12 May 2008

Membidik Pasu Di Air Hitam

Rumah saya dengan Air Hitam (Ayer Hitam) bukannya jauh sangat, kurang dari 10 km. Walaupun dekat bukannya selalu ke sana. Ia cuma menjadi laluan jika hendak ke bandar Kluang atau ke Batu Pahat. Bagi orang (orang perempuan kot).....ia menjadi tempat menjamu mata dan juga mengosongkan poket dengan memborong pasu2, bunga2 (plastik), aksesori hiasan rumah dan lain2. Kat sini banyak juga terdapat aksesori2 bagi mereka yang hendak mendirikan rumah tangga. Ada bunga telur yang cantik2 dan canggih2, kad jemputan, hiasan dan sebagainya yang berkaitan pengantin ni. Pendek kata memang kat sinilah nak cari benda2 tu.


Air Hitam ni sebenarnya memang terkenal dengan pasu2 seramik yang boleh didapati dalam pelbagai saiz. Sebab itulah di negeri Johor ia dikenali sebagai Pekan Seramik Air Hitam. Pasu2nya ada kecik, ada yang besar, cantik, menarik , comel2 dan sebagainya. Pokoknya bawa diri, bawa duit dan bawa kereta utk mengisi ruang2 kosong dengan barang borongan. Dari plaza tol lebih kurang 1 km ke Pekan Air Hitam.


Tip jika ke sana. Pertamanya kalau boleh elakkan datang hari minggu. Hari minggu orang ramai, dan kalau tawar menawar kurang respon tapi tak semua kedai ler.Keduanya kebanyakkan peniaga kat situ mempunyai lebih dari satu kedai, jika tak puas hati di satu2 kedai, kita ke kedai lain berkemungkinan besar kedai tu pun kepunyaan peniaga yang sama. Ketiga jangan ler segan2 nak ke kedai atau permis yang lebih besar...berkemungkinan harga kat situ lebih murah dari kedai2 yang lain. Yang penting rajin menjelajah dari satu kedai ke satu kedai yang lain dan yang utama mulut kena manis maaa...


Itu hari saya ada ke sana.... cuma mencari satu dua barangan untuk kegunaan sendiri. Sempat mengambil gambar beberapa keping sebelum tokey cina tu cakap "sini talak boleh amik gambar". Bukan apa dia takut saya mempunyai kedai sendiri dan nak tiru design gubahan dia orang. Ada ke!

22 komen:

eh..air hitam batu pahat! lama x gi sana.;)

Ooo Sana talak boleh amik gambar..
Saya tak pernah sampai ke Air Hitam.Rasanya hujung th nanti nak gi.

dulu manje penah g sane... masa ngah belek2 macam2 yang ada kat situ tetibe ada gelas kecik bergolek jatuh kat kaki manje... oleh kerana manje aje yg sensorang ada kat situ... manje kene bayar harga gelas lilin tu... huhu... manje tak bersalah tau

kawe x penah smpai lg sini tok...nmpak mnarik jah beli2 pasu ni...kawe beli pasu wak tmpat habuk rokok jah tok..x penuh2..haha

salam kenal CikguZue...time kasih daun keladi coz jln² kat umah hijo riani yer...kiter tuko² link bole??? :-))

Jawab Wiween :

kalau dok dekat, boleh ler gi lagi. Angkut pasu besar2... dan jangan lupa baw lori.. :D

Jawab Cikgu Panji :

Tu dia kata "talak boleh amik gambar". Tapi cakap je.... saya nak kasi kawan tengok..mana tau kawan tu nak datang sini.

Kalau datang jgn lupa kontek sy.. mana tau boleh jadi pemandu pelancong :D

Jawab Manje :

Tu la namanya rezeki....rezeki kat tuan punya kedai tu, tak pasal2 barangnya laku. Dan manje pula bawa balik gelas berderai.

Itulah sebelah pihak dapat rezeki, di sebelah lagi hilang rezeki... begitulah. :D

Jawab Mae :

Memang menarik...kalu demo pempuan lagi ler menarik tempat tu..hehe. Tempat habuk rokok tak yah cantik2 le mae. Pakai tin milo pun jadi ler. :D

Jawab Angriani :

CikguZue..hehe. haruskah ku mengaku. Rasa cam salah tempat komen pulak ni.

Salam tok...

Wahhhh....blog makin cantiklah.

Ni citer pasal shopping kt Air Hitam. Boleh dikatakan setiap thn sy ke sana bila kena kursus kt INTAN Kluang. On the way back to Seremban sy mesti singgah beli ole-ole utk famili.

Tp rasanya Air Hitam tak leh lawan Nilai 3. Situ lagi mcm2 kedai ada. Siapkan duit je. Klu Tok free time cuti sekolah nnt, bleh ler jenjalan ke Nilai 3 plak...

Salam, dah mcm artikel promosi/ laman web pelancongan lah plk...toknabe bila nk jupa?...

Jawab Dina :

Biasanya saya tengok... kalau hari ahad/minggu biasa penuh dengan bas2 ber'plet' luar. Mungkin ramai mencari ole2 untuk dibawa balik mcm dina.

Nilai 3 tak penah singgah lagi,insyaAllah suatu hari nanti. :D

Jawab Dev_Perantau :

Kekadang blog bertukar format... tapi biasalah,dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. Promosi tempat menarik yg dah jadi mcm rumah kedua.

salam tok..jeles tengok umah tok ni asyik tukar color..rumah saya tade masa nak cat..uwaaa

sy tak reti nk beli ape masa g sana....erk..

entah.... tgok² tatau apa yg sy perlu...sy ni pelik sikit..sy beli yg perlu je..kalo benda tu..takde pun tak pe..sy tak beli.

kedekut ke?

tak de arr...sy ni suka benda yg praktikel..guna selalu..hekehke


tak seni langsung sy ni!

patut pun apek tu tak senang duduk.. habis semua bro amik gambar.. mana lah dia tau perangai blogger macam ni..

kelas ler gambo bro letak sini.. klasik gitu.. linda tak nampak lagi ni.. kalo dia nampak.. malam ni jugak dia ajak turun ayer hitam.. he he

Jawab Jie :

Kadang-kala baik juga ada sifat kedekut tu.Boleh ler beringat berjimat sikit.Kekadang ni kita kalah dengan mata je.....

Jawab Kasawari :

Gitulah... tak senang hati kalau tak memetik kemera. Orang pun risau.

.........................................
Hehe... bila lagi nak memborong di Air Hitam?

nak buat bisness kat KL cam na tok?bole supply tak?

buy valium pill called valium - canadian pharmacy valium

memang ayer hitam ni best.. skarang pun banyak kedai baru naik..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More