12 April 2008

Recover

Selepas seminggu tersadai disebabkan tak ada masa nak membetulkan kerosakan, ari ni sempat juga ambo menyiapkan komputer ambo yang disambar petir. Alhamdulillah cuma motherboard saja yang hangus, komponen lain masih elok lagi. Risau juga takut2 komponen lain hangus sekali kalau tak bertambahlah bajetnya. Setelah bertahun2 setia dengan jenama Gigabyte untuk motherboard, kali ni ambo nak try jenama ASUS pulak. Selama dengan Gigabyte,ambo berpuas hati dengan prestasinya amat memberangsangkan dengan kebolehannya tweak untuk overclock processor dan sebagainya. Kali ni ambo nak tengok prestasi ASUS mcm mana, ASUS adalah salah satu nama terkenal juga dlm pengeluaran motherboard, graphic card dan juga notebook serta PDA.

Mobo lama hangus dan sori tak leh claim warranty, buang tong sampah sajalah. Tak leh claim sbb sticker supplier tak leh dikesan ditampal dimana.


Mobo baru, masih menggunakan chipset intel, rasanya lebih serasi dengan processor Pentium D lama ambo.

3 komen:

wah terernya repair pc ni...nanti kalau laptop saya rosak saya hantar sana ekk...

mobo laptop boleh tukar ke bro? hehhe

Ambo tak ler pandai sangat bab2 komputer ni. Tapi zaman sekarang sekurang2nya kita tau serba sedikit bab IT ni agar tidak ketinggalan dan di'perkena' orang.

Mobo laptop boleh ditukar tapi bawalah ke pusat servis ikut brand masing2. Sbb lain brand dan model lain pula mobonya. Tapi orang cerita baik je angkat yang baru dari ganti mobo notebook tu.

Desktop Mobo leh tukar kalau rosak kan.. tapi kalau laptop saya setuju.. tukar jer laptop tu terus...

jenama ASUS memang terkenal gak.. even di opis saya guna laptop ASUS.. memang sesuai..

lama dah tak pasang desktop ni.. dulu masa belajar ada gak tolong kawan2.. pasang desktop.. seronok kan.. tapi waktu tu windows 3.11 jer he he.. mana ada plug n play..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More