14 April 2008

Hujan & Petir

Memang sekarang ni sentiasa terjadinya hujan dan dikuti petir yang kuat. Di kawasan saya memang selalu menjadi tempat berlakunya petir hingga baru2 ni komputer saya sendiri menjadi mangsa.

Sedikit lagi mengenai info petir :

1. Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
2. Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh).

Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).
Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.
3. Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.

LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERADA DI DALAM RUMAH

1. Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.
2. JANGAN gunakan telefon talian rumah/atau pejabat. telefon bimbit jika sangat2 perlu saja.
3. Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4. Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi. Jangan mandi ler masa ada petir senang cerita.

LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERADA DILUAR RUMAH.

1. Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
2. Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3. Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4. Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5. APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
6. DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7. JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8. JANGAN berada di Kawasan Lapang seperti Padang Bola, Padang Golf.
9. JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.
10. JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11. JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12. JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Telefon, Tiang Elektrik.
13. APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

Dan yang penting jangan menggunakan komputer atau beronline semasa hujan petir - kalau nasibnya jadi ler macam Kasawari dan saya hehehehehe.....

4 komen:

whoaaa...mmg kena dgn title cikgu tu..hehehehe..good info bro...kan sharing is caring?

nanti bg info mcm mana nak repair pc pulak ekk...

Jawab UncleJ :

repair pc? hehehehe... takut jadi tikus membaiki labu pulak.

perghh taku tgk gambar kilat tu.. skrg ni kalau kilat.. saya tutup laptop.. pastu saya letak dalam store simpan dalam ESD packaging.. he he..

itulah kebesaran ILLAHI... Allahu Akbar..

Jawab Kasawari :


hehe... fobia dengan petir!!!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More