27 May 2008

Kaspersky Oh Kaspersky


"Kaspersky oh......kaspersky, kenapa la key kau ni dah blacklist. Dah la tak leh nak update , dan kau disablekan program Antivirus tu. Silap2 ari bulan habis virus2 mengodamkan komputer ni. Aduh pening2".

Itu mungkin la keluhan penguna2 Antivirus Kaspersky versi 6 yang
'original'. Antivirus mereka dah tak boleh berfungsi kerana activition key mereka di'blacklist'kan oleh Kaspersky. Apa taknya sepatutnya licence antivirus untuk 1 komputer dipakai oleh sepuluh, dua puluh, seratus, seribu atau entah berapa ler di seluruh dunia. Sebab itulah hingga saat ini tok sorang ni tak lekang dari sms dan juga panggilan berkenaan activition key mereka yang diblacklistkan. Antara sms yang di terima :

"Cam mana nak cari key kaspe 7?" Jawapan : Cuba tanya Pak Cik Google atau Mak Cik Yahoo.

" Ada a.Virus Kaspersky yg free?" Jawapan : Jawapan seperti di atas.

"Antivirus kasp 6 aku dah blacklist. Apasal? Ada tak yang lain, antar kat email aku"
Jawapan : Ewah senangnya main hantar je...nasib baik tak bersetem. Blacklist sbb kau pakai yang p***** punye ler.

"Salam tok, cucu punya kaspersky antivirus ni tulis lesen dia blacklisted. x boleh update ni. Lesen tu tok ynag bagi. tmt 2010." Jawapan : Iseyman walaupun lesen sampai 2010, dah sangkut kat roadblock, tak leh buat apa2 la. Satu nombor dipakai oleh beribu buah motor. Kantoi....

" Bro kaspersky aku dah xpired ler. kena black list. camner tu?"
Jawapan : Sendiri fikirlah.

"salam, mana nak dapatkan av yg free, kav dah tak leh pkai"
Jawapan : Ada..ada...guna ler internet tu... google dgn yahoo ada utk bertanya.

Itu antara beberapa sms yg diterima, selain panggilan. Sebenarnya itulah nasibnya kalau pkai yang p***** tu. Nak elakkan situasi mcm tu.....Beli ler yang ori, skrg ni program antivirus pun dah tak beberapa mahal, mcm Kaspersky versi 7 ada la dalam lingkungan RM50.00 untuk 1 user. Kalau tak nak yang berbayar, pakai ler antivirus yang sebenar2 free cam AVG ke. Tapi biasanya yang free ini ada la kekurangannya sikit berbanding yang berbayar. Sbb jika yg free pun dah terbaik, apa gunanya ada yang berbayar. Lagi satu selalulah jenguk2 ruangan forum2 berkenaan IT atau pun gunakan enjin2 carian untuk mencari antivirus yang sebenar2 baik dan juga 'free'. Memang banyak terdapat di alam maya tu. Kalau cadangan2 saya tu susah nak dilaksanakan...apa salahnya call tok sorang ni, insyaAllah boleh membantu.


11 komen:

salam tok..... jgn jd lanun.......
beli yg original.

kat jaring ada yg trial version... 6 bulan free..

DakLan dah mula tercari2... Avast v4 la pulok la ni...hahahhaha... setakat ni mcm ok...hahaha

Yang penting ada cover dan under cover! Tak gitu Tok?

Tok guna yang mana plak?

cerita penapis ka..

sat nk p tgok tapis kopi kt dapo..ujan2 ptg ni

em mmg kene beli yg ori... :)

salam tok..banyak nya virus ek...

Jawab Jentayutiara :

yang ori lagi baik kan..kan..kan. Tapi ramai yang nak cari yang free tapi ori. :$

Jawab DakLan :

yang penting undercover tuuu.. pakai ler yang mana2 yg penting sentiasa diupdate.

hehe.. sy pakai Shelltox je.. ;)

Jawab Jie :

Musim penapis bocor sekarang ni. Made In Thailand kot.:D

Jawab manje :

Gitulah manje.. ori tapi free, tu yg deme2 nak cari :D

Jawab Arsaili :

Virus memang banyak la ni. Mungkin bulan ogos nanti keluar virus lagi. Virus Minyak Naik.

Yes if the truth be known, in some moments I can say that I acquiesce in with you, but you may be in the light of other options.
to the article there is still a without question as you did in the downgrade publication of this request www.google.com/ie?as_q=retina network security scanner 5.15.7 ?
I noticed the axiom you procure not used. Or you partake of the dark methods of promotion of the resource. I possess a week and do necheg

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More