari minggu..

Kasawari :

Orang kata memang mcm tu, saya sendiri tekan minyak biar laju2 redah air tu...

Teori tu betul kot.... selamat berhari minggu bro.

salam toknabe

macamana tok amik gambo sesambil mandu cam gitu eik??? :)

W'salam Manje :

kompius yek... hehe, tu maknanya sy menggunakan fungsi kedua2 belah tangan dan juga mata semaksimun mungkin. :D

Arsaili :

Apa yang takutnya tu?

uik...dasat gak banjirnye yek tok?? :O

wiween :

Hehe..banjir kilat, bukan setakat kat bandar je kena, kat kampung pun udah biasa dengan banjir kilat ni. Hehehe..

tok...ape yg kerasnya
tanah tu ke?
ceritanya...hehehehe

selekoh kubor..
silap langkah masuk kubor

Jie :

Banyak yang keras sebenarnya kalau nak cerita, yang lembut cuma lidah aje...kekadang lidah yang lembut ni pun boleh mengeluarkan kata yang keras.. dak gitu?

KuIna :
Belum ada sapa2 tersilap langkah lagi kat situ.. tersilap melangkah mungkin ada ler...

kat sini pernah sekali banjir...time tu riani pregnant...waaaa
ayer parit melimpah...mujur tak dalam
and tak kritikal...

kalau cenggini kat bahaya pada perahu2 kecill...ooopssss!!! terlebih sudah

saye cukup cuak kalau kene reda air yang banjir kat jalan nih.
silap2 kete mati tgh jalan,mampus!

toknabe ni cikgu ke??

Angriani :

Itu air lalu je tu.. kurang 2 jam air dah tak ada. W'pun air lalu cuak juga le.

banihassim :

Nak redah tengok air dulu jgak... kalau rasa betul2 boleh lepas baru redah, kalau tak konfiden.. baik jangan. Mati kereta dalam air..jawab berhabis duit ler nanti.

hah??? kawasan keras?? alameek! lariikkk!! heheheeh

ien :

Apa tak kerasnya.. kat situ semua ada. Batu, kayu, jambatan, pokok etc...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More