19 June 2008

Entri Malas

Hari ni ngantuk betul, mlm tadi kena turn RT. Jaga kampung...maklum ler kita ni kena beringat sebelum terkena. Sampai ke petang, mata pedih2 minta ditutup, tapi akalnya tak nak beralah tak mau tidur. Mungkin kerana petang tadi cuacanya panas sikit itu yang mata susah nak tutup. Malam nanti boleh ler turu sepuas hati. Di bawah ni hasil2 kemalasan saya hari ini.

Dah semakin berisi pulasan ni, tapi amik masa mungkin sebulan lebih lagi sebelum kulitnya bertukar warna. Time tu, pengkongsian akan bermula...perkongsian antara tupai dengan manusia. Siapa cepat dia dapat!


hitam dan hijau!!

Entah apa nama cendawan ni, beracun ke tak... tak tau ler saya. Nampak menarik tumbuh di tebing parit berhampiran rumah.

Yang ni saya panggil buah letup2...mungkin ada nama lain lagi bagi buah ni. Pokok ni dah susah nak jumpa sekarang. Kalau masuk hutan mungkin baru boleh jumpa. Gambar yang ni bukan saya amik tadi. Gambar ni saya amik ketika misi mencari etak itu hari. Ia tumbuh melata memanjat pokok2 di tepi sungai. Budak2 sekarang mungkin tidak kenal atau mengetahui khasiat buah ni. Malah mungkin mereka tidak tau isi buah ni boleh di makan!.

16 komen:

buah meletup tu atau ade nama lain kot..combi pun dah lupa :p

mase combi kecik2 dulu selalu masuk hutan ngn ayah mandi sungai..bila jupe ni petik n kalo masak isi dia kaler orenkan n biji dia kecik halus ..mmg bole mkn :)

anak2 skrg kalo kita ckp bole mkn..mesti dorang tanyer takde racun ker? :D

nanti kalau pulasan dah masak bg tau ye..sy nak turun makan nanti...

kalau tak nak pulasan tu dimakan tupai, bungkus je pulasan tu..buat mcm cempedak....hehehe

salam toknabe

kite tak penah makan buah pulasan kalo buah rambutan tu penah la... makan banyak2 sampai ilang suara... huhu...

buah letop2 tu plak kecik2 dulu je kite penah makan, masa masuk dalam semak merangkap utan kat kampung. main2 kombat... buah letop wat bekal kalo tak sempat kuar 'utan' :p

salam toknabe..

pulasan, cendawan, letup2.. tiga2 saya penah makan..
pulasan & cendawan, masih makan dgn sewenangnya.. tapi buah letup2 tu.. nak jumpa pun payah.. bukan tumbuhan komersial yang org buat jual.. takder nyer dpt jumpa hatta di pasar malam sekalipun.. supermarket apatah lagi.. taukeh supermarket pun mungkin tak tahu apa itu buah letup2..

Combi :

Pokok letup2 ni dulunye boleh dijumpai dekat2 rumah je. Sekarang jangan harap nak jumpa kalau tak masuk hutan.

Budak2 sekarang kalau suruh makan buah ni... depa geli kot. :D

UncleJ :

InsyaAllah, kalau dah boleh dipetik pulasan tu, saya bagitau nanti.

Tapi uncleJ ni pandai manjat pokok tak? :D

Manje :

Pulasan ni makan banyak mana pun, insyaAllah tak milang suara sbb bila kita makan selaput bijinya tidak ikut sama. Isi dan rasanya manis mcm rambutan, tak ada kurang.

Buah letop2 tu pun sy jumpa kat tepi sungai, jauh dari orang. kalu dekat dgn rumah tu rasanya tak lama...kena tebas.

kak Tiny :

Buah letup2 susah nak jumpa. Budak sekarang pun tak kenal akan buah ni. Kalau nak budak2 kenal akan buah ni....kena bawa mereka masuk hutan. Kalau tak jumpa buah ni boleh ler jumpa pacat2 dan lintah2 :D

salam tok.

lama tak makan pulasan ni.
asyik tala rambutan jek.bosan jugak.

tapi durian juga tetap the best.

setuju?

agagaga~~

uishhh...lamo molek tok make etok..!

berair mulut tiba2..uishh

Chada :

Sekarang kalau belah2 utara dan kelantan tgh popular buah laici. masam2 manis. Laici dari siam.

Durian best... tapi tak berapa suka ler.

JD-Kiss :

Nak make etok? sama ada kelik kelate atau mari sini... hehe

pulasan........ sedap ooooo manis berseri... alamak terlebih sudah!

masak nanti jgn lupa hantar kat sy ya!

Jentayutiara :

Minta hantar, bereh... kasikan emailnya. :D

salam

hari ni free sikit

maka buleh lar bertandang ke rumah TokNabe nie

pB :

Memang la ni masing2 banyak bz...ambo sendiri pun banyak hal nak buat, nak menjenguk blog rakan2 lain pun tak dan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More