Acap kali sekarang ni,hujan turun setiap petang kadang kala sekejap tetapi sering kali menjadi lebat. Kalau pagi hingga tengah hari panas sampai "se'it" badan, pastinya petang nanti cuaca berubah dan hujan pun turun selebat2nya. Memang seronok sikit bila hujan ni,sejuk dan mata pun seakan2 di tarik agar ditutup, dan selalunya mata itu tertewas dengan godaan tuannya. Air di longkang mengalir laju dan bersihlah longkang2 itu dari segala kotoran.

Setiap kali hujan lebat sekarang ni diikuti dengan petir, ada orang panggil 'guntur' dan ada orang panggil 'pelaka'. Walau apa2 pun istilahnya orang pasti takut dengannya. Bercerita pasal petir ni.... Secara saintifik, petir terjadi akibat daripada pergerakan dinamik cas positif dan negatif yang wujud di dalam awan (terutama awan kumulusnimbus yang tepu dengan titisan air). Cas ini pula terhasil apabila dua gumpalan awan bergerak dan bergeser antara satu sama lain. Sama seperti kain halus yang digeser pada kulit, ia akhirnya boleh menghasilkan cas positif dan negatif (yang boleh menarik butiran kertas kecil – seperti kuasa magnet).Kebiasaannya petir akan terjadi ketika dalam keadaan hujan dan guruh yang sedang aktif. Petua yang biasa diamalkan; jika bunyi guruh dan kilau kilat berlaku dalam selang ’30 saat’ (maksudnya, kilat hanya berlaku selepas guruh kedengaran 30 saat sebelumnya), kebarangkalian untuk terjadinya sambaran petir lebih tinggi. Jika ada kejadian guruh dan petir, seelok-eloknya kita hanya keluar rumah selepas 30 minit bunyi guruh yang terakhir didengar.
Sebenarnya, petir menyambar setiap hari dengan kekerapan 100 kali setiap saat. Secara relatif, kebarangkalian kejadian petir di kawasan tropika lebih tinggi berbanding kawasan bergaris latitud tinggi (kawasan utara dan selatan). Ia mungkin berkaitan dengan pembentukan awan kumulusnimbus yang lebih produktif di kawasan tropika (seperti Malaysia).
Menurut pengalaman atas kejadian "petir"..... manusia, rumah dan pokok adalah antara objek yang jadi sasaran petir kerana lazimnya entiti ini boleh jadi ‘titik’ paling menonjol di satu-satu tempat. Secara relatif, suhu ini lebih panas daripada permukaan matahari. Apabila petir itu menyambar, ia sebarkan suhu dan tenaga haba itu ke ruang atmosfera di sekelilingnya. Barangkali suhu sebaran ini tidak setinggi sewaktu petir terbentuk, tetapi ia masih lagi cukup panas.
Sebab itu, sesetengah kes yang disambar petir, mayat boleh jadi rentung dalam tempoh kurang daripada lima saat. Bagaimanapun, ada kes orang yang disambar petir tidak mati. Salah satu sebabnya kerana si mangsa mungkin hanya disambar ‘percikan-percikan sipi’ petir (bukan terasnya).
Apa yang penting, setiap kali petir, kita harus bertasbih dan berdoa semoga dapat mengelak daripada dibinasakan dengan cara sedemikian.
Oleh yang demikian, jika kita tahu bahawa guruh dah berbunyi...hati-hati...elakan diri anda dari berhampiran dgn kawasan lapang, bawah pokok, dan jgn pegang bahan2 yg membenarkan arus mengalir. Kalau tak......
Dan petang semalam, petir berlaku lagi.... 1 pc ku habis disambarnya. Bukan kerana plug dan kabel telefon tidak dicabut tapi mungkin ianya berada berhampiran tingkap. Motherboard conform habis.... yang lain tak tau lagi. Tunggu hasil penyiasatan oleh team CSI memberi laporan, mungkin kesannya lebih lagi. Nasib baik le ada laptop ni, boleh ler terus ber'online. Alhamdulillah juga modem ku tak habis sekali.
Kita sebagai manusia tidak tahu bagaimana makhluk ciptaan-Nya yang lain bertasbih dan memuji kebesaran Allah. Ada kemungkinan petir itu, cara awan bertasbih. Jika ada yang dipanah ia adalah ketentuan dari Allah yang kita sendiri tidak mengetahui apa yang diinginkan oleh-Nya.
Ini dinyatakan oleh Allah SWT dalam Surah Al-Israa’ ayat ke-44 yang bermaksud;
“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”.

8 komen:
Petir tu mmg bahaya.Kalu kena alamat masuk alam barzah.Kt kg ambo dulu 5 ekor kerbau sekali gus mati kena petir.Terbongkang tgh bendang.
salam tok...
takot tol manje tengok gambar petir nih... kalau kene mmg rentung terus... em mintak Allah jauhkan sume tu...
> Alhamdullilah... syukur... cume pc aje...
> Jauhkan diri dari tingkap ms ujan petir... btl tak tok? :)
Bro, memang kat Johor ni ..belah pagi tengahari panas.. pastu petang hujan dengan petir dan guruh dan benar segala kekotoran di longkang kan bersih kan..
petir dan kilat memang bahaya... tu sbb waktu begitu baik dok dalam rumah diam diam jer..
Jawab TokMoh :
Mmh bahaya... ambo mmg takut kalu dengar 'plaka' ni. Berita ari ni pun ada seorang remaja yg meninggal dipanah petir di sawah. Elak-elakkanlah berada di tanah lapang jika ada petir.
Jawab Manje :
Kalau petir berlaku di depan mata sendiri lagi kecut perut. TAk tau mana nak selindung. Alhamdunllah cuma PC je yg habis... mungkin esok lusa pc ambo guna spec yg baru la pulak. rm..rm...rm..rm..
Jawab Kasawari :
Gitulah bro.. kat johor skr ni, pagi panas terik, petang hujan lebat. Ingat masa kecik2 dulu bila hujan, longkang penuh air, ambo buat kapal kertas lepaskan kat longkang. Sekarang bila hujan, cari bantal...pejam mata :D
nasib baik pc je kena petir...pc rosak selambe je bro ni repair semula..siap boleh dapat yg baru lagi kan?..
bagus info pasal petir ni...well researched and written..ngam ler tu dgn title cikgu tu...hehehe
Jawab UncleJ:
Kali ni tak de repair2 le uncleJ. Hangus... semua tukar baru. rm..rm..rm.. Alhamdulliah pc je....
Post a Comment