05 May 2008

Bunga Nasi Kerabu

Saya teringat pasal Jie bertanyakan pasal bunga telang dalam komennya mengenai Sepuluh Jadi Satu berkenaan nasi kerabu. Kebetulannya di tempat saya mengajar terdapat la sepohon pokok telang ni. Pokoknya senang di cam, berdaun hijau tirus dan bunganya berwarna biru, bentuknya iras bunga seri pagi. Fungsinya sebagai pewarna semulajadi menyebabkan ianya digunakan di serata tempat. Di Kelantan ia lebih senang dipanggil bunga nasi kerabu. kalau di Filipina pula dipanggil Balog-balog ataupun Kokokating manakala di Indonesia pula ia dikenali sebagai Bunga Biru atau Kembang Telang. Pokoknya juga boleh di dapati di Thailand, Vietnam, Laos dan sebagainya. Walau apa pun namanya, secara saintifik ia adalah dikenali dengan Butterfly Pea atau pun sebagai Clitoria Flower.

Dalam menjadikan nasi kerabu ni biru ada 2 cara je yang saya tau iaitu pertama cara paling senang masukkan bunga telang ni bersama2 beras ketika memasak. Satu cara lagi ialah dengan merebus bunga telang ini untuk mendapatkan airnya yang akan menjadi biru. Airnya (dah sejuk bukan masa panas) kemudian digunakan untuk memasak nasi. Cara kedua ni lebih baik sebab warna nasi akan sekata biru. Ada juga orang yang merendam bunga ini atau meramasnya untuk mendapat ekstrak warnanya bagi memasak nasi kerabu.

Bunga ni boleh disimpan dengan mengeringkannya secara menjemur di bawah matahari.Dah kering, simpanlah seberapa lama pun asalkan jangan berkulat, berulat dan yang sewaktu dengannya.

Sekian saja pelajaran untuk kali ini, semoga murid-murid dah tau berkenaan Bunga Telang yang digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu. Jangan lupa lepas ni ada ujian....
wink

21 komen:

salam perkenalan toknabe

very interesting info on bunga telang@bunga nasi kerabu..tapi saya kurang minat sikit dgn nasik kerabu nih..

saya dah baca dan hafal semua fakta dlm entry ini, nanti senang kalau ada ujian lepas ni...

very nice blog here..

Jawab Jongkongmas :

Itulah bukan semua orang suka dan boleh makan nasi kerabu. Mungkin kerana ulaman yang disertakan ataupun kerana budu yang diletakkan sebagai bahan utama. Jarang orang suka makan budu..lebih2 lagi jika bukan orang kelantan.

................................
Kalau dah hafal semua fakta... hehe senanglah ujiannya nanti.
.................................

TQ kerana singgah... kalau ada link boleh saya membuat kunjungan balas.

huhu nasik kerabu my feveret..ahaks. maklumlah anak bekas tokey nasik kerabu tp nasik putih jahh w'pun bungo telang ni ado tanam d kg. very menyelerakan la Tok...tgh2 membawak perut ni lg sedappp make :)

oOOOOOooo....saya pernah tengok pokok ni....rupanya itulah pokok yang memberi warna pada nasi kegemaran saya tu..

mcm mana cara nak guna bunga ni ye..terus masukkan dalam periuk nasi ke masa kita menanak tu?

Byk tul soklan saya Tok..

Jawab Gina :

Ha... bab nasi kerabu putih ni teringat pasal nasi kerabu YATI. nasi dia pun putih jugak, cuma tambahan dia tumis dan ayam percik.. tu yang sedap betul. nak cari kat KB.. pasar malam flet buluh kubu..dulu di Padang Bas.

Jawab Jie :

Gitulah bentuknya bunga telang. bab cara nak guna tu hehe... ada kat baris2 belakang n3 saya tu. Nampak mcm selak buku tak ikut pages la ni. Hehe.. cam ner nak lulus ujian nanti ni.

ayooo..dah kena piat telinge dah...degil...apa nk buat tok..esok byk paper nk ambil.

PJJ mcm ni...:D murid tua

Lor.. saya ingat nasi kerabu tu jadi biru dia orang letak nila.. he he.. rupanya dari bunga telang ni.. he he..

pandai gak org dulu eh cari pewarna makanan..

terima kasih cikgu.. berkongsi ilmu.. nanti nak exam leh tengok blog tak he he

Jawab Jie :

Tak pe... biasanya murid2 yang pandai adalah dari golongan yang degil2 :D

Jawab Kasawari :

hah...pakai nila, hehe..kalau pakai nila alamatnya sekali tu jer orang tu jual nasi kerabu.
................................................
Masa exam nak tulis entri blog pun boleh...cikgu sorang ni tak kisah. :D

mcm pernah nmpk laa..ktne ekk??

kat kaki gunung kinabalu kot..hiks

salah petik kena bunga racun baru tau kan cikgu..


budak degil bijak2 yer..

patutlaa combi tak bijak sbb combi budak baik..hohoho :p

oh.
mak saya pun ada gak pakai daun buat nasi kerabu.
tapi tatau la bunga telang ker apa ker.nasi jadik mcm gelap2 coklat ker..bukan biru.

soalan saya: selain daun pokok bunga telang,adakah wujud daun lain yang dipakai untuk memperisakan nasi kerabu?

P.S saya bukan org kelantan,tp layan jek budu........sedappppp...kuah budu nasi kerabu kalau pedassssss.........meletopsss!

slurp!

salam Tok Nabe ....


kak pB kalau buat nasi kerabu , kak pB boh serbuk kunyit maka nyer jadiklah nasi kerabu kuning . Makae dengae tumih n sambal ikae campur nyor ...


Boh budu sikit , panggae tawat daging . Daging tu pulok ado lemok lemok sikit ....

Jangae lupo , krepok ...
Kalu rajin , buat solok lado ...


Hu yooo


Tulih komen pun , berair mulut doh sero ....

tok... mcm prnh jumpa pokok nie...tp dimana ya?????????
Kat kg sy ada jgk bunga yg dibuat mkanan .. org panggil bunga Cicar...buat lepat/pengat tp sy x prnh rasa & mkn pun. bunganya clour pink tp pokoknya tinggi melangit. Klu tok nak nanti sy order. hehehe

Jawab combi:

hah betul tu...jangan tersalah petik pulak, nampak je bunga kaler biru terus petik buat masak.... tak pasal2 masuk paper nanti. :D
........................................

Jawab Chada :

Tak tau ler saya ada tumbuhan lain lagi ke utk mewarna nasi kerabu. Yg sy tau cuma bunga telang tu dan pewarna saja yg orang guna. klu nak kuning orang letak kunyit sikit.

...........................................

Ye ke minat budu? jarang bukan org kelantan suka budu ni... kata mereka budu busuk...masin. tak sedap.tak sangka makan budu jugak chada ni ye..hah minta ler kat orang tu barang sedozen dua kalau balik kelantan :D . Minta budu cap te're :)

Jawab pB :

Hok aloh.... baca komen pun meleleh air liur ni. Kena bab bakar daging tu pulak, ish sedap..sedap.

Tak leh naip lama2 ni dah meleleh air liur... nak cari nasi kerabulah sabtu ni.:)

Jawab Jentayutiara ;

Bunga Cicar? tak pernah pulak saya dengar tu..... ok..ok..set saya nak satu. tolong kirim ye kat saya pakai email, boleh ke?

Nak buat taman herba..senang anak cucu nak mengenal pokok2 pada masa depan. ;)

suka nasi kerabu..suka mkn nasi krabu lauk ayam,solok lada n telur masin..budu sgt sedap...even saya sari Sarawak, xmemilih bab budu atau cencaluk..=)

sy nak beli la bunga ni. tahu x sape2 yg jual? sy nk beli banyak :)

saya nak beli pokok ini tau sape ada jual?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More