21 July 2008

Burung Tiruk

Teringat kisah burung tiruk. Burung tiruk memang sejenis burung, nama sebenarnya taklah saya ketahui tapi memang org2 kampung panggil dengan nama itu. Secara fizikalnya burung tiruk ni lebih kurang mcm burung kiwi dan saiznya lebih kurang burung puyuh. Bila hujan2 waktu malam ni teringat le pasal burung tiruk ni. Cerita ni, cerita dah lama cerita 20 tahun dahulu atau lebih. Teringat dulu jika tiba musim tengkujuh,apabila hujan turun waktu2 malam, orang tua toknabe maksudnya ayah saya akan pergi ke satu tempat namanya 'Bechah'. Bechah ni lebih kurang satu kawasan sawah padi yang amat luas di satu kampung bernama Bechah Ketiar, bersebelahan dengan kampung saya. Bila tiba musim banjir kebanyakkan kawasan 'Bechah' akan tenggelam dan yang tinggal hanya tempat2 yang tinggi. Tempat2 yang tinggi yg tidak tenggelam inilah yang akan diduduki oleh burung2 tiruk ini.

Burung Tiruk

Ayah saya akan bersama dua tiga orang dengan berbekalkan lampu suluh, 'penebah'(mcm jaring tangkap rama2 tapi besar), karung plastik dan pisau. Tujuannya adalah untuk menangkap burung tiruk ini. Burung ni biasa berkawan dan apabila hujan ianya akan kesejukkan.Burung ini akan ditangkap dengan 'penebah' yang panjangnya lebih kurang 5 atau 6 meter. Burung ni tak akan lari kalau disuluh tepat kepada kepalanya. Ketika tengah mamai kot,masa nilah ianya diserkup.

Kalau ada rezeki dalam semalaman ada ler dalam 20 hingga 30 ekor burung berjaya ditangkap. Selain dimakan, ayah juga sempat menjual pada jiran2. Pada masa tu tak mahal, seekor burung ada yg dijual hanya RM0.50 hingga RM1.00. Dagingnya sedap kalau digoreng garing berkunyit atau dibuat masak kurmak ataupun rendang.

Imej dari Google Earth. Kotak besar adalah 'Bechah'.Kotak kecik,area rumah orang tua saya.

Itu cerita lama. Sekarang kalau balik Kelantan, tak ada dengar lagi cerita pasal burung tiruk ni. Dah tak ada orang menangkap burung ini. Atau pun mungkin burung ni dah tak ada lagi di 'Bechah'. Atau mungkin orang dah tak peduli lagi tentang burung tiruk ini. Tapi bagi saya kenangan masa lalu inilah yang seronok untuk dikenang dan kenangan2 macam inilah yang membuat kita rasa seronok untuk balik kampung.

14 komen:

Dulu lain sekarang lain..

Mcm kat kampung saya di Pengerang,Johor..dulu lautnya bersih. Asal balik kg, mesti mandi laut. Tapi skrg lautnya kotor. Byk smpah sarap & laut juga dipenuhi minyak. Sampah -sarap dan minyak tu adalah hasil sisa dari kapal2 yg beratur menunggu turn masuk ke pelabuhan.. Mmg tiada lagi aktiviti mandi laut..

Tiada lagi keindahan seperti dahulu..

salam tok...

emm macam kampung manje la... dulu penuh sawah bendang... sekarang dah takde lagi... dah kene tambak wat umah2 batu...

macam burung tiruk ni...em manje penah dengar tapi tak tau rupe nye macamane ... dipanggil burung tiruk kerana paruhnye ke tok?

Intan :

Dulu lain sekarang memang dah lain. Mereka yg penah mengecapi kehidupan masa lalu pasti teringin nak merasa kembali suasana mcm dulu. Tapi kan dunia dan masa tak akan terbalik..

Manje :

Memang gitulah suasana kampung2. sawah padi dengan sungai dan bukit bukau. Hehe..kerana kemajuan sawah padi semuanya makin kurang, bukit makin gondol dan sungai makin cetek. Itulah harga yang dibayar utk kemajuan.

..................................
Pasal burung tiruk tak taulah mcm mana dia dapat nama. Mungkin burung tu suka terjun tiruk tak... :D

entri mengimbau kenangan lama ni...

Macam n3 mengimbau kenangan lama. Cuma teringat pasal kelazatan daging burung tiruk ni. Dah lama tak dengar pasal burungni lagi.

owh..burung pun ada nama tiruk..ingatkan nyamuk je ada nama tu..hehehe

agaknya rasa burung ni mcm rasa puyuh kot...ke macam rasa burung kasawari? ekeke

uncleJ :

Saya musykil dengan istilah terjun tiruk.... dari mana asal dapat nama tu yek.

Daging burung ni lebih kurang dgn daging burung puyuh tu. nak banding dgn daging kasawari jauh sangat... kasawari dagingnya liat kot :D

O. Baru tau ada spesis burung tiruk rupanya. Saya nama-nama burung memang fail :D

Yang saya tau 'terjun tiruk' dalam parit masa kecil-kecil dulu. He he he!

BP :

Mungkin burungni suka 'terjun tiruk' tak ..sbb tu dapat nama mcm tu :D

patut ler saya tak senang duk.. org dok cerita pasal dagingku.. he he..

maaf blog saya berehat seketika.. gi servis.. he he.. takper.. saya masih tetap berkunjung di sini..

wah siap ada view dari satelit kg tu.. he he

Kasawari:

Blog pun kena servis jugak kan, baru ler berseri2. Ok ler servis baik2 dan kaw2.

Daging kasawari belum penah rasa, tapi telur burung kasawari penah makan itupun tak sengaja, bila tau terus tak lalu makan :D

Bro.. blog tu mileage dah 20K tu kena tukar minyak brake dan minyak gear box.. he he..

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More