22 May 2008

Malam Tadi

Malam tadi saya berkesempatan menelefon orang tua di kampung. Memang agak lama tak berbual dengan orang tua di telefon. Biasanya bila nak cuti2 sekolah begini kalau saya tak menelefon, orang tua saya akan menelefon bertanyakan cuti ni mcm mana balik ke tidak. Biasalah ibubapa...., anak2 memang sentiasa dalam hati mereka....saya tau. Mereka tau bila time cuti sekolah inilah ada peluang untuk anak2 balik kampung dan saya sendiri pun tak pernah ketinggalan untuk balik kampung jika ada peluang. Berbual di telefon terasa sedihnya bila dikhabarkan dengan beberapa orang terdekat pergi mengadap Ilahi. Yang pertama bapa mertua adik (besan ayah) saya meninggal hari selasa lepas akibat sakit yang dah lama dihidapi. Beliau meninggal di rumahnya di Pahang, setelah terlantar sakit sejak setahun lalu. Mungkin kesedihan melanda suami dan adik saya sekelaurga. Kemudian saya juga dikhabarkan dengan kematian isteri sepupu saya yang agak rapat juga sehari selepas itu iaitu semalam. Saya agak terkejut kerana baru lepas berjumpa dengan beliau pada cuti bulan Mac yang lalu. Kanser perut dikatakan penyebabnya. Arwah meninggal selepas 2 hari terlantar di hospital. Pemergiannya meninggalkan 5 orang anak dengan yang bongsu baru 4 tahun. Saya sedih bila mengenangkan anak-anaknya.

Cerita mak saya ketika melawat beliau di hospital. Penyakitnya sebenarnya dah lama dihidapi tapi arwah tak mahu meyusahkan orang lain dengan memberitahu penyakitnya. Sebelum akhir nafasnya sempat arwah risau dengan keadaan anak2nya nanti, emaknya menenangkan arwah agar jangan risau selagi emaknya hidup selagi itulah dia akan jaga cucu2nya.

Saya masih teringat lagi senyuman arwah, tak kira apa situasi, sentiasa senyum saja. Hidup kita di dunia hanya sementara. Kita hidup untuk merasai mati. Al-Fatihah untuk arwah Kak Mah dan Takziah serta banyak2 bersabar buat Abg Man sekeluarga.

(Sekadar gambar hiasan)

Cuti sekolah kali ini agak panjang jugak... 2 minggu, masing2 dah planing dalam kepala nak kemana. Jika selalunya saya akan balik kampung, tapi kali ini rasanya tidak. Ini kerana keadaan kesihatan mak kat sini yang tak beberapa baik yang memerlukan perhatian. Untuk itulah perlunya isteri saya menjaga dan melihat keadaannya. Untuk mak di Kelantan....bersabar la ye, alhamdulillah beliau memahami keadaan ini.

8 komen:

salam


mati itu pasti ....
suka atau tidak , ianya tetap akan tiba

bersedia atau tidak , ianya tetap akan singgah ....


al fatihah untuk semua yang telah pergi mengadap Tuhan Pencipta Alam


pB pung lamo doh tok kelik koto bharu.
kelas tambahae penuh ....
anok anok nok UPSR ...

terpaksolah berkorban ...

Bila cuti teringat toknabe. saje menyibuk,nak tahu balik kelate ke dak.La ni durian siam bykkk.rugi tok tak balik....

Salam toknabe..terasa sedih sangat2 bila orang kita sayang pergi untuk selama-lamanya.. kite sama2 sedekah kan al-fatihah..

Memang suka kelik kapung ni, lebih2 lagi kita ore kelate. banyak temnpat boleh gi jale.

tapi lo ni dah berkeluarga kena nengok juga suasana dok.

Jawab Cikgu Panji :

Ambo raso tak kelik la cuti kali ni.. w'pun panje cuti ni tapi ada komitmen lain pulok.

Derian siam...sini pun ado tapi tak semurah kat sana ler..

Jawab Syam :

Memang begitulah Syam lebih2 lagi kalau baru jah kita jumpa orang tu. Kemudian diberitakan orang tu dah meninggal, masih terbayang lagi mcm mana suasa perjumpaan tu.

salam..Al Fatihah kepada yg telah pergi. Semoga kita lebih menghargai pada yang masih ada

Jawab Arsaili :

Yang pergi pasti diadili, Yang ada beringat2 sbb ia pasti hadir.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More