27 June 2008

Cerita Pelik

25 Jun 2008 yg lepas,genaplah setahun blog toknabe berada dalam alam blogsphere. Dah banyak jugak toknabe bercerita...dari cerita sendiri hinggalah cerita berkenaaan siput2, etak2 dan entah apa2.. Selama itu dah 143 entri telah termasuk yang ini telah ditulis oleh toknabe. Terima kasih toknabe ucapkan kepada semua rakan dan juga pengunjung yang sudi menjengah walaupun sekejap blog toknabe ini.


Walaupun dah setahun blog ni menjadi tempat toknabe menulis tapi toknabe masih terkedu....terkedu kerana banyak benda pelik berlaku kebelakangan ini. Terkedu toknabe mungkin terkedu sendiri sahaja, kerana banyakbenda2 pelik ni toknabe sendiri hadapai. Mungkin juga ada antara pembaca ni pun sama2 terkedu mcm toknabe. Benda2 pelik ni berlaku lebih teruk semenjak harga minyak naik.

Apa tak terkedu dan peliknya bila dulu beras berharga Rm 18.00 kini menjadi RM33.00. Pelik.... bila terpaksa berbelanja RM90.00 seminggu untuk minyak kereta pada hal sebelum ini hanya perlu RM40.00 dan minyak pula terasa cepatnya habis mcm air mengalir saja.

Itu satu yg. pelik, semalam pun kejadian pelik berlaku apabila toknabe membeli ink untuk printer komputer. Baru sebulan lepas toknabe beli dengan harga RM44.00.. semalam toknabe kena RM57.00. Benda yang sama, jenama yang sama dan kuantiti yg sama. Pelik..pelik..

Ini lagi pelik...bila orang tua toknabe bercerita, mereka terpaksa membayar RM 180.00 utk. baja pokok padahal sebelum ini harganya baru RM66.00 sekampit. Tengok...berapa banyak naik tu. Racun pulak yang biasa dibeli dengan harga RM 33.00 menjadi RM90.00. Tu yang toknabe pelik..... yang ni bukan toknabe terkedu tapi orang tua toknabe yang terkedu.

Pelikkah? .............................hang fikirlah sendiri!



24 komen:

apa pulak peliknya semua tu...

yg paling pelik sebenarnya bila gomen ckp minyak takkan naik tapi tup tup dua hari lepas tu naik pulak...

terima kasih kpd yg ngundi BN...semua benda jadi pelik dan ajaib skrg ni..hehehe

UncleJ :

Itu baru sikit perkara yang pelik berlaku. Kalau nak disenaraikan berlambak lagi....
.......................................
Ada juga perkara yang pelik dan kelakar berlaku.... hai...Malaysia...malaysia.

Tukar jer KERAjaan sekrg.. habis semua Barang Naik... tapi memang pelik.. dulu kalau makan dua orang kat kedai.. baru jer dalam RM10, ni sambal belacan pun dah naik gak.. uhuk uhukk

hepi besday http://toknabe.blogspot.com/

sedihnye rupa pokcik tu tok.org lain suka bila nak tiup kek birthday, pakcik ni pulak sedih semacam. tengah fikir masalah m'sia tercinta ke? bawak2 le bersabar...

biaso la tu bro....

aku pn xphm,kato nk maju prtanian,brg hrgo mhl plop....

sbsidi xdop gne...

Kasawari :

Berita terbaru dari Kelantan..... budu pun akan naik harga 30%. Hahaha... bakal jadi barang mewah benda alah ni... :D

Cikgu Panji:

Tengah sedih tu... dah ler beli kek mahal, terbakar pulak tu. nak padam tak leh sbb tak dok pemadam api. Nak beli tak mampu mahalllll....

Mr J@ck :

Hok luar biasa ni lamo2 jadi biasa. Tapi bab naik2 harga ni memang luar biasa sikit.. luar biasa bab duit cepat habis.

Tahniah..dah setahun..dah tumbuh gigi ..hehehehe

saya lagi pelik bila tok pelik pasal semua tu..

:D

Jemen....Jemen....!!!

Jie :

Setahun tapi baru tumbuh 2 btg gigi. Berjalan pun baru tengah belajar... lembab sikit.

Berfikir sifat semulajadi manusia.

Selamat Ulang Tahun Memblog yang pertama Tok. Semoga terus rajin memblog. :D

Ha'ah. Sungguh pelik-Lah.

apapun epy ulngthun...

sy pelik ngengok org tua tu..x leh mkan la kek tu sbb trbakar!

BP:

TQ ler.. baru setahun memblog. Memblog insyaAllah ambo teruskan..mengoblok diri sendiri tu ambo nak elakkan masa memblog :D

Yang paling pelik..ada orang masih bertepuk tangan dengan segala yang pelik ni.

Jentayutiara :

Dia sedih.... dah ler minyak petrol tengah mahal, ada orang suka2 pakai petrol bakar dia punya kek!.

TQ..minta kek, nak ganti kek yg terbakar tu.

salam..tahniah ...hidup ini memang penuh kepelikan

mmg la toknabe..tension sgt rasanya..isi minyak RM20 selalunya utk seminggu hantar anak pergi balik sekolah..Ni baru 2 hari dan nak kena isi lagi.. tensionnyaaaaaaaa. Benda2 lain, jangan cakaplah.. ermm, susah nak cakap..

Arsaili :

Tak seronok hidup kalau tak de benda2 yang pelik ni. Mencabar minda dan pokek.

Intan :

W'pun tension mcm mana pun, nak tak nak rutin seharian kena teruskan jugak....Cuma sekarang belanja lebih, pendapatan mcm biasa, hah.. start bulan ni takrif lektrik naik pulak. Teringat pulak pasal system solar, pakai kat rumah orait jugak.

ape yg nak peliknyerr..kun fayakun..maka aku kata jadi jadilaa !

fikir ade hikmah disebaliknyer lebih baik dari mengeluh & mencerca tok :)

takut botak kepala tu hehe :p

Combi :

hehe.. banyak hikmahnya, banyakk...

salah satunya tu ler...botak kepala.

pelik

tapi

dalae dok pelik tu

keno telae jugok lah ...

pB :

Walau apa2 pun kehidupan perlu diteruskan...kan,kan..kan.

waktu pilihanraya,ada tgk kempen drp pihak pembangkang klu undi BN=Barang Naik.

kebetulan saja kot.

harap2 ALLAH SWT masih memberi rezeki yang cukup utk kita semua.

:)

Chada :

Teori tu mungkin betul. InsyaAllah kalau berusaha, rezeki tu sentiasa ada.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More